Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Nak Keringkan Rambut Dengan Lebih Cepat? Jom Cuba 6 Tip Ini, BERKESAN!
Mandi siap bersyampu dan tiba-tiba, ada hal yang menyebabkan anda perlu bersiap segera, tapi rambut masih basah. Bertenang, ada cara keringkan rambut dengan cepat yang boleh dicuba iaitu dengan menggunakan hair dryer. Tapi, rata-rata ada juga yang kongsikan keburukan hair dryer, betul kah?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
6 Cara keringkan rambut dengan cepat dengan hair dryer
Mengeringkan rambut dengan pengering rambut anda boleh menjadi sangat memakan masa, terutamanya jika anda mempunyai rambut panjang, tebal atau kerinting.
Pengering rambut mahal sekali pun tidak akan mempercepatkan masa berbanding pengering rambut murah jika anda tidak tahu caranya.
Berikut adalah cara keringkan rambut yang betul.
1. Keringkan rambut anda dengan tuala terlebih dahulu, antara cara keringkan rambut dengan cepat
Sebaik sahaja anda telah selesai mencuci rambut anda, balut dengan tuala dan perah air keluar perlahan-lahan.
Tuala mikrofiber adalah yang terbaik kerana menyerap air lebih cepat daripada yang diperbuat daripada kapas.
Selain itu, jangan gosok rambut anda kerana ia akan merosakkan kutikel rambut.
Elakkan pergerakan rawak kerana boleh membuatkan rambut anda mengerbang
3. Bahagikan rambut anda kepada bahagian kecil
Jika anda mempunyai rambut tebal, bahagikan kepada beberapa bahagian dengan menggunakan klip rambut.
Selepas itu, keringkan bahagian rambut anda mengikut bahagian.
Kaedah ini bukan sahaja lebih berkesan malah kurang memakan masa, berbanding meniup seluruh kepala sekali lagi.
4. Jangan sekali-kali menghalakan haba ke satu tempat
Ketahui teknik menggunakan hairdryer untuk elakkan rambut anda rosak.
Cara keringkan rambut menggunakan hair dryer ada tekniknya. Anda dinasihatkan untuk memastikan haba sentiasa dihalakan dari satu tempat ke tempat lain.
5. Cara keringkan rambut dengan cepat #Belajar menggunakan mesin pengering
Pengering mewah menawarkan kapasiti haba yang lebih tinggi, bermakna kurang masa pengeringan.
Walau bagaimanapun, lebih panas tidak semestinya lebih baik.
Pastikan anda tahu bagaimana untuk menggunakan pengering rambut anda dengan betul supaya anda tidak akan terlebih mengeringkan rambut atau mencederakan diri.
6. Gunakan produk rambut cepat kering
Terdapat banyak juga produk rambut yang menawarkan perlindungan haba dan masa pengeringan pendek.
Ini merupakan antara kaedah keringkan rambut dengan cepat yang boleh dicuba.
Produk sebegini bertindak dengan memberi kesan kepada ikatan antara air dan permukaan rambut, menjadikan air terwap dengan lebih mudah.
Semoga tip di atas boleh membantu memudahkan tugas mengeringkan rambut anda yang melelahkan.
Lakukannya dengan cara yang betul dan anda bukan sahaja akan mengeringkan rambut anda lebih cepat tetapi juga membuatkannya kelihatan lebih cantik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
How To Dry Your Hair Fast. https://www.oglf.org/how-to-dry-hair-fast/, Accessed on Dec 9, 2021
Yoonhee Lee, M.D., Youn-Duk Kim, M.D.,1 Hye-Jin Hyun, M.D.,1 Long-quan Pi, Ph.D., Xinghai Jin, M.D., and Won-Soo Lee, M.D. Hair Shaft Damage from Heat and Drying Time of Hair Dryer (2011). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3229938/, Accessed on Dec 9, 2021
Best Ways to Protect Your Hair From Sun Damage. https://health.clevelandclinic.org/best-ways-to-protect-your-hair-from-sun-damage/, Accessed on Dec 9, 2021
HOW TO STOP DAMAGING YOUR HAIR. https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/insider/stop-damage, Accessed on Dec 9, 2021
Hair Damage? Your Hair Cuticle May Be The Problem! https://www.seriouslynatural.org/2017/07/hair-damage.html, Accessed on Dec 9, 2021
Versi Terbaru
02/03/2026
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor