Gangguan hormon wanita berlaku apabila hormon naik atau turun di bawah tahap normal dalam saluran darah.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Gangguan hormon wanita berlaku apabila hormon naik atau turun di bawah tahap normal dalam saluran darah.
target=”_blank”
target=”_blank”
data-event-category=”Internal Link Click on Article” data-event-action=”click” data-event-label=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/hormon-wanita-kesan/” href=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/hormon-wanita-kesan/”>Pernahkah anda merasa kekembungan, mahu marah dan stres dalam masa yang sama? Jika ya, ketidakseimbangan hormon boleh dipersalahkan!
Hormon bertindak sebagai perantara kimia yang mempengaruhi cara fungsi sel dan organ kita.
Maka, adalah normal untuk hormon berubah-ubah pada masa tertentu dalam hidup, seperti sebelum dan semasa haid, kehamilan atau semasa menopaus.
Tetapi, beberapa jenis ubat dan masalah kesihatan boleh menyebabkan naik atau turun hormon.
Apabila anda mengalami ketidakseimbangan hormon, kalian mungkin mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon yang tertentu.
Bahkan, perubahan hormon dalam jumlah kecil sudah boleh memberi kesan serius ke seluruh badan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Ketidakseimbangan Hormon Wanita, sila dapatkannya
target=”_blank”
target=”_blank”
data-event-category=”Internal Link Click on Article” data-event-action=”click” data-event-label=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/hormon-wanita-kesan/” href=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/hormon-wanita-kesan/”>di sini.
Seperti yang penulis maklumkan di atas, hormon merupakan perantara kimia di dalam badan.
Hormon dihasilkan di kelenjar endokrin, bahan kimia kuat ini bergerak di sekitar saluran darah untuk ‘memaklumkan’ tisu dan organ mengenai perkara yang harus dilakukan.
Ia juga bantu mengawal banyak proses utama badan kita, termasuklah metabolisme dan pembiakan.
Hormon membantu mengaturkan banyak fungsi penting dalam badan, seperti:
Ketidakseimbangan hormon wanita sering terjadi dalam adrenalin, hormon steroid, hormon pertumbuhan, insulin, estrogen atau progesteron (hormon yang dihasilkan oleh ovari yang membantu anda tidur).
Seperti yang telah anda sedia maklum, hormon memainkan peranan penting dalam kesihatan keseluruhan.
Justeru, terdapat banyak tanda atau simptom yang dapat menunjukkan gangguan hormon.
Gejala anda pula akan bergantung pada hormon atau kelenjar mana yang tidak berfungsi dengan baik.
Wanita secara semula jadi mengalami beberapa isu gangguan hormon sepanjang hayat mereka, termasuk ketika:
Selain itu, wanita lebih cenderung mengalami pelbagai jenis gangguan hormon berbanding lelaki kerana mereka mempunyai organ dan kitaran endokrin yang berbeza.
Kondisi perubatan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon tidak teratur pada wanita termasuk:
Simptom-simptom masalah hormon tidak seimbang termasuk:
Kalau hendak diikutkan, terdapat banyak kemungkinan yang menjadi punca ketidakseimbangan hormon.
Pun begitu, sebabnya mungkin berbeza bergantung pada jenis hormon atau kelenjar yang terjejas. Antara penyebab ketidakseimbangan hormon yang biasa terjadi termasuk:
Kondisi-kondisi di bawah juga boleh menyebabkan gangguan hormon:
Bagi rawatan masalah hormon tidak seimbang, ia bergantung kepada faktor penyebabnya. Beberapa jenis pilihan rawatan yang sering diberikan adalah:
Sekiranya anda mengalami gejala sering kepanasan atau menopaus yang mengganggu, doktor mungkin mengesyorkan terapi estrogen berdos rendah.
Pastikan juga untuk anda tahu risiko dan faedah terapi penggantian hormon (HRT) dengan doktor.
Sekiranya anda mengalami isu kekeringan faraj atau rasa sakit semasa berhubungan seks, anda mungkin ingin mencuba krim, tablet atau ‘cincin’ estrogen.
Menggunakan rawatan terapi ini akan bantu menghilangkan banyak risiko yang berkaitan dengan estrogen sistemik yang bergerak ke seluruh saluran darah ke organ yang sesuai.
Bagi mereka yang tidak cuba untuk hamil, ubat-ubatan yang mengandungi bentuk estrogen dan progesteron akan dapat bantu mengaturkan kitaran haid yang tidak teratur.
Kalian boleh mengambil ubat pencegah kehamilan sama ada dalam bentuk pil, cincin, tampalan, suntikan atau alat intrauterin (IUD).
Androgen merupakan hormon seks lelaki yang boleh didapati pada wanita dan lelaki.
Wanita dengan tahap androgen yang tinggi boleh memilih untuk mengambil ubat yang berfungsi menyekat kesan androgen.
Kesan ini merangkumi:
Sekiranya anda menghidap hipotiroidisme, hormon tiroid sintetik levothyroxine akan dapat mengembalikan tahap hormon menjadi seimbang.
Metformin merupakan ubat yang digunakan untuk merawat diabetes jenis 2, yang dapat membantu sesetengah wanita dengan gejala PCOS.
FDA belum bersetuju menggunakannya untuk merawat PCOS, tetapi ia mungkin boleh bantu menurunkan tahap androgen dan mendorong proses ovulasi.
Flibanserin dan bremelanotide adalah satu-satunya ubatan yang diluluskan oleh FDA sebagai rawatan masalah libido, keinginan seksual rendah pada wanita pramenopaus.
Flibanserin tersedia dalam bentuk pil dan bremelanotide adalah ubat suntikan.
Ubat-ubatan ini mungkin membawa kepada beberapa kesan sampingan yang serius, seperti mual yang teruk dan perubahan tekanan darah.
Pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu untuk mengetahui pilihan yang bersesuaian untuk kalian.
Krim preskripsi ini dicipta khas untuk masalah hirustisme, bulu wajah yang berlebihan pada wanita.
Digunakan secara topikal pada kulit, ia akan bantu melambatkan pertumbuhan bulu baru, tetapi tidak dapat menghilangkan bulu yang sudah sedia ada.
Pakar hormon adalah doktor yang mempunyai kepakaran dalam mendiagnosis, merawat dan mencegah kondisi serta penyakit yang berkaitan dengan hormon.
Seperti disebut di atas, adalah normal untuk hormon manusia menjadi turun naik dalam beberapa peringkat kehidupan yang berbeza.
Sebagai contoh, wanita mengalami perubahan hormon semasa akil baligh, haid, kehamilan dan menopaus.
Walau bagaimanapun, kadangkala perubahan hormon ini boleh berlaku dengan tidak betul. Hal ini boleh terjadi dek kerana tekanan, pola pemakanan yang buruk dan banyak lagi faktor lain.
Sekiranya anda mengalami ketidakseimbangan hormon, anda mungkin akan merasai pelbagai gejala. Pun begitu, bukan semua orang mengalami simptom yang sama.
Maka, untuk mendapatkan diagnosis tepat, anda mesti temui pakar hormon.
Setelah doktor mendiagnosis simptom ketidakseimbangan hormon yang dialami, pilihan rawatan bersesuaian akan dicadangkan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen