Selain syampu dan perapi, sebenarnya penggunaan serum rambut amat penting dalam rutin penjagaan harian.
Ingin tahu kelebihannya dan bagaimana cara memilih produk yang bersesuaian dengan rambut? Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apa sebenarnya serum rambut?
Serum adalah produk penggayaan berasaskan silikon yang direka untuk ‘membalut’ permukaan rambut bagi memberikan kilauan, kelicinan, penghidratan dan kelembapan serta perlindungan tambahan daripada pencemaran.
Boleh digunakan ketika rambut basah ataupun kering, ia berfungsi sebagai rawatan prapenggayaan dan produk kemasan (finishing product).
Di pasaran, terdapat pelbagai jenis produk untuk keadaan rambut yang berbeza.
Bergantung kepada formula, ada produk yang mungkin dapat mengurangkan keriting, lebih bersinar atau meluruskan rambut. Ada juga formula yang boleh melindungi rambut daripada pelbagai bentuk kerosakan.
Manfaat penggunaan serum rambut
Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi rambut, antaranya:
Kurangkan masalah rambut kembang
Bagi rambut yang tidak bermaya dan mudah rosak, biasanya ia akan mengembang atau kering. Silikon dalam serum boleh membantu mengawal masalah ini.
Ia akan menambah berat pada helaian rambut yang tidak bermaya. Keupayaan silikon untuk menyaluti rambut anda juga membantu mengekalkan corak keriting semula jadinya.
Jadikan rambut lebih licin
Sifat anti frizz pada serum akan membantu meningkatkan kelicinan rambut anda. Ini disebabkan oleh tindakan salutan silikon yang menampakkan helaian rambut lebih licin dan bersinar.
Mengurangkan rambut kusut
Apabila rambut licin, ia akan mengurangkan kemungkinan untuk menjadi kusut atau bersimpul. Kesan kusut pada serum membuatkan rambut lebih mudah untuk disikat, digayakan dan diurus.
Rambut lebih bersinar
Rambut yang licin akan cenderung tampak berkilat dan bersinar. Selain itu, beberapa jenis silikon yang digunakan dalam serum dapat membantu memantulkan cahaya, sekali gus meningkatkan lagi sinar pada rambut.
Penggunaan serum rambut terbaik #Melindungi daripada kerosakan
Kerana terdapat serum yang menyaluti helaian makhota anda, ia dapat membantu melindunginya daripada pelbagai jenis kerosakan.
Ini termasuk kerosakan yang disebabkan oleh:
- Pemprosesan kimia – pewarnaan, meluruskan atau mengeritingkan rambut
- Kerosakan haba – alat pengering dan haba daripada alat penggayaan rambut
- Tekanan persekitaran – pendedahan matahari
- Tekanan mekanikal – penggayaan rambut berulang
Sesetengah produk dipasarkan sebagai pelindung haba, yang digunakan sebelum menggunakan alat penggayaan rambut.
Keriting atau lurus dengan lebih baik
Menurut pakar, bentuk folikel rambut menentukan jenis rambut anda, sama ada:
- Lurus
- Beralun
- Keriting
- Bergelombang (coily)
Jika berambut keriting, anda boleh menggunakan serum yang menghasilkan keriting melenting. Begitu juga bagi individu dengan rambut lurus, terdapat produk yang boleh meningkatkan kelicinan dan kilauan mahkota anda.
Menyuburkan rambut kering
Serum terbaik dirumus dengan bahan-bahan berkhasiat bagi memberikan rangsangan penghidratan pada rambut, sambil mengurangkan tanda kekeringan dan kerosakan yang jelas seperti hujung bercabang dan pecah.
Memilih serum rambut terbaik untuk diri
Kunci terbaik adalah memilih produk yang dirumuskan untuk jenis atau masalah rambut anda, seperti:
Lebih lurus
Jika mahukan rambut lebih lurus, gunakan produk yang mempunyai sifat melicinkan. Lebih licin rambut, lebih lurus ia akan kelihatan.
Baca juga: