backup og meta

Sunscreen Penting Untuk Lindungi Kesihatan Kulit, Bukan Produk Kecantikan Semata!

Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 24/07/2023

    Sunscreen Penting Untuk Lindungi Kesihatan Kulit, Bukan Produk Kecantikan Semata!

    Kita tentu biasa dengar tentang sunscreen atau sunblock bukan? Ia semakin popular sebagai produk penjagaan kulit yang wajib ada. Jadi, apa kepentingan sunscreen?

    Tahu tak, produk ini disarankan oleh pakar kulit atau ahli dermatologi sebagai pencegah pelbagai masalah kulit! Jom ketahui lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Mengapa Perlu Lindungi Kulit Daripada Cahaya Matahari?

    Sunscreen atau pelindung matahari adalah produk penjagaan kulit yang membantu melindungi kulit kita daripada bahaya sinaran matahari. Kenapa sinaran matahari berbahaya untuk kulit?

    Sinaran matahari ada banyak kebaikan seperti membekalkan haba dan membantu tubuh mendapatkan vitamin D. Namun, berada di bawah cahaya ini terlalu lama menyebabkan kita terdedah kepada sinaran UV yang boleh memberikan kesan buruk.

    Sinaran UV terdiri daripada UVA, UVB & UVC. UVC tidak sampai kepada kita kerana telah ditapis oleh lapisan ozon. Jadi kita perlu melindungi kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB.

    Kepentingan Sunscreen: Bahaya Sinaran UV!

    kepentingan sunscreen

    Apabila kita terdedah kepada cahaya matahari, kulit akan melindungi kita. Sebab itulah warna kulit menjadi gelap setelah berada di bawah matahari terik buat masa yang lama atau kerap.

    Apabila terdedah terlalu lama kepada sinaran ini, ia akan merosakkan lapisan kulit dan menyebabkan selaran matahari atau apa yang kita panggil sebagai sunburn.

    Oleh itu, kepentingan sunscreen perlu dititikberatkan sebagai penjagaan kulit. Perlindungan ini penting tidak kira usia dan warna kulit. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap terdedah kepada matahari setiap hari.

    Sinaran UV boleh menyebabkan:

  • Kerosakan kulit dan strukturnya.
  • Meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Merosakkan mata.
  • Melemahkan sistem imun.
  • Bagaimana Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV?

    Dah tahu bahaya sinaran UV kepada kulit, tentu risau kan? Ini caranya anda boleh melindungi diri dan kulit anda.

    1. Gunakan pelindung matahari setiap hari. Tekankan kepentingan sunscreen kepada keluarga anda.
    2. Pakai baju dan seluar panjang yang menutupi kulit anda.
    3. Gunakan kaca mata hitam ketika panas terik.
    4. Pakai topi lebar untuk berikan anda perlindungan.
    5. Jangan berjemur di tengah panas, cari tempat teduh.
    6. Gunakan pelembap bibir dengan ciri pelindung matahari.

    Cara Menggunakan Pelindung Matahari Dengan Betul

    Kita kerap dengar tentang kepentingan sunscreen. Tetapi, bagaimana memilih produk yang terbaik dan sesuai untuk kulit?

    Kami berkesempatan menemuramah Pakar Kulit dari Perubatan Bukit Tinggi, Dr Goh Siew Wen semasa menyertai Kongres Dermatologi Sedunia di Singapura pada 3 – 5 Julai yang lalu.

    Menurut Dr Goh, cuaca tropikal di Malaysia menyebabkan kita terdedah kepada cahaya matahari sepanjang tahun. Jadi, adalah sangat penting untuk kita memilih sunblock dengan kandungan yang betul.

    kepentingan sunscreen

    Katanya lagi, kulit orang Asia seperti kita lebih mudah mendapat pigmentasi akibat sinaran matahari.

    Ramai yang percaya bahawa orang yang berkulit gelap tidak memerlukan pelindung matahari, dan ini tidak benar sama sekali. Kepentingan sunscreen itu bukan satu mitos ya!

    Pelindung matahari adalah keperluan bagi semua orang. Jadi, kita perlu pastikan produk yang kita gunakan melindungi kulit kita secara menyeluruh iaitu daripada kedua-dua sinaran UVA & UVB.

    Sebelum ini, kebanyakan produk hanya menitikberatkan SPF (sun protection factor) yang hanya melindungi kulit daripada UVB.

    Sebenarnya, perlindungan terhadap UVA juga amat penting. Tambahan pula, ia merangkumi 30% daripada radiasi matahari yang kita terima!

    kepentingan sunscreen

    Ramai yang menyangka, kita terselamat jika berada di dalam rumah atau bangunan. Tidak sama sekali! Dr Goh menyarankan penggunaannya sebanyak 2-4 kali sehari walaupun berada di dalam bangunan. Tak sangka kan?

    Jika anda pergi berenang, sebaiknya, sapukan pada kulit setiap 2 jam.

    Berapa banyak nak guna?

    Beliau menerangkan, ramai antara kita tidak menggunakan atau mengaplikasikannya dengan mencukupi. Kita sepatutnya gunakan dalam jumlah satu sudu kecil krim tersebut untuk melindungi bahagian muka dan leher kita!

    Nampak banyak bukan? Tetapi ini amat penting untuk memberikan kita perlindungan yang secukupnya.

    “Kepentingan sunscreen adalah untuk perlindungan kulit secara menyeluruh. Penggunaannya dapat menurunkan risiko kanser kulit, melambatkan proses penuaan, mengurangkan masalah pigmentasi dan membantu dalam pemulihan kesan jerawat pada kulit,” kata Dr Goh.

    Tambahnya lagi, bukan wanita sahaja perlu gunakan sunscreen. Lelaki juga perlu mula gunakannya sejak usia muda untuk mendapat manfaatnya.

    Apa Kandungan Penting Bila Memilih Sunscreen?

    Sewaktu ditemu bual, Dr Goh menitikberatkan pemilihan pelindung matahari dengan kandungan yang mampu melindungi kulit secara menyeluruh.

    Salah satu kandungan saranan beliau adalah produk yang mengandungi mexoryl 400. Apa kelebihannya?

    Kata beliau, mexoryl 400 adalah sejenis pelindung matahari kimia (chemical sunblock). Apa yang istimewa tentangnya, ia melindungi kulit daripada sinaran UV matahari dalam anggaran 380-400 nanometer yang mana tidak terdapat dalam bahan pelindung matahari kimia yang lain.

    Produk Sunscreen Terbaru, Kini Boleh Didapati Di Malaysia!

    kepentingan sunscreen

    Menyedari kepentingan sunscreen bagi menjaga kesihatan kulit, L’Oréal di bawah jenama La Roche-Posay telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Anthelios UVMune 400. Ia mengandungi mexoryl 400 yang melindungi kulit anda daripada sinaran UVB dan UVA sehingga 400 nanometer.

    Anthelios UVMune 400 telah dikaji dan terbukti melindungi kulit daripada kerosakan sel yang boleh menyebabkan tanda-tanda penuaan awal, dan mencegah kerosakan DNA yang boleh menyebabkan kanser kulit.

    Bukan itu sahaja, ia juga telah diuji pada semua jenis kulit dan terbukti boleh digunakan oleh orang ramai tanpa sebarang masalah.

    Anthelios UVMune 400 telah dilancarkan di farmasi dan boleh didapati dalam bentuk Invisible Fluid SPF50+ atau Oil Control Fluid SPF50+. Ia juga kini tersedia dalam formulasi untuk kulit berminyak, untuk melindungi kulit serta mengawal minyak. Anda boleh dapatkannya di farmasi seperti Watson.

    Kesimpulannya, kepentingan sunscreen adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal lagi. Lebih-lebih lagi kita sering terdedah kepada matahari terik setiap hari. Perlindungan adalah penting, dan mendapatkan produk yang betul dan lengkap untuk memberi manfaat kepada kulit anda secara menyeluruh adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan.

    Jadi, wanita, lelaki, tua atau muda, pastikan anda mula pakai pelindung matahari setiap hari. Dapatkan yang betul tau!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Nazrah Nazarudin


    Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 24/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan