backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ada Rahsia Untuk Buah Pinggang Tahan Lama & Lebih Sihat, Ambil 5 Makanan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/05/2024

Ada Rahsia Untuk Buah Pinggang Tahan Lama & Lebih Sihat, Ambil 5 Makanan Ini!

Pengambilan makanan untuk pesakit buah pinggang merupakan satu komponen yang amat penting. Individu yang menghidap penyakit ini perlu tahu cara yang terbaik untuk menguruskan penyakit yang mereka alami dan mendapatkan jawapan kepada soalan pesakit buah pinggang boleh makan apa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Buah Pinggang, anda boleh klik di sini.

Apakah makanan untuk pesakit buah pinggang?

  • Langkah 1: Sediakan makanan yang kurang garam
  • Langkah 2: Makan protein yang betul dan mencukupi
  • Langkah 3: Pilih makanan yang sihat untuk buah pinggang anda

Langkah 1: Kurangkan garam dalam makanan

Pesakit buah pinggang perlulah mengurangkan garam dalam makanan. Perkara ini amat penting kerana lama-kelamaan, buah pinggang tidak dapat mengawal keseimbangan garam dan air dalam badan anda.

Jika boleh, cuba masak makanan sendiri di rumah. Elakkan membeli makanan bungkus dan makanan segera kerana kedua-duanya mempunyai jumlah garam yang banyak.

Bergantung pada tahap penyakit buah pinggang yang anda alami, anda mungkin perlu mengurangkan potassium, fosforus dan protein di dalam diet anda.

makanan untuk pesakit buah pinggang
Garam tidak bagus buat pesakit buah pinggang.

Malah, ada juga beberapa makanan untuk pesakit buah pinggang yang kurang atau tidak sesuai meskipun ia sihat.

Langkah 2: Makan protein yang betul dan mencukupi

Tetapi, mengapa? Untuk melindungi buah pinggang, anda haruslah mengurangkan pengambilan protein dalam diet setiap hari.

Apabila badan anda menggunakan protein, ia akan menghasilkan bahan buangan.

Bahan buangan ini pula perlu diproses oleh buah pinggang. Pesakit buah pinggang perlu kurang mengambil protein bagi mengelakkan organ tersebut daripada bekerja lebih masa.

Pastikan anda mengambil protein dalam kuantiti yang sedikit. Namun, jangan terlalu sedikit! Badan anda masih perlukan protein setiap hari.

Langkah 3: Pilih yang terbaik sebagai makanan untuk buah pinggang

Pemilihan makanan yang sihat merupakan perkara yang amat penting. Manakan tidak, makanan yang sihat dapat mengelakkan lemak daripada terbentuk di dalam salur darah, jantung dan juga buah pinggang.

Tetapi, bagaimanakah untuk memilih makanan untuk pesakit buah pinggang yang terbaik? Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Bakar, panggang, rebus atau tumis makanan anda.
  2. Masak menggunakan minyak yang sedikit.
  3. Buang lemak dan kulit sebelum masak ayam.
  4. Jangan ambil terlalu banyak lemak trans dan lemak tepu.

Selain itu, elakkan juga mengambil terlalu banyak minuman beralkohol. Minum arak secara berlebihan boleh merosakkan hati, jantung dan juga otak.

5 makanan untuk pesakit buah pinggang

buah pinggang rosak
Tanda awal buah pinggang rosak.

Sebenarnya, mencari makanan untuk pesakit buah pinggang tidaklah sesukar yang anda sangka. Di bawah, kami senaraikan 5 jenis makanan yang boleh anda masukkan ke dalam diet setiap hari sebagai antara cara merawat buah pinggang rosak.

1. Kubis bunga untuk buah pinggang

Kubis bunga merupakan sejenis sayur yang amat sihat dan sumber banyak nutrisi seperti vitamin C, vitamin K, dan vitamin B. Malah, ia juga diperkaya dengan bahan-bahan antiradang dan sumber serat yang baik.

Satu cawan kubis bunga mengandungi kira-kira:

  • 19 mg sodium
  • 176 mg potassium
  • 40 mg fosforus

2. Putih telur

Walaupun kuning telur juga mempunyai banyak nutrisi, namun ia mengandungi fosforus yang terlalu tinggi. 

Oleh sebab itu, mereka yang mengalami penyakit buah pinggang amat digalakkan untuk mengambil telur putih sebagai sumber protein yang mudah dan berkualiti.

makanan untuk pesakit buah pinggang
Putih telur baik untuk pesakit buah pinggang.

Makanan untuk pesakit buah pinggang 3. Bawang putih

Individu yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil garam dalam kuantiti yang banyak. Jadi, bawang putih boleh menjadi pengganti garam sebagai penambah rasa dalam makanan.

Sayur untuk buah pinggang iaitu bawang putih juga mengandungi vitamin C, vitamin B6 dan kompaun sulfur yang mempunyai sifat antiradang.

Makanan untuk pesakit buah pinggang 4. Anggur merah

Anggur merah bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi. Sebiji anggur mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga sejenis antioksidan yang dikenali sebagai flavonoid.

Malah, flavonoid dalam buah yang sesuai untuk pesakit buah pinggang ini juga dapat melindungi anda daripada penyakit jantung dan juga diabetes.

5. Ayam tanpa kulit

Walaupun pesakit buah pinggang tidak boleh makan terlalu banyak protein, mereka masih perlu mengambil protein yang mencukupi untuk kekal sihat.

Ayam yang dibuang kulit mempunyai fosforus, potassium dan sodium yang lebih rendah berbanding ayam yang mempunyai kulit.

Elakkan membeli ayam yang telah diperap atau dipanggang terlebih dahulu. Besar kemungkinan ayam ini telah diperasakan dengan garam yang banyak.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan