backup og meta

AWAS! Rambut Boleh Rosak Jika Salah Sikat! Ini Cara Sikat Rambut Yang Betul!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/01/2022

    AWAS! Rambut Boleh Rosak Jika Salah Sikat! Ini Cara Sikat Rambut Yang Betul!

    Mungkin ramai orang yang tidak ambil endah atau peduli tentang cara sikat rambut kerana menyangkakan ia hanya perlu untuk dilakukan dengan gaya bersahaja.

    Sebenarnya, pemikiran sebegini mungkin agak kurang tepat. Ini kerana mahkota di kepala anda akan lebih cepat rosak jika cara sisir rambut salah dan tidak tepat.

    Berita baik buat anda, kami akan huraikan cara sikat rambut dengan betul agar ia tidak mudah rosak. Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Apa manfaat jika sikat rambut dengan betul?

    Menurut Pakar Penggayaan Rambut Vincent De Marco, ada banyak manfaat jika anda tahu cara sikat rambut yang betul dan ia bukan hanya mitos atau plasebo.

    Untuk pengetahuan anda semua, berikut ini adalah manfaat yang bakal mahkota anda terima jika betul cara menyikat:

  • Kulit kepala lebih sihat – Penyisiran rambut dengan lembut umpama urutan mini yang mampu merangsang dan melancar pengaliran darah serta pertumbuhan rambut
  • Membuang rambut yang rosak – Adalah normal untuk rambut gugur kira-kira 50 ke 100 helai sehari dan dengan menyikatnya maka rambut rosak ini dapat dibuang
  • Menyebar minyak dengan rata – Kelenjar minyak pada folikel bulu mampu untuk melembapkan kulit kepala dan dengan menyikatnya maka minyak ini dapat tersebar ke keseluruhan kulit kepala
  • Dalam pada itu juga, anda turut mampu untuk membentukkan serta menggayakan rambut anda itu dengan trend atau fesyen yang sangat digemari pada masa kini.

    Namun apa yang lebih penting, ia perlu dilakukan dengan cara yang tepat agar tidak pula berlaku kerosakan teruk seperti masalah keguguran atau kebotakan rambut.

    cara sikat rambut

    Berapa kerap anda perlu untuk sisir rambut?

    Antara perkara paling penting dalam cara sisir rambut yang betul adalah kekerapan diri anda melakukannya. Ia perlu disesuaikan dengan kemahuan dan keperluan.

    Menurut American Academy of Dermatologyanda tidak boleh menyikat rambut anda lebih daripada 100 kali sikatan dalam masa sehari atau ia akan mudah rosak.

    De Marco juga telah menyarankan agar anda menyisir rambut anda 2 kali dalam sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi waktu malam dengan lembut dan betul.

    “Penyisiran yang sangat kerap dan kuat akan mengakibatkan rambut boleh pecah dan rosak walaupun ia hanya dilakukan sekali sehari”, jelas beliau lagi.

    Dengan berpandukan kepada kekerapan dan cara sikat rambut yang betul ini, maka anda mungkin mampu untuk menerima manfaat seperti yang dinyatakan di atas tadi.

    Bagaimana cara sikat rambut yang betul?

    Sebelum mula sisir rambut, anda perlu kenali jenis dan kondisi rambut anda terlebih dahulu. Ini sangat penting agar anda dapat memilih gigi sikat dan cara paling sesuai.

    Sebagai panduan paling utama, rambut jenis lurus itu mungkin sesuai dengan sikat gigi yang rapat manakala jenis rambut keriting pula sesuai dengan sikat gigi yang jarang.

    cara sikat rambut

    Kemudian, anda juga tidak boleh terus menyikat tanpa melihat pada kondisi rambut sama ada ia:

    Jika rambut sedang basah…

    Ketika rambut anda basah, maka ia sedang berada dalam keadaan yang sangat rapuh, justeru penting untuk ia disisir dengan cara yang betul agar rambut tidak mudah rosak.

    Disebabkan itu, sila ikuti panduan di bawah ini untuk menyisir rambut anda yang sedang basah:

  • Guna hujung sikat untuk menyisir hujung rambut anda.
  • Sikat dengan lembut pada rambut yang sedang kusut.
  • Susun rambut dengan hujung jari untuk hurai kekusutan.
  • Sapu pelembut, minyak atau gel untuk melicinkan rambut.
  • Ulang proses ini sehingga rambut anda sudah sempurna.
  • Jika rambut dalam keadaan kering…

    Ketika rambut anda sedang kering, maka ia juga berada dalam keadaan yang bahaya kerana rambut akan lebih cenderung untuk bersimpul, bercabang atau serabut.

    Disebabkan itu, sila ikuti panduan di bawah ini untuk menyisir rambut anda yang sedang kering:

  • Mula sikat dari tengah rambut ke hujung helai rambut.
  • Naik 1 ke 2 inci daripada tempat anda mula sikat.
  • Sisir sehingga kekusutan rambut sudah terhurai.
  • Terus sikat rambut sehingga sampai ke kulit kepala.
  • Ulang proses ini sehingga rambut anda sudah sempurna.
  • cara sikat rambut

    Konklusinya, kita semua perlu tahu cara sikat rambut yang betul agar mahkota di kepala itu tidak mudah rosak bergantung kepada jenis dan kondisi rambut anda.
    Disebabkan itu juga, sila segera berjumpa dengan doktor, pakar kulit atau pakar rambut untuk merawat segala masalah pada rambut sebelum ia tambah melarat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan