backup og meta

Ini 13 Cara Penjagaan Rambut Yang Betul Untuk Wanita Bertudung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 22/11/2022

    Ini 13 Cara Penjagaan Rambut Yang Betul Untuk Wanita Bertudung!

    Rambut adalah mahkota bagi setiap individu, tidak kira lelaki atau wanita. Disebabkan itu, cara penjagaan rambut adalah sangat penting untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang lembut dan rapi.

    Ini kerana setiap jenis rambut mempunyai cara penjagaan rambut yang tersendiri. Jika anda seorang yang bertudung pula, ia pasti lebih sukar!

    Jadi, bagaimanakah caranya? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai cara penjagaan rambut yang betul dengan lebih lanjut.

    cara penjagaan rambut

    Cara penjagaan rambut bagi wanita bertudung

    Seiring dengan tuntutan agama, wanita bertudung kini adalah satu perkara yang sangat normal. Pun begitu, bertudung sebenarnya boleh mendatangkan pelbagai masalah terhadap rambut dan kulit kepala.

    Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk menyelesaikannya?

    #1. Cuci rambut

    Perkara yang paling penting adalah anda perlu cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak.

    Pun begitu, jangan pula anda cucinya setiap hari kerana rambut yang basah hanya akan membuat risiko keguguran menjadi lebih tinggi.

    #2. Sikat rambut

    Setiap kali sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah untuk dicuci dan tidak kusut.

    Rambut yang kusut akan menyukarkan proses mencuci seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.

    Selepas mencuci pula, keringkan rambut dan sikat ia menggunakan jari dengan lembut.

    #3. Guna syampu dan perapi sesuai, cara penjagaan rambut paling mudah

    Dapatkan syampu dan perapi yang sesuai dengan jenis rambut anda, ya?

    Jika perlu, sila dapatkan nasihat pakar kerana kulit kepala adalah sangat sensitif dan mungkin akan menyebabkan kesan negatif seperti keguguran rambut yang melampau.

    cara penjagaan rambut

    #4. Elak cuci rambut dengan air panas

    Perbuatan mencuci rambut dengan air panas hanya akan menyebabkan tekstur rambut menjadi lebih kasar, kering dan menggerbang.

    Sebaiknya, guna air bersuhu sederhana atau sejuk untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

    #5. Belai rambut dengan serum atau tonik

    Selepas seharian menjalankan aktiviti, pasti rambut dan kulit kepala anda yang terperap di dalam tudung akan menjadi tidak bermaya.

    Oleh itu, setiap kali sebelum tidur anda boleh belai rambut anda dengan serum atau tonik. Ini akan membantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar ia tetap sihat dan kuat walaupun bertudung. 

    #6. Dandan rambut sebelum tidur

    Rambut menggerbang adalah situasi biasa selepas bangun tidur, bukan?

    Mungkin serum atau tonik sahaja tidak mencukupi untuk persediaan rambut sebelum masuk tidur.

    Jadi, anda boleh lakukan dandan dan tocang rambut secara longgar (tocang lipan) agar ia sentiasa rapi.

    Cara penjagaan rambut #7. Jaga pemakanan!

    Mungkin ada individu yang mengambil ringan mengenai perkara ini dan beranggapan bahawa pemakanan tidak memberi kesan kepada rambut.

    Hakikatnya, rambut juga memerlukan nutrien yang akan mendorong kesihatan dan kecantikan rambut anda.

    Oleh itu, anda perlu mengambil pelbagai makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika dan lain-lain.

    #8. Jangan sanggul rambut basah

    Antara kesilapan yang selalu dilakukan ketika membuat sanggul adalah ia dilakukan ketika rambut masih basah. Sebaiknya, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum bersanggul dan bertudung.

    Ini kerana rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan mengakibatkan masalah kelemumur selain menjadi kusut dan membuat hujung rambut berbuah atau bercabang.

    Selain itu, kulit kepala juga akan lebih mudah berminyak. 

    cara penjagaan rambut

    #9. Getah rambut sesuai

    Elakkan daripada menggunakan getah yang kasar seperti gelung getah biasa dan gunakan getah diperbuat daripada material lembut seperti satin ataupun baldu.

    Selain itu juga, jangan sesekali sanggul atau ikat rambut anda terlalu ketat!

    Sebenarnya, lebih baik jika anda biarkan rambut anda bebas sahaja sebelum mengenakan tudung.

    #10. Cara penjagaan rambut – Anak tudung yang sesuai

    Bagi wanita yang gemar menggunakan anak tudung, pastikan anda memakai anak tudung berasaskan fabrik kapas serap peluh.

    Berpeluh adalah perkara biasa bagi wanita bertudung terutamanya ketika cuaca sedang panas terik. Ini akan mengakibatkan rambut berbau kepam sekali gus merosakkannya.

    #11. Tudung material nipis dan ringan 

    Pun begitu, tidak semua material tudung boleh digunakan kerana ada sesetengahnya akan menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi gatal terutamanya jika teksturnya keras dan berat.

    Jadi, sila pilih tudung yang bertekstur nipis dan ringan.

    Selain itu, praktikkan ikatan atau lilitan yang mudah serta tidak terlalu melekat dengan kulit kepala. Ini bertujuan memberikan pengaliran udara yang baik buat rambut dan kulit kepala.

    #12. Tudung berwarna lembut

    Warna gelap terutamanya hitam adalah tidak sesuai dipakai ekoran iklim negara kita yang sangat panas pada siang hari.

    Jadi, sila pilih tudung yang berwarna lembut seperti putih, krim atau apa-apa sahaja warna cair kerana ia mampu membebaskan wap yang terperangkap di kawasan rambut dan kulit kepala sepanjang hari.

    #13. Kunjungi salun dan spa

    Akhir sekali, anda perlu kunjungi salun atau spa untuk melakukan penjagaan rambut dengan kekerapan tiga hingga enam bulan sekali.

    Sentiasa potong sedikit hujung rambut yang berbuah atau bercabang di salun untuk memastikan ia mudah diurus. Selain itu, lakukan rawatan rambut di spa secara berkala untuk memastikan ia kekal sihat dan kuat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan