backup og meta

Tidur Lewat Sepanjang Cuti Sekolah Boleh Jejaskan Kesihatan Anak, Ini Yang Ibu Ayah WAJIB Ambil Tahu

Dalam era digital hari ini, tidur lewat semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Namun, tanpa disedari, kesan tidur lambat sebenarnya membawa kesan buruk yang serius terhadap kesihatan fizikal, mental dan perkembangan emosi golongan muda.

Tidur Lewat Sepanjang Cuti Sekolah Boleh Jejaskan Kesihatan Anak, Ini Yang Ibu Ayah WAJIB Ambil Tahu

Tidur bukan sekadar waktu rehat, malah merupakan keperluan asas yang penting untuk tumbesaran dan keseimbangan tubuh badan anak. Sebab itulah aktiviti seperti bermain gajet, menonton video, melayari media sosial atau menyiapkan tugasan sekolah hingga larut malam tidak boleh dianggap perkara biasa.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, klik di sini.

Tidur, kanak-kanak dan remaja

Tidur adalah fungsi biologi yang penting untuk setiap manusia. Kesan tidak cukup tidur sering dikaitkan memainkan peranan penting dalam memulihkan sistem badan, pembelajaran dan perkembangan otak yang sihat.

Tahukah anda, kanak-kanak yang tidak mendapat jumlah tidur yang mencukupi tidak akan kelihatan mengantuk? Sebaliknya, mereka bertindak dengan menginginkan perhatian, hiperaktif dan bertindak ganas.

Perkara ini sesuatu yang merisaukan dan perlu dibendung selagi boleh.

Perlu diketahui bahawa kesan tidak cukup tidur boleh mengurangkan keupayaan sistem imun untuk mempertahankan diri daripada selesema dan penyakit lain. Malah, kekurangan tidur dalam kalangan orang dewasa juga boleh menyebabkan keadaan kronik seperti masalah kardiovaskular, obesiti dan diabetes.

Bahaya! Ada 15 kesan tidur lewat yang ibu ayah kena tahu!

kesan tidur lewat
Kanak-kanak yang menangis kerana tidak mahu ke sekolah.

Kesan tidur lewat kepada remaja dan kanak-kanak termasuklah:

  1. Tidak hadir ke sekolah
  2. Terdedah kepada sebarang kemalangan
  3. Kurang fokus dalam sesi pembelajaran
  4. Motivasi menurun
  5. Kurang patuh dengan arahan
  6. Kemurungan atau kebimbangan
  7. Sukar untuk tidur
  8. Sukar untuk bangun dari tidur
  9. Hiperaktif
  10. Sukar membuat keputusan
  11. Selera makan meningkat dan menginginkan makanan manis
  12. Terlalu emosi
  13. Prestasi sekolah yang lemah
  14. Mengalami gangguan ingatan dan lupa tugas harian
  15. Tantrum, cepat marah atau tingkah laku agresif

4 Cara mudah untuk anak tidur awal tanpa gajet

Jadi, apa yang parent perlu buat? Untuk mengelakkan kesan tidur lewat berlaku pada anak anda, anda boleh lakukan perkara di bawah:

1. Hadkan penggunaan alatan elektronik

Anda sebagai ibu bapa perlu berhentikan penggunaan peranti elektronik, telefon pintar dan TV anak anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur. Ini bagi memastikan mereka kekal disiplin dan tidak menggunakan melebihi had.

Anak-anak selalunya menghadapi kesan tidur lambat setiap hari berpunca daripada tiada kawalan terhadap penggunaan peranti elektronik.

2. Asingkan anak kecil dengan anak remaja semasa tidur

Anak-anak yang masih kecil dan anak yang sudah remaja memerlukan waktu tidur yang berlainan. Dan setiap daripada mereka ada ragamnya juga. Oleh itu, lebih baik anda asingkan tempat tidur mereka untuk memastikan kedua-duanya mendapat tidur yang lena.

3. Elakkan makan berlebihan sebelum tidur

kesan tidur lewat
Makan lewat malam boleh memberi kesan tidak cukup tidur pada keesokan paginya.

Nak elak berlakunya kesan tidur lewat malam pada anak-anak? Pastikan mereka tidak makan berlebihan sebelum tidur.

Teruskan disiplin dengan waktu makan seperti kebiasaan agar anak-anak sedar mereka tidak mempunyai kebebasan untuk makan lambat walaupun ketika cuti sekolah.

Hal ini kerana, ia akan mengakibatkan ketidakselesaan pada waktu malam dan boleh menganggu tidur mereka.

4. Elakkan berjaga lewat pada hujung minggu

Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung, sudah tentu anda akan longgarkan waktu tidur anak. Tapi, anda masih perlu pantau agar anak-anak tidur selepas waktu yang dijanjikan.

Misalnya, semasa cuti sekolah mereka dibenarkan untuk tidur pada sebelum jam 12 tengah malam. Pastikan mereka tidur dan tidak berjaga pada lewat malam.

5. Tidur ketika petang

Anda boleh isi cuti mereka dengan melakukan aktiviti yang lain seperti berkelah, mengemas rumah dan sebagainya.

Kemudian, galakkan anak anda untuk tidur buat seketika pada waktu tengah hari. Tapi, jangan biarkan mereka tidur terlalu lama! Ini untuk memastikan mereka mendapatkan rehat yang cukup sehingga waktu malam.

kesan tidur lewat
Kesan kurang tidur terhadap kesihatan anda.

Antara risiko yang boleh berlaku jika anda selalu kurang tidur.

Kesimpulan

Kesan tidur lewat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bukan isu kecil yang boleh diabaikan. Ia memberi kesan menyeluruh terhadap kesihatan fizikal, emosi, prestasi akademik dan kualiti hidup secara keseluruhan.
Dengan kesedaran awal, sokongan ibu bapa serta perubahan gaya hidup yang positif, tabiat tidur yang sihat boleh dibentuk sejak awal. Ingatlah, tidur yang cukup hari ini adalah asas kepada generasi yang sihat, cerdas pada masa hadapan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Children and Staying up Late. https://www.moh.gov.sa/en/HealthAwareness/EducationalContent/BabyHealth/Pages/018.aspx . Accessed on 30 Dec 2025

Sleep: An essential element of success for children. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/sleep-an-essential-element-of-success-for-children . Accessed on 30 Dec 2025

Teenagers and sleep. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/teenagers-and-sleep . Accessed on 30 Dec 2025

Study: The effects of sleep restriction in cognitive function and obesity in teens. https://www.uab.edu/news/research-innovation/study-the-effects-of-sleep-restriction-in-cognitive-function-and-obesity-in-teens . Accessed on 30 Dec 2025

 

Versi Terbaru

02/01/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Anak Aktif Bermain Ketika Waktu Petang? Ada 5 Cara Mudah Untuk Elak Kulit Muka Kering

Adakah Anak Saya Normal? Semak Milestone Perkembangan Mengikut Umur


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 1 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?