backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Kerinting, Ikal, Lurus Atau Beralun: Mana Satu Jenis Rambut Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

Kerinting, Ikal, Lurus Atau Beralun: Mana Satu Jenis Rambut Anda?

Apakah jenis rambut anda, lurus, beralun, kerinting atau ikal mayang? Tak tahu apa bezanya? Dalam artikel ini ada jawapannya…

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Pelbagai gaya rambut

Keadaan rambut menentukan personaliti dan penampilan seseorang. Sebagai mahkota manusia, rambut memainkan peranan yang besar.

Rambut yang tidak terurus memberikan petanda kepada orang bahawa empunya badan tidak kemas.

Begitu juga gaya rambut yang berbeza turut menandakan personaliti dan latar belakang seseorang.

Malah, beberapa keadaan kesihatan juga boleh menunjukkan simptom dan tanda pada rambut serta kulit kepala.

Ini antara jenis-jenisnya:

1. Rambut lurus

jenis rambut

Rambut lurus mencerminkan keadaan yang paling lembut dan kuat berbanding yang lain.

Rambut ini adalah paling susah untuk rosak kerana cecair sebum daripada kelenjar di kulit kepala mudah tersebar sehingga hujung rambut, memberikan perlindungan yang baik kepada rambut.

Ia juga sukar untuk menjadi kerinting dan merupakan jenis yang paling berminyak.

2. Rambut beralun

Jenis rambut ini adalah bergelombang dan mempunyai tekstur antara lurus dan kerinting.

Ia lebih cenderung menjadi kerinting berbanding rambut lurus.

Jika alunannya sederhana, ia mudah digayakan. Namun, alunan yang kasar agak susah digayakan dan memerlukan syampu dan gel yang sesuai untuk melembutkan teksturnya.

jenis rambut

3. Rambut ikal mayang

Rambut ini adalah sangat unik dan mungkin antara yang paling cantik, terutamanya bagi wanita.

Ia bermula lurus daripada kulit kepala dan beralun di hujungnya.

Tidak kurang juga mereka yang mendapatkan rawatan salon demi mendapatkan gaya rambut ini.

4. Rambut kerinting

Rambut kerinting adalah rambut yang mempunyai bentuk huruf ‘S’, atau kadangkala berbentuk huruf ‘Z’.

Kebiasaannya, ia adalah tebal, tergantung kepada cuaca dan mudah rosak. Jika tidak dijaga dengan betul, sifat kerintingnya akan berkurang.

Sebaliknya, jika dijaga dengan baik, ia akan menjadi gaya rambut menarik yang hanya boleh digayakan oleh pemilik rambut kerinting sahaja.

jenis rambut

Mengapa perlu tahu jenis rambut?

Mengenali jenis yang anda miliki adalah penting. Ia membantu anda menentukan gaya rambut paling sesuai dan cara menjaganya.

Gaya hidup dan cara anda menjaga rambut anda dapat membantu mengekalkan kesihatan rambut serta mengurangkan keguguran.

Rambut adalah satu anugerah yang besar kepada seseorang. Hargailah ia walau apa pun keadaan rambut anda.

Setiap jenis adalah cantik terutamanya jika ia adalah semula jadi.

Anda tidak perlu menghabiskan terlalu banyak duit menggayakan rambut untuk nampak cantik sehingga merosakkan sifat semula jadinya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan