backup og meta

Dari Kuku, Anda Boleh Kenal Pasti Masalah Kesihatan? Ini 7 Tanda Boleh Dilihat!

Dari Kuku, Anda Boleh Kenal Pasti Masalah Kesihatan? Ini 7 Tanda Boleh Dilihat!

Anda boleh tahu tanda masalah kesihatan daripada kuku? Ya, kuku normal mungkin kelihatan seperti tiada sebarang fungsi, tapi anda boleh mengetahui masalah kesihatan melaluinya! Di sini kami ulas 7 masalah kesihatan yang boleh dikesan melalui penyakit kuku anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Tanda penyakit kuku

Mungkin anda sudah biasa dengan doktor pakar yang memeriksa tekanan darah, nadi, atau ritma jantung bagi mengetahui masalah kesihatan yang anda alami.

Tapi tahukah anda, doktor juga boleh memeriksa tanda keadaan kesihatan melalui kuku? 1

Sebarang perubahan yang dilalui kuku normal boleh memberi “klu” tentang apa yang sedang terjadi pada kesihatan 1.

Jom kita lihat apakah antara penyakit kuku itu:

Penyakit kuku #1: Kuku berwarna kekuningan

penyakit kuku
Kuku rosak.

Kuku yang kekuningan bukannya disebabkan pewarnaan kuku atau penggunaan kunyit sahaja! Ia juga salah satu simptom awal jangkitan kulat kuku 6, atau lebih dikenali sebagai onychomycosis.

Namun, jangan keliru dengan jangkitan ini dan masalah kaki makan air (athlete’s foot). Jika anda pernah mengalami kaki makan air, besar kemungkinan anda berisiko dijangkiti kulat kuku.

Risiko juga lebih tinggi jika anda memiliki sistem imun badan yang lemah, kerap berpeluh, suka berkaki ayam (atau “kaki kebun”), menghidap psoriasis 4, diabetes dan sudah berusia.

Jika anda syak kuku kekuningan anda itu adalah jangkitan, sila lihat simptom-simptom lain seperti kuku berbentuk abnormal, rosak dan rapuh, bergerigi, malah juga berbau busuk 3.

Berita baiknya, ia boleh dirawat dengan rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang boleh dibeli di farmasi!

Sapukan ubat ini sekali sehari, dan lihat keberkesanannya seawal tempoh satu minggu. Pilih rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang mengandungi:

  • Urea
  • Asid laktik
  • Gliserol
  • Propylene glycol

Semua bahan ini disahkan selamat dan mempunyai status GRAS (Generally Regarded As Safe) 9. Malah, bahan GRAS juga bukan toksik dan tidak akan membahayakan kesihatan pengguna.

Ini menjadikan ia satu rawatan yang cukup selamat untuk digunakan tanpa was-was, sama untuk digunakan oleh ibu hamil mahupun ibu yang sedang menyusukan bayi.

Berbeza dengan produk tanpa status GRAS, bahan antiseptik yang terkandung di dalam produk tanpa status GRAS berpotensi toksik 9.

Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang disebut di atas itu juga dapat membantu kuku baharu untuk tumbuh, tanpa kehadiran sebarang kulat.

Selain itu, kandungan urea dan asid laktik boleh membantu melembutkan kuku yang telah menjadi rapuh dan rosak akibat jangkitan.

Penyakit kuku #2: Kuku berwarna putih, namun kepucatan

Kuku yang berwarna putih di kawasan hujung adalah perkara normal, namun tidak jika ia kepucatan! Itu mungkin tanda penyakit seperti 6:

  1. Anemia
  2. Kegagalan jantung kongestif
  3. Penyakit hati
  4. Malnutrisi

Selain itu, jika kuku anda berwarna putih, namun dengan bahagian luar yang gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan hati seperti hepatitis.

3: Ia mula bertukar berwarna kebiruan

penyakit kuku
Kuku berubah kebiruan.

Kuku yang berwarna kebiruan atau dalam bahasa saintifiknya “cyanosis” adalah disebabkan kekurangan oksigen yang mengalir ke saluran darah kecil di hujung kaki, lalu mengakibatkan pengumpulan “deoxyhemoglobin” 6.

Dalam kebanyakan kes, kuku kebiruan bermaksud masalah jantung kongenital, dikaitkan dengan masalah paru-paru seperti emfisema, jangkitan bakteria pada kawasan kuku dan juga kondisi Wilson.

Penyakit kuku #4: Kuku pecah atau terpisah

Kuku yang sentiasa kering didatangi dengan tanda-tanda pecah, rapuh atau terpisah mungkin menandakan beberapa penyakit kuku ini:

  1. Penyakit tiroid 2
  2. Psoriasis
  3. Trauma yang berulang kali, seperti selalu menyentuh air
  4. Kesan sampingan ubat-ubatan

Namun, kuku yang rosak, pecah, rapuh atau terpisah, didatangi dengan warna kekuningan di kawasan retakan juga adalah salah satu simptom awal yang disebabkan oleh jangkitan kulat kuku seperti yang diterangkan di atas 3.

Jangkitan kulat kuku perlu dirawat secepat mungkin. Jika tidak, ia akan menjadi semakin teruk dan sukar untuk disembuhkan. Oleh sebab itu, pastikan anda mengenal pasti apakah tanda-tandanya8.

Rawatan topikal jangkitan kulat kuku boleh didapati di farmasi berdekatan. Ia bukan sahaja efektif, sebarang perubahan positif juga dapat dilihat dalam masa 1 minggu.

Penyakit kuku #5: Bengkak di sekitar kuku

Jika lipatan kulit di sekitar kuku anda kelihatan berwarna merah dan bengkak, ia mungkin disebabkan oleh keradangan. Keradangan ini dipicu oleh jangkitan kulit daripada bakteria, virus, atau yis.

Namun, permukaan kuku tidak rata juga mungkin berlaku kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain 7.

Satu lagi masalah yang boleh menyebabkan kuku anda bengkak adalah kerana masalah yang dikenali sebagai “beau’s lines6 yang memperlihatkan kuku seakan bergerak dari kiri ke kanan, lalu kelihatan membengkak.

Ia berlaku kerana beberapa sebab, antaranya seperti terdedah kepada suhu sejuk yang melampau, demam, serangan jantung, stres, dan pemakanan yang tidak sihat.

gigi kuku
Tabiat suka gigit kuku memudaratkan.

6: Ia mula menunjukkan garis gelap

Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, pastikan anda segera berjumpa doktor kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma, sejenis kanser kulit paling berbahaya.

Namun, garis hitam bawah kuku juga boleh berlaku disebabkan perkara lain seperti trauma, tahi lalat dan juga perubahan ubat-ubatan.

Jangan terkejut, tetapi sebenarnya penyakit kuku ini juga lazim berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap 1.

Penyakit kuku #7: Tabiat menggigit kuku menyebabkan masalah “gnawed”

Tabiat menggigit kuku yang menjadi punca kuku rosak atau kuku mati mungkin dianggap satu tabiat yang biasa dan tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, ia merupakan simptom kebimbangan berterusan yang mungkin memerlukan rawatan 5.

Namun, jika anda tidak mempunyai tabiat ini dan masih mengalami masalah permukaan kuku tidak rata, ini merupakan salah satu tanda jangkitan kulat kuku.

Ada sebab kita tak boleh gigit kuku!

Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Sekiranya anda mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Aurora Health Care. 2017. 12 Disease Signs — Found On Our Fingernails. October 30. https://www.aurorahealthcare.org/patients-visitors/blog/12-disease-signs-found-on-our-fingernails. Accessed June 22, 2021.
  2. AARP. 2017. What Are Your Nails Saying About Your Health? October 4. https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-2017/medical-condition-fingernail-health-fd.html. Accessed June 22, 2021.
  3. Mayo Clinic. 2020. Nail fungus. July 14. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/nail-fungus/symptoms-causes/syc-20353294. Accessed June 22, 2021.
  4. AAD. n.d. What Is Nail Psoriasis, And How Can I Treat It? https://www.aad.org/public/diseases/psoriasis/treatment/genitals/nails. Accessed June 22, 2021.
  5. IDOJ. 2015. Nail as a window of systemic diseasesDOI: 10.4103/2229-5178.153002. Accessed June 22, 2021.
  6. Lupus UK. 2017. Taking Care of Your Nailshttps://ww
  7. w.lupusuk.org.uk/nail-care/. Accessed June 22, 2021.
  8. NHS. 2021. Fungal Nail Infection. February 15.  https://www.nhs.uk/conditions/fungal-nail-infection/. Accessed June 22, 2021.
  9. FDA. 2015. “Safety and Effectiveness for Health Care Antiseptics; Topical.” Food and Drug Administration.  https://www.fda.gov/media/92294/download. Accessed June 22, 2021.

Versi Terbaru

27/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Sebab Mengapa Kulit Anda Sering Kering Dan Gatal, Ubah Tabiat Ini Sekarang!

Kuku Petanda Anda Sihat Atau Tidak, Semak 9 Penyakit Ini Melalui Kuku!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 27/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan