Asid bateri Peluntur Pencuci longkang Kerosen Serbuk pencuci Penyembur lada hitam Dermatitis kontak bahan iritasi juga boleh berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan yang biasanya tidak menyebabkan iritasi, seperti sabun atau bahkan air.
Individu yang tangannya kerap terdedah kepada air, seperti pendandan rambut, pelayan bar, dan pekerja penjagaan kesihatan, sering mengalami dermatitis kontak bahan iritasi pada tangan mereka.

Faktor Risiko
Apa faktor risiko dermatitis kontak?
Terdapat pelbagai faktor risiko untuk dermatitis kontak, seperti:
- Pekerja penjagaan kesihatan dan klinik gigi
- Tukang besi
- Pekerja buruh
- Pendandan rambut dan ahli kosmetologi
- Mesin layan diri
- Penyelam skuba atau perenang, disebabkan oleh getah pada topeng buka atau gogel
- Tukang cuci
- Tukang kebun dan pekerja pertanian
- Tukang masak dan individu yang berkerja dengan makanan
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit dermatitis sentuh didiagnosis?
Hubungi doktor anda jika simptom-simptom yang anda alami menjadi teruk atau masih tidak bertambah baik.
Doktor anda akan mengambil sejarah perubatan yang teliti dan memeriksa kulit anda.
Soalan-soalan yang mungkin akan ditanya termasuklah:
- Bilakah pertama kali anda menyedari simptom-simptom tersebut?
- Apakah yang akan membuat simptom anda menjadi bertambah baik atau buruk?
- Adakah anda pergi mendaki gunung sebelum ruam berlaku?
- Apakah produk yang anda guna pada kulit ansa setiap hari?
- Apakah bahan kimia yang selalu bersentuhan dengan anda setiap hari?
- Apakah pekerjaan anda?

Doktor anda akan merujuk anda kepada pakar alahan atau ahli dermatologi bagi mengenal pasti punca dermatitis kontak.
Pakar ini akan melakukan ujian alahan yang dipanggil ujian tampal.
Ujian ini melibatkan tampalan kecil pada kulit anda yang mendedahkan anda kepada bahan alahan.
Jika kulit anda menunjukkan reaksi, pakar alahan akan dapat menentukan punca dermatitis kontak anda.
Bagaimana pesakit dermatitis sentuh dirawat?
Jika langkah penjagaan di rumah tidak mengurangkan tanda dan simptom anda, doktor mungkin akan mempreskripsi ubat. Contoh termasuklah:
- Krim atau minyak steroid. Krim atau minyak yang disapu secara topikal ini dapat membantu mengurangkan ruam Dermatitis Sentuh. Steroid topikal boleh disapu satu atau dua kali sehari selama dua hingga empat minggu.
- Ubat-ubat oral. Bagi kes yang teruk, doktor anda akan mempreskripsi kortikorsteroid oral bagi mengurangkan keradangan, antihistamin bagi melegakan kegatalan, atau antibiotik bagi melawan jangkitan bakteria.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen