backup og meta

Ada Kurap Kering Di Kulit? Hilangkan Kegatalan Dan Parut Dengan 5 Cara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13 jam lalu

    Ada Kurap Kering Di Kulit? Hilangkan Kegatalan Dan Parut Dengan 5 Cara Ini!

    Malunya apabila penuh kurap kering pada kulit! Bukan itu sahaja, ia juga akan mengakibatkan kemerahan, kegatalan dan keradangan yang bakal menjejaskan kehidupan anda.

    Bukan sahaja dari aspek kesihatan, malah kurap turut akan mengakibatkan anda hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan individu dan masyarakat yang penuh dengan stigma.

    Persoalannya, bagaimana cara menghilangkan kurap kering yang efektif? Adakah kurap boleh hilang? Kenapa boleh jadi kurap?

    Terus baca artikel untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu kurap kering?

    Kurap atau juga dikenali sebagai tinearingworm atau dermatophytosis adalah sejenis penyakit kulit yang didalangi oleh jangkitan kulat pada kulit individu yang tidak bersih.

    Untuk pengetahuan anda semua, terdapat beberapa jenis kurap yang agak biasa berlaku termasuk:

    • Tinea capitis – Berlaku di kulit kepala
    • Tinea corporis – Berlaku di kulit badan
    • Tinea cruris – Berlaku di kulit alat sulit
    • Tinea pedis – Berlaku di kulit kaki
    • Tinea unguium – Berlaku di kulit kuku

    Sesuai dengan nama kondisi ini, kurap yang biasa terjadi pada permukaan kulit tidak rata itu akan menyerupai bentuk cincin dan cacing serta bakal mengakibatkan ketidakselesaan.

    kurap kering
    Kurap pada kulit.

    Apa punca kurap kering?

    Adakah kurap boleh hilang? Kenapa boleh jadi kurap?

    Penyakit kulit ini berpunca daripada kulat yang hidup di lapisan kulit paling luar. Dalang utama kondisi kurap kering adalah angkara beberapa jenis kulat berbeza; Trichophyton, Microsporum, Epidermophyton dan Dermatophyte.

    Ia berupaya untuk berpindah dari manusia ke manusia atau dari habitat lain seperti haiwan, tanah serta objek apabila berlaku kontak kulit ke kulit individu dengan anasir ini.

    Apa yang lebih membahayakan adalah kulit punca kondisi ini mampu hidup lama di habitat selain kulit manusia dan sukar untuk mati walaupun dalam persekitaran yang ekstrem.

    Begini cara menghilangkan kurap!

    #1. Menyapu ubat topikal sebagai ubat kurap

    Pertama, anda kena tahu bahawa kebanyakan kes kondisi ini mungkin boleh disembuhkan hanya dengan cara menyapu ubat topikal dalam bentuk krim, minyak atau gel di rumah.

    Walaupun tanpa preskripsi daripada doktor, ubat sapu untuk membunuh kulat ini boleh anda dapatkan di farmasi. Namun, pastikan ia adalah produk yang betul sebelum membeli.

    #2. Mengambil ubat oral untuk ubat kurap

    Sekiranya langkah pertama itu tadi masih tidak membuahkan hasil, anda perlu mendapatkan diagnosis daripada doktor atau pakar kulit untuk memberikan preskripsi ubat lain.

    Ubat lain yang dimaksudkan itu bukan dalam bentuk topikal tetapi oral di mana anda perlu menghabiskan ubat tersebut dalam masa yang telah ditetapkan untuk mendapat hasil terbaik.

    kurap kering
    Contoh kurap pada tangan.

    Cara menghilangkan kurap kering #3. Syampu

    Ubatan topikal dan oral itu penting untuk anda yang mengalami masalah kurap pada bahagian tubuh badan yang umum namun bagaimana pula jika wujud pada kulit kepala?

    Apa yang anda boleh buat adalah dengan lebih kerap menggunakan syampu jenis antikulat yang berupaya untuk menghilangkan kemerahan dan kegatalan pada kulit kepala.

    Bahan yang perlu ada di dalam syampu ini meliputi ketoconazole, selenium sulfide, pyrithone zinc dan lain-lain. Namun, dapatkan nasihat dan informasi lebih lanjut daripada pakar sebelum mengamalkannya.

    #4. Membiarkan kulit anda bernafas

    Menurut logik akal, mungkin ramai penderita kondisi ini akan menutup atau membalut kawasan kulit terjejas untuk mengelakkannya daripada merebak dan berjangkit kepada orang lain, sedangkan ini sangat tidak digalakkan kerana boleh membuatkan ia lebih teruk.

    Alasannya, kulit yang lama tertutup akan hilang kelembapan semula jadi dan bakal jadi punca kekeringan sekali gus melambatkan proses penyembuhan untuk masalah kulit ini.

    Jangan pula biar ia berlaku berulang kali! Berikut adalah cara yang anda boleh amalkan untuk mencegahnya:

    kurap kering
    Jenis-jenis kurap.

    #5. Kerap cuci fabrik pakaian

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kurap boleh berjangkit dari satu individu ke individu lain. Maka, penting untuk anda kerap cuci cadar, selimut, bantal, tuala dan pakaian.

    Ini penting bagi mengelakkan kulat membiak dan merebak dengan lebih pantas. Gunakan air panas, sabun basuh serta peluntur untuk mendapatkan kesan cucian paling efektif.

    Dalam pada itu, elakkan daripada mengenakan pakaian dalam, sarung kaki dan sarung tangan terlalu lama untuk mencegahnya daripada kelembapan, kerana peluh dan air yang terkumpul padanya boleh menjadi habitat yang sangat sesuai untuk mikrobiom.

    Peringatan!

    Elakkan daripada menyentuh orang lain kerana kurap boleh berjangkit dengan mudah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13 jam lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan