Anda sedang berbaring dan tiba-tiba badan terasa gatal. Kenapa badan gatal gatal secara tiba-tiba? Penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor, terutamanya jangkitan bakteria.
Penggunaan produk mandian anti bakteria yang tepat, terutamanya yang diformulasikan dengan bahan semula jadi, boleh menjadi langkah penting dalam melindungi diri dan keluarga anda daripada masalah ini.
Sebelum pergi kepada kaedah pencegahan dengan lebih lanjut, mari kita lihat dahulu apakah 7 punca gatal angkara bakteria.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
7 punca kenapa badan gatal gatal disebabkan bakteria
Jika kegatalan berlaku secara berterusan dan menyebabkan ketidakselesaan, anda mungkin mengalami salah satu daripada masalah kulit di bawah ini.
1. Kenapa badan gatal gatal? Puncanya Impetigo
Impetigo adalah jangkitan kulit bakteria yang sangat berjangkit, disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes1.
Ia menyebabkan lepuh merah yang boleh pecah dan mengeluarkan cecair, kemudian membentuk kerak kuning keemasan.
Bagi cara menghilangkan gatal di badan akibat impetigo, adalah penting untuk membersihkan kawasan yang terjejas dengan air dan sabun lembut secara berkala bagi menghilangkan bakteria dan mencegah penyebaran lanjut1.
Penggunaan produk atau salap antibakteria yang disarankan oleh doktor juga amat berkesan dalam membunuh bakteria penyebab jangkitan.
Selain itu, amalkan kebersihan diri yang baik, seperti mencuci tangan dengan kerap dan mengelakkan perkongsian barang peribadi.
2. Folikulitis: Penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan
Kenapa badan gatal gatal? Ia mungkin kerana folikulitis.
Folikulitis adalah keradangan atau jangkitan pada folikel rambut yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus2.
Ia menyebabkan benjolan kecil merah atau jerawat bernanah pada kawasan kulit yang berbulu.
Bagi mengatasinya, elakkan mencukur atau menggosok kawasan yang terjejas.
Ini dapat membantu cara menghilangkan gatal di badan dan mencegah jangkitan daripada menjadi lebih teruk.
Penggunaan sabun atau salap antibakteria yang disarankan oleh profesional kesihatan juga boleh membantu membunuh bakteria dan menyembuhkan jangkitan.
3. Selulitis punca kenapa badan gatal gatal dan bengkak
Selulitis adalah jangkitan kulit dan tisu lembut di bawahnya, biasanya disebabkan oleh bakteria Streptococcus atau Staphylococcus3.
Ia menyebabkan kawasan kulit menjadi merah, panas, bengkak, dan sakit apabila disentuh.
Sekiranya anda mengesyaki selulitis sebagai penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan, segera berjumpa doktor kerana ia memerlukan rawatan dengan antibiotik oral atau intravena.
Sementara menunggu rawatan, rehatkan kawasan yang terjejas dan angkatnya lebih tinggi daripada paras jantung untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan3.
Amalkan kebersihan kulit yang baik untuk mencegah jangkitan daripada merebak atau berulang.
4. Erythrasma: badan gatal-gatal merah di lipatan kulit
Erythrasma adalah jangkitan kulit superfisial yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium minutissimum4.
Ia menyebabkan tompok merah kecoklatan yang bersisik, terutamanya di lipatan kulit seperti ketiak dan pangkal paha4.
Penggunaan produk antibakteria yang disarankan oleh doktor dapat membantu menghilangkan gatal di badan yang disebabkan oleh erythrasma.
Menjaga kawasan lipatan kulit agar sentiasa kering dan bersih juga sangat penting untuk mencegah pertumbuhan bakteria.
Pakai pakaian longgar dan bahan yang menyerap peluh kerana ia boleh membantu mengurangkan geseran dan kelembapan yang memicu pertumbuhan bakteria.
5. Sindrom kulit melecur Staphylococcal, punca kenapa badan gatal gatal pada anak
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Ia menyebabkan lapisan atas kulit mengelupas seperti melecur5.
Jangkitan ini lebih kerap berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil5.
Rawatan perubatan segera diperlukan untuk merawat sindrom penyebab kenapa badan gatal gatal ini.
Doktor mungkin akan memberikan antibiotik intravena untuk melawan bakteria dan toksin yang dihasilkan.
Ibu bapa atau penjaga perlu memantau keadaan anak dan memastikan mereka mendapat rehidrasi yang mencukupi.
6. Jerawat (Acne Vulgaris)
Jerawat adalah masalah kulit yang berlaku apabila folikel rambut tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati, dan sering dijangkiti oleh bakteria Propionibacterium acnes6.
Ini menyebabkan bintik merah, jerawat bernanah dan kegatalan.
Membersihkan muka dengan pencuci antibakteria secara teratur dapat membantu mengurangkan minyak berlebihan dan bakteria pada kulit.
Untuk kes yang teruk, berjumpalah dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan khusus seperti antibiotik oral atau terapi lain.
7. Jangkitan bakteria pada luka punca kenapa badan gatal gatal di sekitar luka
Luka terbuka pada kulit boleh dijangkiti oleh pelbagai jenis bakteria, dan menyebabkan kegatalan, kemerahan dan nanah.
Bakteria seperti Staphylococcus aureus sering menjadi punca kegatalan ini7.
Anda perlu membersihkan luka dengan antiseptik selepas kecederaan bagi mencegah bakteria daripada menjangkiti kawasan tersebut.
Menutup luka dengan pembalut steril juga penting untuk melindunginya daripada kotoran dan bakteria.
Jika tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan yang merebak, bengkak atau pengeluaran nanah muncul, dapatkan rawatan perubatan dengan segera ya.
Produk mandian antibakteria Safi sebagai solusi
Kini anda tahu bahawa penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan bukanlah masalah yang remeh, terutamanya jika ia disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Oleh sebab itu, amat penting untuk menjaga kebersihan diri dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai.
Untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada bakteria penyebab kegatalan, memilih produk mandian antibakteria yang tepat adalah satu langkah penting.
Produk mandian antibakteria Safi diformulasikan dengan 100% bahan aktif semula jadi, menjadikannya selamat untuk kegunaan harian oleh seluruh keluarga.
Ini termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan cenderung kepada jangkitan bakteria.
Diuji secara dermatologi untuk membasmi 99.9% kuman, produk mandian antibakteria Safi berkesan dalam menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kulit seperti folikulitis dan impetigo.
Selain itu, produk ini juga bebas daripada 10 bahan kimia yang tidak diingini, mengurangkan risiko kerengsaan lanjut atau reaksi alahan.
Ini menjadikannya pilihan yang lebih selamat bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan mudah mengalami kegatalan.
Kesimpulan
Bagi ibu-ibu yang prihatin terhadap kesejahteraan keluarga terutamanya anak-anak, penting untuk mengambil langkah proaktif dalam melindungi diri dan orang tersayang.
Dengan produk mandian antibakteria Safi, anda mendapat perlindungan menyeluruh yang diformulasikan khas untuk memenuhi keperluan anda, tanpa kompromi terhadap keselamatan dan kelembutan pada kulit.
Jadi, jika anda masih tertanya-tanya kenapa badan gatal gatal, mungkin sudah tiba masanya untuk menukar kepada pilihan yang lebih baik untuk keluarga anda.
Semoga artikel ini memberikan informasi berguna untuk anda dalam memahami penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan yang disebabkan oleh bakteria dan cara menghilangkan gatal di badan.
Lindungi diri dan keluarga anda dengan pilihan yang tepat, dan rasai perbezaannya dengan produk mandian antibakteria Safi sekarang.
Kunjungi laman web Safi untuk dapatkan maklumat lanjut di sini!