backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Info Lengkap Alahan Pada Kulit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/08/2021

Info Lengkap Alahan Pada Kulit

Asal tersentuh atau terkena sesuatu yang tidak patut sahaja, mungkin akan timbul reaksi alergi tertentu akibat kondisi alahan pada kulit.

Ia mungkin akan berlaku apabila sistem imuniti tubuh badan bertindak balas secara berlebihan terhadap penyebab alahan (alergen).

Bagi mengelakkan kondisi ini daripada terus berlaku, berulang dan semakin memburuk, ayuh bersama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Simptom

Apa simptom dan gejala alahan pada kulit?

Buat individu yang menghidap masalah alahan pada kulit, akan timbul reaksi alergi pada kulit jika ia tersentuh atau terkena sebarang alergen.

Kebiasaannya, reaksi yang akan berlaku adalah timbul ruam pada kawasan terjejas dan mungkin boleh merebak ke anggota badan yang lain.

Seiring dengan perjalanan waktu, ruam ini boleh hilang dengan sendirinya tanpa perlu anda menjalani sebarang rawatan khusus.

Namun sila segera berjumpa doktor jika ruam itu timbul pada kulit bersama simptom-simptom lain seperti berikut:

  • Kulit gatal
  • Kulit merah
  • Kulit bengkak
  • Kulit merekah
  • Kulit melepuh
  • Kulit bernanah

Tidak terhad pada kulit sahaja, alahan jenis ini juga sebenarnya berkemungkinan menyebabkan simptom lain termasuklah:

  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Sesak nafas

Untuk pengetahuan anda, setiap jenis alahan pada kulit itu mungkin akan mendatangkan simptom yang berbeza bergantung kepada individu.

Bukan itu sahaja, reaksi alahan ini juga boleh berubah dari semasa ke semasa, jadi adalah penting untuk mendapatkan diagnosis daripada doktor.

Punca

Apakah punca alahan kulit?

Sebenarnya, terdapat banyak perkara atau aspek yang wujud di dunia boleh menyebabkan alergi itu tercetus pada kulit anda.

Antara yang biasa diutarakan sebagai punca alahan kulit adalah bulu haiwan, debu, habuk, atau pakaian yang dipakai pada kulit.

Namun wujud juga beberapa jenis alergi yang mungkin masih kurang diketahui oleh kita semua, antaranya:

Alahan air

Dikenali sebagai aquagenic urticarial, kondisi ini dikatakan hanya wujud dengan nisbah seorang setiap 20 juta manusia di muka bumi ini.

Penghidapnya mungkin akan alami alahan kulit gatal jika air terkena kulit ketika mandi dan menyebabkan kerongkong terjejas jika meminum air.

Disebabkan itu, mereka yang tidak bernasib baik ini hanya boleh mandi selama seminit dan minum air suling atau berkarbonat sahaja.

Alahan nikel

Alahan nikel sebenarnya merupakan reaksi alahan apabila seseorang itu tersentuh atau terkena objek yang diperbuat daripada nikel.

Antara jenis objek tersebut adalah terdiri daripada barang kemas termasuk cincin, gelang, subang, rantai serta jam tangan.

Bukan itu sahaja, objek kegunaan dalam kehidupan seharian seperti zip, butang, pin, pen dan duit syiling juga boleh jadi puncanya.

Alahan detergen

Kebanyakan detergen seperti sabun (tidak kira apa kegunaannya) mengandungi bahan kimia yang berbahaya contohnya fosfat dan surfaktan.

Apabila terdapat sentuhan di antara kulit dengan bahan kimia ini, maka akan timbul reaksi alergi buat mereka yang tidak tahan dengannya.

Bagi mengelakkan ia berlaku, adalah wajar mereka yang menghidap kondisi ini menggunakan sabun yang bebas bahan kimia tersebut.

Rawatan

Bagaimana cara untuk merawat alahan pada kulit?

Selepas terjadinya reaksi alahan pada kulit, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk merawatnya.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua cara untuk merawat reaksi alergi ini iaitu melalui cara perubatan serta bukan perubatan.

Cara perubatan

Doktor mungkin akan memberikan anda ubat yang berbentuk pil, cecair atau sapuan bergantung kepada kes yang anda hadapi.

Sekiranya ubatan masih tidak mendatangkan kesan, maka suntikan ubatan ke dalam kawasan kulit terjejas pula akan dilakukan.

Akhir sekali, anda mungkin akan diberikan rawatan kecemasan iaitu pemberian epinephrine untuk mengawal kondisi anda itu.

Cara bukan perubatan

Cara bukan perubatan pula perlu dilakukan di rumah sahaja dan ia termasuklah:

  • Elak basuh kulit dengan air panas
  • Elak menggaru di kawasan yang gatal
  • Elak menutup atau membalut kawasan terjejas
  • Elak menggunakan bahan dan alat kosmetik
  • Guna pelembap jika kawasan kulit terjejas kering
  • Guna sarung tangan ketika membuat kerja rumah

penyakit alahan

Diagnosis

Apakah diagnosis alahan kulit?

Bagi mengetahui secara saintifik simptom, punca dan rawatan yang bakal diberikan akibat alahan kulit gatal dan sebagainya, diagnosis daripada doktor amat diperlukan.

Ada 2 kaedah diagnosis yang mungkin akan dibuat oleh doktor iaitu:

#1. Ujian tampal

Doktor akan melakukan ujian tampal dengan menggunakan beberapa alergen berjumlah sedikit untuk dikenakan pada kulit pesakit.

Dengan melakukan ini dan melihat reaksinya, maka doktor akan dapat mengesahkan apa punca sebenar alahan pada kulit itu berlaku.

#2. Ujian darah

Doktor juga mungkin akan melakukan ujian darah bagi mengukur jumlah antibodi yang menyebabkan alahan – Immunoglobulin E (IgE).

Kemudian sampel darah akan dihantar ke makmal untuk menentukan tahap sensitiviti antibodi itu terhadap alergen yang tertentu.

Selepas kedua-dua ujian ini dibuat, maka dapatlah doktor tentukan simptom, punca dan rawatan kondisi kulit anda itu.

Pencegahan

Bagaimana cara mengelak alahan pada kulit?

penyakit alahan

Tentu sekali, langkah paling penting untuk mencegah penyakit ini adalah dengan mengelak sentuhan pada segala punca alahan kulit itu sendiri.

Pun begitu, kadangkala ia memang tidak dapat dielakkan lalu menyebabkan alahan kulit gatal, merah, bengkak dan sebagainya.

Oleh itu, sentiasa berhubung dan berjumpa dengan doktor bagi membincangkan masalah alahan pada kulit yang anda hadapi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/08/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan