home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Sebab Kenapa Rambut Berbuah Terjadi, Lebih-Lebih Lagi Buat Yang Bertudung!

5 Sebab Kenapa Rambut Berbuah Terjadi, Lebih-Lebih Lagi Buat Yang Bertudung!

Sedang anda menyikat rambut anda, tiba-tiba anda berasakan seperti ada sesuatu yang terlekat pada helaian rambut anda.

Tekstur rambut anda menjadi kering dan terasa seperti berbiji-biji. Pernah alami situasi di atas?

Keadaan ini bukan disebabkan masalah kelemumur mahupun kutu, tetapi ia dipanggil rambut berbuah. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keadaan masalah rambut sebegini.

Apa itu rambut berbuah?

Masalah rambut berbuah ini sering kali dihadapi oleh individu wanita, terutamanya mereka yang bertudung.

Ia adalah satu keadaan di mana pada bahagian hujung rambut terdapat benda asing yang berwarna putih atau hitam yang melekat dan amat sukar untuk ditanggalkan. Ia disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut.

Bakteria putih atau hitam? Bakteria ini dikenali sebagai Peidra. Dalam bahasa Sepanyol, ia membawa maksud “batu”, iaitu jangkitan kulat cetek tanpa simptom batang rambut. Ia diklasifikasikan kepada dua, iaitu black piedra dan white piedra.

Simptom-simptom

Seperti yang dinyatakan di atas masalah rambut berbuah ini boleh dikenal pasti dengan kehadiran nodul putih atau hitam yang melekat pada batang rambut.

Ia sering berlaku pada rambut di kulit kepala, bahagian muka atau rambut di bahagian kemaluan.

Antara beberapa simptom lain adalah seperti:

Jangkitan ini walaupun kerap berlaku kepada individu wanita, tetapi individu lelaki juga berisiko untuk berdepan dengan masalah rambut berbuah ini. Jadi, jangan ambil mudah!

Faktor penyebab

Anda sudah mengetahui tentang bakteria yang menjadi punca kepada wujudnya masalah rambut berbuah ini serta simptomnya.

Tetapi, apakah faktor yang memungkinkan anda untuk mengalami masalah rambut berbuah ini? Ikut penjelasan berikut.

  1. Rambut basah dan tidak cukup kering

Kebiasaannya, terdapat individu yang setelah membasuh rambut, mereka tidak mengeringkan rambut dengan betul.

Ada dalam kalangan mereka yang terus mengikat rambut dalam keadaan rambut masih basah.

Hal ini tidak digalakkan kerana rambut memerlukan pengeringan yang betul supaya rambut tidak mengalami kerosakan seperti rambut berbuah atau kering dan bercabang.

  1. Penggunaan pengering rambut

Rambut Berbuah Bagaimana ia Berlaku - pengering rambut

Penggunaan pengering rambut dengan haba yang terlalu tinggi dan terlalu panas juga boleh merosakkan rambut.

Keadaan ini akan menyebabkan rambut menjadi terlampau kering dan jika sering digunakan, rambut akan rosak. Kecenderungan untuk rambut berbuah juga tinggi.

  1. Tidur tidak mencukupi

Tidak mendapat tidur yang mencukupi boleh mengakibatkan seseorang individu berdepan dengan keletihan dan kelesuan.

Keadaan ini akan mendorong perubahan hormon dalam badan berikutan aturan tidur yang tidak berkualiti dan tidak mencukupi.

Apabila berlaku perubahan hormon, ia secara tidak langsung memberi impak kepada proses pertumbuhan rambut.

Sering kali rambut akan mula gugur. Selain itu, antara masalah lain yang berkemungkinan untuk berlaku adalah apabila rambut mulai rosak dan mula mengalami tekstur berbiji-biji iaitu rambut berbuah.

  1. Produk penjagaan rambut secara berlebihan

Penggunaan produk penjagaan rambut seperti syampu atau perapi rambut secara berlebihan dan terlalu banyak, boleh menjadi punca kepada rambut berbuah.

Perkara ini boleh berlaku disebabkan sesetengah produk mengandungi kandungan minyak secara berlebihan.

Justeru, anda memerlukan penjagaan dan pemilihan produk rambut khusus untuk mengatasi masalah ini.

  1. Jangkitan bakteria dan kuman

Seperti yang dijelaskan di atas, jangkitan bakteria dan kuman boleh berlaku kepada rambut yang diperam, berada dalam keadaan lembap dan tidak mendapat penjagaan yang betul.

Akibatnya, rambut akan menjadi rosak dan berbau busuk. Keadaan ini boleh berlaku kepada individu yang memakai tudung, memakai topi dan juga helmet.

Peluh yang terkumpul pada kulit kepala cenderung untuk memerangkap bakteria dan boleh menyebabkan pelbagai masalah rambut lain, seperti rambut berbuah dan bercabang.

Tip elak rambut berbuah

Berikut adalah beberapa tip mencegah rambut berbuah dan penjagaan yang boleh dilakukan melalui perawatan di rumah.

Ia adalah cadangan, namun, disebabkan terdapat beberapa penggunaan bahan yang mungkin boleh mendatangkan mudarat seperti kerengsaan, anda adalah dinasihatkan untuk memastikan bahawa anda tidak alahan kepada bahan-bahan yang akan anda gunakan.

  1. Gunakan clarifying shampoo

Clarifying shampoo adalah cara paling biasa untuk menyingkirkan ketepuan produk pada rambut. Pun begitu, jangan gunakan syampu ini secara berlebihan.

Disebabkan kesannya yang kuat, ia boleh mengeringkan kulit kepala. Penggunaan syampu ini sekali sebulan sudah mencukupi.

  1. Bilas dengan cuka epal sider

Banyak produk rambut boleh mengganggu pH semula jadi rambut dan memberi kesan negatif kepada keadaan kulit kepala.

Mengambil pendekatan DIY, anda boleh menggunakan cuka epal sider (apple cider vinegar) untuk menyingkirkan ketepuan produk.

Ia juga membantu mengembalikan rambut dan kulit kepala ke pH semula jadi. Tetapi jangan gunakan secara langsung sebaliknya campurkan dengan air dalam nisbah 1:4 untuk membilas rambut.

  1. Cuba gunakan jus lemon

Rambut Berbuah Bagaimana ia Berlaku - jus lemon

Sepertimana cuka epal sider, jus lemon turut mempunyai nilai pH yang sama.

Campurkan dengan air sebelum digunakan seperti cuka epal sider. K

easidan jus lemon membantu menyingkirkan kelemumur dan sisa produk, membersihkan kulit kepala seperti syampu.

Biarkan campuran tersebut di kulit kepala selama 10 minit, sikat dan bilas setelah selesai.

  1. Pengelupasan dengan baking soda

Apabila rambut anda bertambah berat dengan produk melekit, cuba gunakan baking soda sebagai exfoliant kulit kepala.

Anda boleh mencampurkan dengan air, perapi dan beberapa titis minyak kegemaran anda.

Alirkan campuran tersebut melalui rambut yang lembap sewaktu mandi dan ikuti dengan kondisioner rambut yang sesuai. Jangan amalkannya lebih daripada sekali sebulan.

  1. Gunakan syampu dan perapi yang sesuai

Disebabkan anda tidak boleh menggunakan syampu clarifying dengan kerap, pastikan anda menggunakan produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit kepada dan rambut anda.

Cari syampu yang ringan dan kurang bahan yang memberatkan seperti paraben, sulfat, dan silikon yang meninggalkan sisa pada rambut.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Piedra

https://emedicine.medscape.com/article/1092330-overview / Accessed on Aug 6, 2019

 

MASALAH RAMBUT BERBUAH

https://biotropicalcares.com/masalah-rambut-berbuah/ / Accessed on Aug 6, 2019

 

Wanita Ini Terkejut Melihat Rambut Berbuah! Ini Cara Mengatasinya

https://biotropicalcares.com/wanita-terkejut-melihat-rambut-berbuah/ / Accessed on Aug 6, 2019

 

Tip Elak Rambut Berbuah

https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tip-elak-rambut-berbuah/ / Accessed on Aug 6, 2019

 

White Piedra

https://www.healthline.com/health/white-piedra#symptoms / Accessed on Aug 6, 2019

 

Dandruff: What Your Itchy Scalp Is Trying to Tell You

https://www.healthline.com/health/dandruff-itchy-scalp / Accessed on Aug 6, 2019 

 

Piedra

https://www.dermatologyadvisor.com/home/decision-support-in-medicine/dermatology/piedra/ / Accessed on Aug 6, 2019

 

White Piedra

https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/white-piedra / Accessed on Aug 6, 2019

 

Black Piedra

https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/black-piedra / Accessed on Aug 6, 2019

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 20/08/2019
x