Kulit merupakan organ yang paling besar pada badan manusia. Tugas utama kulit ialah melindungi tubuh badan daripada sebarang penyakit. Namun, ada banyak jenis jangkitan kulit yang perlu anda tahu supaya anda tahu bila perlu berjumpa doktor.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kulit merupakan organ yang paling besar pada badan manusia. Tugas utama kulit ialah melindungi tubuh badan daripada sebarang penyakit. Namun, ada banyak jenis jangkitan kulit yang perlu anda tahu supaya anda tahu bila perlu berjumpa doktor.
Walau bagaimanapun, kulit manusia bukanlah imun terhadap sebarang jangkitan. Kadangkala, jangkitan boleh terjadi jika parasit, fungi ataupun kuman seperti bakteria menembusi kulit dan mula merebak.
Perkara ini akan menyebabkan kesakitan, lebam atau perubahan dari segi warna kulit. Jangkitan yang ringan boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan yang boleh dibeli secara over-the-counter.
Walau bagaimanapun, jangkitan yang serius mungkin memerlukan perhatian daripada doktor pakar.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkan di sini.
Ada empat jenis jangkitan yang anda perlu tahu:
Kulit manusia menjadi perumah kepada pelbagai jenis bakteria yang tidak berbahaya, seperti bakteria daripada spesies Staphylococcus, Corynebacterium spp., Brevibacterium spp. dan Acinetobacter.
Walau bagaimanapun, ada juga bakteria yang boleh menceroboh ke dalam kulit yang normal atau masuk ke dalam kulit yang terluka dan menyebabkan jangkitan.
Ada jangkitan bakteria yang bersifat ringan dan boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan topikal. Walau bagaimanapun, ada juga jangkitan yang lebih serius dan memerlukan pengambilan ubat antibiotik oral.
Seperti namanya, jangkitan kulit jenis ini disebabkan oleh virus. Simptom yang pesakit alami boleh disebabkan oleh reaksi badan terhadap virus di dalam badan pesakit.
Jangkitan yang disebabkan oleh fungi selalunya berlaku di kawasan badan yang lembap seperti di tapak kaki atau ketiak.
Jangkitan yang disebabkan oleh fungi juga selalunya tidak berjangkit dan ia juga tidak membawa maut.
Parasit pada permukaan kulit merupakan sejenis serangga atau ulat kecil yang boleh membenamkan diri ke dalam kulit untuk bertelur.
Jangkitan yang berpunca daripada parasit boleh merebak daripada kulit ke dalam salur darah sebelum menjangkiti organ-organ terdekat.
Simptom jangkitan berbeza mengikut jenis. Walau bagaimanapun, hampir kesemua jenis jangkitan ini mungkin mempunyai dua simptom yang sama iaitu kulit yang kemerahan dan ruam gatal.
Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami simptom lain seperti gatal-gatal dan pedih. Tempat jangkitan pula boleh menjadi lembut ketika disentuh.
Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami jangkitan yang teruk sehinggakan kulit menjadi bernanah atau tidak sembuh-sembuh perlu berjumpa doktor secepat mungkin.
Antara tanda-tanda jangkitan yang teruk ialah:
Baca juga:
Sama seperti simptom, penyebab dan faktor risiko jangkitan adalah berbeza mengikut jenis.
Jangkitan ini berlaku apabila bakteria mula memasuki badan melalui luka atau calar pada permukaan kulit.
Walau bagaimanapun, sebarang luka pada kulit bukanlah bermaksud anda akan terkena jangkitan secara automatik.
Namun, untuk mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, risiko untuk dijangkiti bakteria lebih tinggi daripada orang biasa.
Selalunya, jangkitan virus berpunca daripada 3 kumpulan ini: poxvirus, human papillomavirus dan herpes.
Gaya hidup seseorang boleh menjadi faktor jangkitan yang disebabkan fungi. Sebagai contoh, mereka yang kuat berpeluh lebih berisiko untuk menghidap kaki makan air.
Untuk pengetahuan anda, fungi amat sukakan persekitaran yang lembap dan hangat. Mereka yang kerap memakai baju yang basah dan lembap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami jangkitan.
Selain itu, keadaan juga akan jadi semakin teruk jika ada luka atau calar pada kulit. Jika ini berlaku, jangkitan boleh masuk lebih dalam menembusi lapisan kulit.
Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh serangga kecil yang membenamkan diri di bawah lapisan kulit dan bertelur.
Kutu merupakan salah satu contoh jangkitan parasit yang lazim berlaku. Jangkitan ini boleh berjangkit, selalunya di antara ahli keluarga ataupun kanak-kanak yang bermain bersama-sama di sekolah atau tadika.
Selalunya, doktor akan menentukan punca jangkitan berdasarkan keadaan dan juga lokasi. Selain itu, doktor juga akan bertanya mengenai simptom yang dialami pesakit.
Sebagai contoh, kurap akan menyebabkan ruam yang berbentuk bulat dan berwarna putih di atas permukaan kulit.
Jika jangkitan tersebut tidak dapat dikenal pasti, doktor mungkin akan mengambil sampel untuk analisis yang lebih lanjut.
Anda boleh mengelakkan jangkitan dengan cara:
Simptom yang pesakit alami ketika diserang boleh berbentuk ringan ataupun teruk. Ingatlah, jangan sesekali abaikan masalah ini jika ia menyebabkan anda rasa sakit atau tidak selesa.
Doktor boleh membantu anda dengan melakukan diagnosis dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen