Cari sabun yang dihasilkan untuk kulit sensitif dengan pembersih lembut yang tidak merosakkan faktor pelembap semula jadi kulit anda.
Antara bahan yang boleh membahayakan kulit anda ialah seperti formaldehid, propilena glikol, asid salisilik dan pewangi.
#3. Bahan pewangi
Cuba cari sabun mandi untuk kulit gatal alergi yang tidak mengandungi sebarang bahan pewangi.
Ini kerana bahan pewangi biasanya boleh menjadi antara bahan penyebab alahan.
#4. Sabun deodoran
Elakkan sabun deodoran kerana sabun ini biasanya mempunyai bauan tambahan yang boleh merengsakan kulit sensitif.
#5. Bahan pewarna
Cari sabun untuk kulit tanpa bahan pewarna. Ini kerana, bahan pewarna juga boleh menjadi antara bahan penyebab alahan.
Ini cara menguji sabun untuk kulit gatal yang sesuai
Apabila anda telah memilih produk sabun yang ingin digunakan, anda perlu menjalankan ujian terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Anda boleh lakukan ujian patch bagi melihat sebarang reaksi alahan yang mungkin berlaku. Ambil sedikit produk tersebut dan sapukan pada celah siku atau pada pergelangan tangan anda.
Bersihkan dan keringkan kawasan tersebut, kemudian tutup dengan kain pembalut.
Biarkan kawasan tersebut tanpa sebarang cucian selama 48 jam.
Anda perlu perhatikan sebarang kemerahan, kegatalan, kulit menggelupas, ruam, sakit, atau sebarang tanda tindak balas alahan yang lain.
Jika terdapat sebarang tindak balas, tanggalkan pembalut dengan segera dan basuh kawasan kulit tersebut.
Jika tiada tindak balas selepas 48 jam, sabun mandi atau produk pembersih yang telah anda pilih itu mungkin selamat untuk digunakan.
Perkara penting yang perlu diingat ketika mandi
Selain daripada sabun mandi atau produk pembersih, terdapat juga beberapa perkara lain yang perlu diberikan perhatian sewaktu anda mandi.
Pertama, jangan sesekali menggosok kulit anda ketika mandi. Gosokan yang kasar hanya akan memburukkan lagi keadaan ekzema yang anda alami.
Kedua, lap badan dengan cara menepuk-nepuk tuala dengan perlahan pada kulit. Elakkan menggosok tuala pada kulit kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit anda.
Selain itu, gunakan krim pelembap dengan segera selepas mandi agar kelembapan kulit terus terjaga.

Kesimpulan
Pemilihan sabun mandi untuk kulit gatal alergi seperti ekzema adalah untuk memastikan agar keadaan kulit anda tidak menjadi lebih teruk.
Dalam masa yang sama, sabun yang berkesan terhadap kulit individu lain mungkin tidak berkesan pada kulit anda.
Oleh sebab itu, anda perlu melakukan ujian kecil pada kulit sebelum terus menggunakan sebarang jenis sabun yang dikehendaki.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen