backup og meta

7 Sebab Asmara Ketika Cuaca Sejuk Itu Bagus! Boleh Bantu Rawat Depresi?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/06/2021

    7 Sebab Asmara Ketika Cuaca Sejuk Itu Bagus! Boleh Bantu Rawat Depresi?

    Malaysia adalah antara negara yang beriklim khatulistiwa di mana tiada musim sejuk bersalji seperti di Benua Eropah.

    Namun itu tidak bermakna negara kita tidak akan pernah mengalami cuaca sejuk kerana musim hujan dan tengkujuh masih ada.

    Ketika musim sebegini, banyak perkara bermanfaat boleh dilakukan dan ini termasuklah seks!

    Persoalannya, kenapa kami kata asmara di musim sejuk itu adalah bagus untuk kesihatan?

    Seks & musim sejuk

    Seks adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan pasangan suami isteri kerana tanpanya maka hambarlah hubungan kalian.

    Sebenarnya, ia tidak hanya terhad pada waktu malam dan di kamar tidur kerana seks boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.

    Ketika musim sejuk melanda, mungkin ada dalam kalangan suami isteri yang akan lebih mendambakan seks! Kenapa?

    Ini kerana cuaca sejuk akan memerlukan tubuh badan kita lebih banyak bergerak dan beraktiviti – seks meliputi kedua-duanya.

    Malahan juga, projek asmara di musim sejuk juga sebenarnya adalah bagus untuk kesihatan, teruskan membaca untuk tahu.

    kelembapan udara

    Kenapa seks ketika cuaca sejuk itu bagus?

    Jangan hanya berselubung di balik baju dan selimut yang tebal ketika musim sebegini kerana ia hanya akan merugikan anda dan pasangan.

    Sebaliknya, cuba manfaatkan tempoh ini untuk beraksi bersama pasangan bagi mendapatkan manfaat-manfaat berikut:

    #1. Membakar kalori dalam badan

    Tahukah anda bahawa kurangnya pendedahan terhadap cahaya matahari akan menyebabkan pertambahan lemak dalam badan.

    Ini bermakna, ada risiko anda bertambah berat badan ketika cuaca sejuk dan ini boleh dicegah semudah dengan melakukan seks.

    Seperti mana yang ramai sudah tahu, seks adalah aktiviti yang mampu untuk membakar kalori dalam badan sama seperti bersenam.

    Disebabkan cuaca yang kurang sesuai untuk keluar bersenam, apa kata kalian bersenggama bersama pasangan sahaja di rumah?

    #2. Mencipta suasana yang romantis

    Tiada apa yang lebih indah melainkan bermesraan dan berpelukan bersama pasangan tercinta tatkala iklim sejuk sedang melanda.

    Di samping itu, kemesraan sebegini mampu membuat tubuh badan merembeskan hormon oksitoksin yang meningkatkan nafsu syahwat kalian.

    Selain itu, hormon ini juga mampu mengurangkan stres yang dialami lantas mengeratkan lagi perhubungan anda dan pasangan.

    Jadi, apa salahnya jika kalian teruskan kemesraan ini dengan berasmara untuk mencipta suasana rumah tangga yang romantis?

    hubungan seksual

    #3. Meningkatkan sistem imuniti tubuh badan

    Ketika berlakunya perubahan suhu dan cuaca, tubuh badan kita cenderung untuk mudah jatuh sakit ekoran perlunya masa untuk adaptasi.

    Dengan projek asmara di musim sejuk, tubuh badan mampu menghasilkan lebih banyak immunoglobin yang mampu melawan penyakit biasa.

    Namun ini hanya sekadar petua atau mungkin plasebo semata dan sila rujuk kepada doktor jika kalian jatuh sakit ketika cuaca sejuk melanda.

    Kenapa seks di musim sejuk bagus #4. Mengurangkan depresi

    Di negara kita juga, ada individu yang mengalami kondisi seasonal affective disorder (SAD), depresi ketika berlakunya perubahan cuaca.

    Ia mungkin akan terjadi akibat penderita berasa tertekan hanya duduk di rumah ekoran cuaca yang tidak bagus untuk aktiviti di luar rumah.

    Oleh itu, ada satu aktiviti yang bagus untuk dibuat bersama pasangan di rumah iaitu seks! Mungkin ia boleh jadi penawar depresi anda?

    #5. Menjamin tidur yang lebih lena

    Mungkin bagi mereka yang tidak gemar atau biasa dengan cuaca sejuk, musim dingin cenderung akan membuat tidur pada waktu malam terganggu.

    Sejurus berintiman dengan pasangan, otak akan mengeluarkan serotonin dan opioids yang akan membuat kalian lebih relaks dan mungkin mengantuk.

    Ini menjadikan seks itu adalah sebagai ‘ubatan penenang’ dan wajar dilakukan apabila kalian mengalami kesukaran untuk tidur di musim sejuk.

    seks

    #6. Kadar hormon testosteron lebih tinggi?

    Kurangnya kadar hormon ini dalam tubuh badan lelaki boleh menyebabkan masalah libido rendah lantas menghambarkan aktiviti di ranjang.

    Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism menyatakan bahawa kadar hormon ini akan meningkat ketika cuaca sejuk.

    Oleh itu, tanpa dapat disangkal lagi ia merupakan antara waktu terbaik untuk anda dan pasangan berasmaradana!

    #7. Kadar libido lelaki lebih tinggi?

    Menurut kajian pada tahun 2008, didapati bahawa lelaki akan lebih tertarik pada tubuh badan wanita tatkala musim sejuk melanda.

    Ia mungkin disebabkan oleh faktor di mana wanita cenderung menutup tubuh badan mereka ketika kawasan dilanda cuaca sejuk.

    Ini seterusnya akan membuat pasangan lelaki lebih tertarik pada wanita lantas meningkatkan kadar libido mereka!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan