Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah buang air kecil ternyata bukanlah isu yang hanya dialami oleh warga tua. Untuk pengetahuan, orang-orang muda pun mempunyai risiko yang sama!

Berminat untuk tahu dengan lebih lanjut? Mari ikuti artikel ini!

Apa itu penyakit OAB?

OAB membawa maksudĀ overactive bladder. Ia adalah sejenis penyakit berkaitan pundi kencing yang terlalu aktif.

Kondisi ini akan mengakibatkan si penghidap kencing terlalu kerap, yang sudah tentu akan mengganggu ketenteraman kehidupan harian.

Dalam beberapa kes, ada penghidap OAB yang akan mengalami nokturia, terjaga beberapa kali daripada tidur pada waktu malam hanya untuk membuang air kecil.

Kondisi ini lebih kerap berlaku pada wanita dan orang berusia lebih daripada 40 tahun, menurut National Institute on Aging.

Pun begitu, OAB masih berisiko untuk menimpa individu pada usia berapa pun.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Annals of Internal Medicine melaporkan, lebih daripada 10% wanita dalam kajian tersebut, yang rata-rata berusia dalam lingkungan 20-an, mengalami OAB!

Antara faktor-faktor terjadinya OAB boleh merangkumi:

  • Otot pundi kencing yang lemah
  • Kerosakan pada saraf yang mengawal kencing
  • Penyumbatan prostat yang membesar pada lelaki
  • Kerengsaan pada dinding pundi kencing

Penyakit OAB, apakah puncanya?

kencing selepas seks

Sebenarnya, ada beberapa punca yang berjaya dikenal pasti menyebabkan masalah ini.

Antaranya adalah kesalahan penghantaran dan pembacaan isyarat daripada pundi kencing kepada otak.

Dalam erti kata lebih mudah, kondisi ini berlaku apabila otot pundi kencing menghantar isyarat terlalu awal kepada otak untuk membuang air kecil walaupun ia belum lagi penuh.

Selain itu, penyakit pundi kencing yang terlalu aktif ini juga disebabkan oleh diet pemakanan yang kurang sesuai.

Apa yang harus anda fahami, bukan semua masalah buang air kecil merupakan OAB ya!

Sekiranya anda rasa anda menghidap OAB, adalah disarankan untuk berjumpa doktor bagi menolak kondisi-kondisi lain yang boleh disalah anggap sebagai OAB.

Antara kondisi lain yang boleh mempunyai gejala seakan masalah pundi kencing terlalu aktif ini termasuklah:

Kedua-dua keadaan di atas ini memerlukan rawatan. Teruskan pembacaan anda!

Berapa kali kekerapan ‘berkunjung’ ke tandas yang normal?

Jika hendak diikutkan, tidak ada jumlah berulang-alik ke bilik air yang normal setiap hari.

Hal ini mungkin menyukarkan anda untuk mengenal pasti simptom-simptom OAB.

Namun, menurut garis panduan umum, ‘mengunjungi’ tandas kurang daripada 10 kali sehari menunjukkan fungsi pundi kencing yang normal.

Jika masih keliru, pastikan untuk memerhatikan kekerapan anda membuang air kecil sama ada lebih banyak berbanding biasa atau jika anda ada mengalami ketidakselesaan.

Usia dan jantina, adakah ia mempengaruhi OAB?

Secara umumnya, OAB lebih kerap berlaku terhadap wanita berusia lebih daripada 40 tahun dek kerana otot yang mengawal kencing semakin lemah dari masa ke masa.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada otot yang lemah termasuk tekanan fizikal saat kehamilan dan bersalin.

Pun begitu, sebilangan individu mempunyai kecenderungan genetik terhadap OAB dan masalah seperti inkontinens urin, kadangkala berlaku disebabkan faktor keturunan.

Tambah lagi, bagi para lelaki yang menghidap OAB, mereka harus menjalani pemeriksaan prostat untuk menentukan sama ada saluran kencing tersekat atau sebaliknya.

Perlukah saya mengehadkan pengambilan air?

penapis air

Pengambilan air harian yang mencukupi sememangnya penting dalam mengekalkan fungsi tubuh pada tahap optimum.

Tapi jangan minum terlalu banyak pula ya! Ini kerana ia bakal meningkatkan keperluan untuk kencing walaupun anda tidak menghidap OAB.

Persoalannya sekarang, adakah terdapat minuman tertentu yang perlu penghidap OAB elakkan?

Banyak individu mendapati pengambilan alkohol menyebabkan iritasi kepada pundi dan meningkatkan rasa hendak kencing.

Bukan itu sahaja, pengambilan alkohol yang tinggi juga boleh mengakibatkan kehilangan kawalan otot pundi kencing!

Selain alkohol, kafein turut menyumbang terhadap kekerapan membuang air kecil dan boleh memburukkan lagi penyakit ini.

Disebabkan itu, pastikan untuk mengehadkan pengambilan alkohol dan kafein harian anda okey!

Cara-cara pengurusan masalah pundi kencing terlalu aktif

Bagi merawat masalah ini, doktor anda mungkin akan memberikan ubat untuk membantu mengawal otot pundi kencing.

Terdapat juga pilihan rawatan yang melibatkan pembedahan di mana tisu disambungkan dari satu sisi perut ke bahagian lain untuk menyokong pundi kencing.

Antara kaedah lain, anda boleh cuba mengurus, memperbaiki, dan mungkin mengawal OAB dengan beberapa strategi gaya hidup. Sebagai contoh:

  • Menguatkan otot pelvis dengan senaman
  • Mencatatkan kekerapan anda mengunjungi tandas di dalam diari. Ini dapat membantu dalam menentukan faktor mana yang menyebabkan atau menyakitkan OAB anda
  • Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan kafein setiap hari

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Orang Tua Kena Baca Ini Jika Alami Kencing Tak Lawas! #4 Itu Paling Penting

Orang tua yang ada masalah ini, jangan hanya berdiam diri dan sila ambil tahu rawatan kencing tak lawas untuk memudahkan serta melancarkan hari anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kencing Tak Lawas 25/02/2021 . 3 minit bacaan

Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

Perlu diketahui bahawa warga emas juga memerlukan suntikan vaksin pneumococcal. Selain vaksin pneumococcal, ada empat lagi vaksin untuk warga emas.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Badan Di Usia Emas 24/02/2021 . 3 minit bacaan

Kena Minum Banyak Air Kosong Nak Elak Jangkitan Saluran Kencing, Berkesan Ke Cara Ini?

Benarkah lebih banyak minum air kosong mampu merawat dan mengelak jangkitan salur air kencing? Jom klik untuk baca dengan lebih lanjut lagi tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Jangkitan Saluran Kencing 24/02/2021 . 3 minit bacaan

Rasa Tak Selesa & Sakit Jika Alami Kencing Tak Lawas, Kena Tahu 8 Puncanya Dahulu!

Pernahkah kalian mengalami masalah kencing tak lawas dan sakit namun tidak tahu mengapa ia berlaku? Klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kencing Tak Lawas 23/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan suami istri

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
petua kencing tak lawas

Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
jenis masalah gigi

Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
panjang umur

Nak Hidup Lama Sampai 100 Tahun? Ikut Cara Makan Macam Penduduk Di Zon Biru

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan