8 Cara Lebatkan Rambut, No. 2 WAJIB Anda Buat Kalau Nak Rambut Bersinar!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Disemak pada 06/04/2023

    8 Cara Lebatkan Rambut, No. 2 WAJIB Anda Buat Kalau Nak Rambut Bersinar!

    Rambut yang sihat boleh dicapai melalui beberapa kaedah seperti menjaga kesihatan kulit kepala dan menggunakan rawatan tertentu supaya pertumbuhan rambut yang lebih banyak. Berikut cara lebatkan rambut yang boleh dicuba!

    Bagaimana cara lebatkan rambut?

    Cara lebatkan rambut no 1, amalkan pemakanan sihat

    Diet yang sihat membekalkan nutrisi penting dan juga dalam kadar yang mencukupi bagi proses metabolsima dan juga anabolisma badan.

    Proses anabolisma ini termasuklah pertumbuhan rambut.

    Tanpa bekalan nutrisi yang mencukupi, badan kita tidak mampu untuk menjana atau memelihara struktur badan dengan baik.

    Sebagai contoh, kekurangan vitamin E dan zink menyebabkan penipisan dan kehilangan rambut.

    Untuk itu, amalkan diet yang kaya dengan protein, vitamin A, B, C, dan E, zat besi, zink, magnesium dan juga selenium.

    Anda juga boleh cuba mengambil makanan tambahan kompleks vitamin B.

    2. Bersihkan rambut anda

    cara lebatkan rambut

    Jangkitan mikrobial pada kulit kepala sememangnya dapat mengganggu kesihatan folikel dan juga akar rambut, lantas menyebabkan rambut anda jadi tidak sihat dan kurang bermaya.

    Ia juga boleh membawa kepada penyakit kulit kepala seperti dermatitis seborrheic, psoriasis, dan ekzema.

    Kesemua keadaan tersebut juga berupaya untuk mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.

    Membersihkan rambut dan kulit kepala daripada jangkitan tersebut menggunakan produk antimikrob, rawatan klinikal dan ubat yang sesuai bantu mengurangkan gangguan kepada usaha anda untuk mendapatkan rambut yang lebih lebat.

    3. Uruskan tekanan dengan baik

    Tekanan memberikan pelbagai kesan negatif kepada badan. Salah satu daripada kesan tersebut adalah mengganggu pertumbuhan rambut anda.

    Bahkan, ia boleh menyumbang kepada keguguran rambut secara terus.

    Untuk menguruskan tekanan, anda boleh menggunakan meditasi, latihan pernafasan, bersenam atau teknik penenangan lain. Selain itu, pastikan juga anda mendapatkan tidur dengan secukupnya.

    Cara lebatkan rambut #4. Urut kulit kepala

    Teknik urutan kulit kepala ini merupakan sejenis rangsangan mekanikal yang sedikit sebanyak, mendorong kepada kelancaran peredaran darah pada kulit kepala.

    Peningkatan peredaran darah kepada kulit kepala ini membantu untuk membekalkan nutrisi penting kepada akar rambut supaya kekal sihat.

    Anda boleh melakukan urutan ini dengan menggunakan minyak perangsang seperti minyak kelapa demi memaksimakan keputusan.

    5. Berhati-hati ketika menyikat rambut

    Menyikat rambut sebenarnya memberikan rangsangan mekanikal kepada akar rambut.

    Namun yang demikian, menyikat terlalu kuat dan kasar berupaya menyebabkan rambut gugur selain mengakibatkan kerosakan pada kulit kepala.

    Untuk itu, pastikan anda menyikat secara perlahan-lahan terutamanya ketika rambut basah.

    6. Cuka epal cider

    cara lebatkan rambut

    Cuka epal cider ini bertindak dengan perlahan-lahan membersihkan kulit kepala dan mengekalkan keseimbangan pH rambut.

    Tindakan ini membantu untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif bagi mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

    7. Teh hijau

    Teh hijau, seperti yang anda ketahui, sangat kaya dengan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran rambut.

    Caranya, sapukan teh hijau hangat (dari uncang teh yang digunakan) ke atas kulit kepala dan biarkan selama sejam. Setelah selesa, basuh dengan air sejuk.

    8. Minyak zaitun

    Minyak zaitun adalah minyak semula jadi yang mengandungi banyak manfaatnya. Walaupun kebanyakkan manfaat minyak zaitun berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan penyakit.

    Namun ada penyelidikan menemui kelebihan minyak zaitun terhadap penjagaan rambut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Disemak pada 06/04/2023

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan