Anda selalu menggunakan serum muka? Tetapi adakah ia penting dan memberikan kebaikan kepada aspek penjagaan wajah? Jom bongkar mengenainya!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Anda selalu menggunakan serum muka? Tetapi adakah ia penting dan memberikan kebaikan kepada aspek penjagaan wajah? Jom bongkar mengenainya!
Perbezaan terbesar antara serum dengan krim atau losyen adalah apa yang tidak terkandung di dalamnya. Serum mengenepikan kandungan bahan-bahan pelembap atau pengekalan air seperti minyak petrolatum mahupun minyak mineral yang menyimpan air daripada disejat.
Ia juga kurang mengandungi bahan yang bertindak sebagai agen pelincir atau penebalan seperti kacang atau minyak bijian. Kebanyakan serum berasaskan air dan langsung tidak mengandungi sebarang minyak.
Biasanya bahan terkandung dalam serum ini adalah yang berperanan seperti agen antipenuaan yang paling berkesan iaitu antioksidan, peptida dan agen pencerahan kulit seperti asid kojik (kojic acid) – boleh ditemui dalam produk tanpa preskripsi.
Serum muka dihasilkan daripada molekul yang sangat kecil, jadi ia membenarkan kulit untuk menyerapnya dengan lebih cepat dan dapat masuk dengan mendalam pada kulit.
Menurut pakar dermatologi, serum mungkin amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak tetapi ia tidak sesuai untuk digunakan oleh setiap individu.
Ini kerana tekstur cecair atau gel seperti serum bukanlah satu gandingan baik bagi individu yang mempunyai masalah kulit kronik seperti ekzema atau rosacea, di mana serum akan melemahkan ‘barisan’ penghadang kulit.
Bagi individu dengan masalah kulit, serum yang menembusi kulit terlalu cepat, berkemungkinan akan cenderung untuk mengakibatkan timbulnya masalah kerengsaan.
Secaranya ringkasnya terdapat beberapa kelebihan penggunaan serum dalam rutin penjagaan wajah harian. Antaranya:
Walau bagaimanapun, daripada kelebihan yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa kelemahan mengenai serum muka yang perlu anda pertimbangkan, seperti:
Tanpa mengira apa juga jenis serum muka yang anda pilih, sekiranya anda memutuskan untuk menambahkan produk serum ke dalam rutin penjagaan wajah, berikut adalah cara yang betul untuk mengaplikasi serum ke wajah anda untuk mendapatkan kesan maksimum.
Penjagaan wajah adalah penting untuk memastikan kesihatan kulit muka akan sentiasa terjaga dan terhindar daripada sebarang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
Namun, sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakan sebarang serum, pastikan anda memastikan kesesuaiannya dengan kulit wajah anda.
Ini penting untuk mengelakkan sebarang masalah kulit yang tidak diingini daripada berlaku di kemudian hari. Jika terdapat sebarang keraguan, pastikan anda berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen