backup og meta

Air Kencing Berbau Kopi? Ini Petanda Badan Anda Terlebih Kafein

Air Kencing Berbau Kopi? Ini Petanda Badan Anda Terlebih Kafein

Pencinta kopi pasti ramai yang mengalami gejala ini- air kencing berbau kopi selepas makan atau minum kopi. Punca utama yang menyebabkan urin atau air kencing anda berbau kopi adalah kerana anda minum terlalu banyak kopi!

Kopi mengandungi beberapa sebatian baik, termasuklah polyphenols seperti asid hidroksisinamik, yang menghasilkan bau istimewa. Apabila sebatian ini terurai dalam badan anda, ia menjadi hasil buangan dipanggil metabolik, sebahagiannya dikeluarkan melalui air kencing anda. Metabolik daripada sebatian dalam kopi itu boleh menyebabkan air kencing anda berbau kopi.

Selain itu, kandungan kafein yang ada dalam kopi dianggap sebagai diuretik lemah. Ini bermakna kafein akan membuatkan anda lebih kerap kencing, menjadikan dehidrasi buat sesetengah orang yang minum banyak kopi. Jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda menjadi lebih pekat, menyebabkan bau metabolik lebih ketara.

Bagi mengelakkan kencing berlebihan dan pelbagai kesan negatif lain kepada kesihatan anda, Mayo Clinic menyarankan untuk setiap orang mengehadkan pengambilan kafein kepada 400mg sehari. Ini bersamaan dengan kira-kira empat cawan bru kopi. Walau bagaimanapun, jika anda terlebih minum kopi, pastikan anda mengambil banyak air kosong untuk kekal hidrat.

Bahayakah jika air kencing saya berbau kopi?

Air kencing berbau kopi biasanya disebabkan oleh pengambilan kefein yang banyak, dan biasanya ia tidak berbahaya. Selain boleh menyebabkan dehidrasi jika diambil dalam jumlah yang banyak, pengambilan kafein juga meningkatkan kesan dopamina dan mengurangkan kesan adenosina. Ini akan membuatkan anda mengantuk pada akhirnya, kerana kafein menghalang adenosina dengan mengikat reseptor adenosina.

Kafein juga boleh membuatkan anda sukar tidur. Jadi, bagi mengelakkannya, anda perlu minum kopi enam jam sebelum waktu tidur anda.

Minum terlalu banyak kopi boleh menyebabkan simptom lain, termasuklah:

  • Gelisah
  • Kadar degupan jantung laju
  • Kebimbangan
  • Sakit kepala
  • Keriangan
  • Loya

Jika anda mengalami simptom seperti muntah-muntah, berhalusinasi, sakit dada, insomnia yang klonik, keliru dan kejang, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

Adakah cara untuk mengelakkan kencing saya berbau kopi?

Kurangkan minum kopi untuk mengelakkan air kencing anda berbau kopi! Jika anda masih memerlukan kafein, anda boleh mengambil teh hijau ataupun teh hitam yang mengandungi kurang kafein. Selain itu, anda juga perlu minum banyak air kosong.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.healthline.com/health/urine-smells-like-coffee#takeaway

 

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/caffeine/art-20045678?pg=1

 

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321494.php

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan