Nafas Anak Berbau Busuk? Ibu Ayah Jangan Biarkan, 7 Sebab Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sedang anda berborak bersama si kecil, anda perasan bahawa mulut anak berbau. Apakah punca nafas berbau busuk pada si manja anda?

Ini satu keadaan yang disebut sebagai halitosis. Nak tahu apakah ia? Baca ini!

Apakah halitosis?

Halitosis adalah keadaan di mana mulut atau nafas seseorang itu berbau busuk.

Halitosis sangat biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Sebilangan besar aktiviti bakteria boleh berlaku di bahagian mulut, hidung atau gigi.

Alahan, selesema dan sinusitis kronik adalah faktor yang biasa menyebabkan mulut anak berbau.

Jangkitan pernafasan, diabetes, penyakit buah pinggang, gangguan hati dan pencernaan juga boleh menyebabkan bau mulut yang busuk.

Punca bagi mulut berbau ini boleh berlaku di dalam atau di luar mulut.

Anda juga perlu tahu bahawa penyebab utama yang sering menyebabkan nafas berbau dalam kalangan kanak-kanak termasuklah karies gigi serta kebersihan mulut dan gigi yang buruk.

Punca-punca mulut anak berbau

mulut anak berbau

Terdapat beberapa sebab atau punca yang menyebabkan mulut anak berbau busuk.

Ada yang mungkin kita sedar sebelum ini, tetapi ada juga yang mungkin kita terlepas pandang sehingga tertanya-tanya punca nafas berbau pada si kecil.

Ini adalah antara punca-punca mulut anak berbau:

#1. Masalah berkaitan dengan pergigian

Kaviti dan lubang yang dalam disebabkan oleh penyakit gusi memberikan lebih banyak ruang kepada bakteria untuk membiak dalam mulut.

Apabila memberus gigi, kawasan yang berlubang ini masih tidak begitu bersih lalu menyebabkan bakteria terus membiak.

Ini merupakan salah satu punca paling kerap berlaku yang menyebabkan halitosis atau mulut berbau.

#2. Penyakit periodontal

Gingivitis adalah keadaan keradangan yang boleh menyebabkan mulut berbau dalam kalangan kanak-kanak.

Ketidaktepatan dalam pembuangan plak gigi dan kurang menjaga kebersihan mulut boleh menyebabkan keradangan pada gusi.

#3. Jangkitan pada mulut, hidung dan tekak

Masalah hidung, sinus dan tekak yang boleh menyebabkan titisan postnasal juga boleh menyebabkan mulut berbau.

Bakteria memakan lendir yang dihasilkan oleh tubuh kita ketika badan melawan sesuatu seperti jangkitan sinus.

Ini kemudiannya menjadikan nafas berbau busuk.

#4. Mulut yang kering juga sebabkan mulut anak berbau

Air liur banyak membantu kesihatan gigi dan nafas kita. Ia membilas dan menghilangkan sisa-sisa makanan yang tidak diingini daripada mulut.

Ia membantu memecahkan makanan semasa kita makan dan menyediakan bahan-bahan yang melawan penyakit untuk membantu mencegah kaviti dan jangkitan.

Sekiranya air liur yang dihasilkan tubuh tidak mencukupi, maka halitosis mungkin akan berlaku.

Mulut yang kering boleh disebabkan oleh kesan ubat-ubatan, keadaan perubatan tertentu, pengambilan alkohol, penggunaan tembakau atau kafein yang berlebihan.

#5. Merokok atau mengambil sebarang produk tembakau

Produk tembakau boleh merosakkan badan dan juga nafas kita.

Tembakau bukan hanya meninggalkan bau busuknya pada nafas dan mulut, tetapi ia juga boleh mengeringkan mulut kita.

Perokok juga cenderung untuk menghidap penyakit gusi, yang juga boleh menyebabkan halitosis.

Perhatikan jika anak anda terutamanya yang berusia remaja sama ada mereka ada merokok atau tidak. 

#6. Pengambilan ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan mulut kering.

Antihistamin, ubat penenang dan Phenothiazine boleh mengurangkan pengeluaran air liur.

Oleh itu, ia akan mengurangkan pencucian semula jadi pada rongga mulut yang kemudiannya menyebabkan halitosis.

Penggunaan antibiotik yang tidak betul dan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan bakteria bermanfaat di dalam mulut, dan memberi peluang kepada kulat mulut untuk tumbuh dan membiak.

Penggunaan antibiotik selama lebih dari sebulan boleh menyebabkan mulut yang berbau pada kanak-kanak.

#7. Mempunyai keadaan kronik yang lain

Walaupun halitosis paling sering dikaitkan dengan sesuatu yang berlaku pada mulut anda, mungkin ia juga boleh menjadi tanda refluks gastrik, diabetes, penyakit hati atau penyakit buah pinggang.

Apa yang perlu dilakukan untuk atasi masalah mulut anak berbau?

nafas anak berbau

Anda perlu mengetahui bahawa halitosis adalah satu gejala, bukannya satu penyakit. Untuk rawatan halitosis, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengenal pasti punca yang menyebabkan ia berlaku.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membawa anak anda berjumpa doktor gigi. Biasanya kanak-kanak akan dirujuk kepada doktor pakar telinga, hidung dan tekak setelah penilaian dilakukan oleh doktor gigi.

Sejarah dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh biasanya akan dilihat dan dilakukan oleh doktor. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyuruh anak membilas mulut atau berkumur setiap kali selepas makan.

Ini bertujuan mengelakkan sebarang sisa makanan daripada melekat di celah-celah gigi, terutamanya dalam lubang-lubang gigi.

Ajar si kecil untuk memberus gigi dan melakukan flos gigi serta pembersihan lidah secara berkala.

Ia boleh dilakukan dengan penggunaan cecair pencuci mulut atau memberus pada permukaan lidah anak anda.

Ini kerana banyak bakteria yang menyebabkan halitosis ini hidup di permukaan lidah. Anda juga perlu mengarahkan anak anda untuk kerap membilas mulut atau berkumur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Isu bau mulut adalah keadaan biasa yang dialami oleh kebanyakan individu selepas bangun tidur. Jom fahami punca mulut berbau dan cara untuk mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Mata kuning adalah istilah perubatan dikenali sebagai jaundis. Penyakit kuning ini berlaku apabila tahap bilirubin menjadi terlalu tinggi di dalam darah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

Ibu Ayah, Ini Cara Menilai Perkembangan & Tumbesaran Anak 1-3 Tahun

Menyaksikan tumbesaran anak pastinya mengujakan. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak penting untuk dipantau.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanak-Kanak, Keibubapaan, Perkembangan Kanak-Kanak 30/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

batuk berdarah

Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 2 minit bacaan
kesihatan anak

8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
otak kanak kanak

Ibu Bapa Lebih Suka Paksa Anak Semasa Mengajar? Ini 5 Teknik Berkesan Didik Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
anak tidur berdengkur

Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan