Apabila naik sahaja bintik merah pada kulit, pasti kita akan berasa risau. Apa yang lebih menakutkan adalah jika punca sebenar di sebalik masalah itu tidak dapat dikenal pasti!
Sama ada ia disebabkan oleh reaksi alergi atau tanda penyakit, kita perlu tahu apa punca dan kesan masalah ini.
Apa jenis bintik merah di badan? Ada bintik merah di badan tanpa demam? Ada bintik merah gatal menyebar?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Kenapa boleh muncul bintik merah pada kulit?
Apa jenis bintik merah di badan? Ada bintik merah di badan tanpa demam? Ada bintik merah gatal menyebar?
Sebenarnya, mustahil untuk kulit kita timbul banyak bintik-bintik berwarna merah dan bersaiz kecil tanpa sebab.1 Ada beberapa punca dan faktor risiko masalah kulit ini berlaku iaitu:
#1. Punca bintik merah di badan: Ruam panas
Jangan salah sangka, ruam panas bukan hanya berlaku pada bayi sahaja. Ia juga boleh berlaku kepada orang dewasa.
Ia terjadi apabila liang peluh tersumbat lalu memerangkap peluh di bawah lapisan kulit. Akibatnya, kulit akan naik bintik merah yang kadangkala membengkak, menggelembung dan berair.2
Selalunya, ruam panas akan berlaku pada kawasan badan yang banyak mengalami geseran dengan pakaian, terutama di kawasan:
- leher
- bahu
- dada
- ketiak
- siku
- pinggang
- celah kelangkang2
Selain itu, mereka yang kerap berpeluh dan tinggal di lokasi beriklim panas juga lebih berisiko untuk mengalaminya.2
Punca bintik merah gatal menyebar #2. Dermatitis
Dermatitis sentuh atau kontak adalah kondisi di mana naik bintik merah pada kulit apabila anda bersentuhan dengan sesuatu bahan atau objek yang boleh mencetuskan reaksi alergi.3
Kondisi ini tidak berjangkit, tetapi akan menyebabkan ketidakselesaan dan mungkin kesakitan kepada penghidapnya.
Individu yang menghidap dermatitis jenis ini boleh mengalami bintik-bintik merah apabila tersentuh objek seperti sabun, barang kemas, minyak wangi dan juga tumbuh-tumbuhan tertentu.3
Bintik merah pada kulit akibat #3. Kayap
Kayap (shingles atau herpes zoster) merupakan masalah kulit yang menyakitkan dan biasa muncul di bahagian muka atau badan. Ia disebabkan oleh jangkitan daripada virus Varicella-Zoster.4
Kawasan kulit yang terkesan akan mula mengeluarkan bintik merah yang gatal dan sakit dalam masa 7 hingga 10 hari. Lama-kelamaan, lepuh tersebut akan mula mengering, berparut dan berkudis.4
Tanda awal anda diserang kayap adalah rasa sakit pada kawasan kulit yang dijangkiti dan pening kepala. Untuk mengelakkannya lebih parah, segera jumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjut.
Bintik merah pada kulit angkara #4. Kurap
Kurap (ringworm atau tinea corporis) pula merupakan sejenis jangkitan kulit yang diakibatkan oleh kulat. Ia akan menyebabkan timbulnya bintik merah yang berbentuk seperti cincin pada badan.5
Bintik ini juga selalunya gatal, sakit dan bersisik. Apa yang lebih menakutkan, jangkitan itu boleh berjangkit sama ada daripada satu individu ke individu lain atau haiwan yang telah dijangkiti.5
Dalam erti kata mudah, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang mengalami kurap, jangan sesekali berkongsi barang peribadi seperti selimut, tuala, pakaian atau sikat rambut.
#5. Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) punca bintik merah pada kulit
HFMD adalah sejenis penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Simptom utamanya adalah muncul ulser di dalam mulut, ruam serta timbul bintik merah pada tangan dan kaki.6
Dalam masa yang sama, individu juga bakal diserang demam, sakit tekak dan rasa tidak sihat. Bayi pula akan selalu merengek, menangis dan tidak lalu makan disebabkan ulser di dalam mulut.
Penyakit yang disebabkan oleh coxsackievirus ini masih belum menemui vaksin atau ubat serta boleh berjangkit!6
Satu-satunya cara efektif untuk mencegah atau mengelakkan jangkitan HFMD adalah membasuh tangan dengan kerap dan mencegah kontak rapat dengan individu lain yang telah dijangkiti virus ini.
#6. Bintik merah di badan: penyakit kulit
Lichen planus merupakan satu keadaan yang menyebabkan kulit seseorang gatal, sakit dan membengkak. Ia selalunya dikesan dengan bintik merah di badan tanpa demam yang berlangsung selama beberapa minggu.7
Ia juga boleh berlaku di kawasan mulut dan alat sulit, serta bahagian tubuh lain yang diselaputi membran mukus.
Sehingga ke hari ini, masih sedikit informasi yang ada berkaitan lichen planus. Malah, ia juga tidak boleh dirawat.
Oleh sebab itu, pesakit hanya akan diberikan ubatan dan rawatan untuk mengawal simptom yang dialami.
#7. Kerap mandi air yang telah tercemar
Kadangkala, bintik merah pada kulit boleh terjadi disebabkan swimmer’s itch atau cercarial dermatitis. Ia berlaku apabila badan mengalami reaksi alergi terhadap parasit mikroskopik yang tinggal di dalam air.
Parasit ini berasal daripada siput yang telah dijangkiti dan boleh mencemarkan air laut, sungai, kolam dan tasik.8
Jika parasit ini melekat pada badan manusia, ia akan membenamkan diri ke dalam kulit dan menyebabkan timbulnya bintik merah serta ruam gatal akibat reaksi alergi.8
Golongan kanak-kanak adalah sangat berisiko kerana mereka ini gemar mandi di kawasan sungai, air laut mahupun air terjun, yang menjadi perumah parasit tersebut.
Ini cara menghilangkan bintik merah pada kulit!
Sekiranya bintik-bintik ini berpunca daripada jangkitan virus, kulat atau bakteria, perkara pertama yang individu perlu lakukan adalah berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis klinikal.1
Selepas itu pula, barulah anda boleh temui ubatan atau rawatan yang bersesuaian dengan kondisi masing-masing!
Persoalannya, bagaimana pula jika ia berpunca daripada anda kerap menggunakan air tercemar, tanpa disedari?
Gunakan sumber air yang bersih
Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Sebelum anda sendiri terkena bintik merah pada kulit akibat jangkitan mikrob termasuk parasit, anda harus lebih berwaspada.
Sebagai salah satu langkah penting yang anda boleh cuba adalah dengan menggunakan sumber air yang bersih!
Penggunaan penapis air sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Terdapat pelbagai jenis penapis air yang tersedia di pasaran untuk kegunaan anda.
Contohnya penggunaan penapis air alkali, ia bukan sahaja bagus untuk mendapatkan penghidratan yang baik, bagus untuk kulit, malah mengekalkan penjagaan kesihatan diri di tahap paling maksimum.9
Buat anda yang belum tahu, air alkali ini bermaksud tahap pH air itu melebihi paras neutral iaitu 7. Ditambah dengan proses elektrolisis menggunakan mesin pengionan, ia boleh mencapai angka 8.5 hingga 10.9
Produk penapis air terkini seperti Ultra Filtration Alkaline Water Ionizer TK-AS700 daripada Panasonic mampu membekalkan seluruh rumah anda dengan air alkali untuk seisi keluarga.
Selain boleh dijadikan air minuman, ia juga boleh digunakan untuk memasak, mencuci pakaian dan mandian bagi mengelakkan masalah seperti terjadinya bintik merah pada kulit.
Fakta
Dalam erti kata mudah, ia bagus untuk penjagaan kulit dan keseluruhan kesihatan diri anda.9
Jadi, anda tidak perlu lagi risau akan masalah air tercemar dengan penggunaan produk ini.
Dapatkan penapis air beralkali anda di sini.