backup og meta

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/07/2022

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin.

    Apakah yang boleh meningkatkan risiko untuk ibu selepas bersalin melalui trauma itu?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Keadaan trauma bersalin selepas kelahiran bayi

    Trauma kelahiran atau birth trauma adalah melibatkan kesukaran yang dialami seorang wanita semasa atau selepas melahirkan anak

    Trauma bersalin yang terjadi boleh berlaku secara fizikal melibatkan kecederaan semasa proses kelahiran. Pun begitu, selalunya ia berkaitan dengan aspek emosional dan psikologi ibu. 

    Trauma melahirkan anak ini bukan hanya mengenai apa yang berlaku ketika bersalin. Tetapi ia juga boleh merujuk tentang bagaimana anda sebagai ibu mudah berasa tersinggung selepas itu.

    Kadangkala, kesan trauma selepas kelahiran bayi ini boleh muncul dan berlarutan untuk tempoh masa tertentu.

    Emosi bercampur-baur selepas kelahiran bayi

    selepas kelahiran bayi

    Pada masa melahirkan anak, anda mungkin berasa takut, tidak berdaya dan rasa dibiarkan keseorangan.

    Manakala selepas bersalin pula, ada kemungkinan untuk anda mudah berasa terkejut, bersalah mahupun keliru.

    Bahkan, wujud kecenderungan untuk mengalami serangan panik atau kegelisahan. 

    Jika ini yang berlaku, bermakna  anda mungkin mengalami trauma bersalin. Usah malu atau bimbang, kerana anda tidak keseorangan.

    Dianggarkan sehingga 1 daripada 3 wanita selepas kelahiran bayi mungkin mengalami trauma ini. 

    Memahami mengenai kecederaan kelahiran

    Kecederaan yang dialami semasa melahirkan anak atau birth injuries adalah melibatkan kecederaan fizikal dan boleh mempengaruhi keadaan sama ada kepada ibu mahupun bayi.

    Pada bayi yang baru dilahirkan, kecederaan yang dialami disebut sebagai trauma kelahiran neonatal. Ia boleh merangkumi pelbagai aspek, daripada sekadar lebam sehinggalah patah tulang. 

    Bagi ibu pula, kecederaan semasa bersalin melibatkan keadaan faraj yang terkoyak sehingga kerosakan pada dasar pelvis. 

    selepas kelahiran bayi

    Risiko alami trauma selepas kelahiran bayi

    Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada trauma bersalin. Ini termasuklah:

    • Pengalaman melahirkan anak tidak dirancang, atau tidak menepati jangkaan anda
    • Mengalami prosedur kelahiran anak yang lama atau menyakitkan
    • Mengalami komplikasi ketika bersalin
    • Memerlukan bantuan semasa proses kelahiran seperti penggunaan forceps atau perlu melalui pembedahan caesarean
    • Anda atau bayi mengalami kecederaan semasa prosedur bersalin
    • Bayi anda memerlukan rawatan perubatan selepas kelahiran
    • Bayi mati dalam kandungan (stillbirth) atau kematian neonatal
    • Tidak menerima rawatan atau sokongan yang anda perlukan semasa atau selepas kelahiran bayi
    • Trauma bersalin untuk kelahiran terdahulu
    • Kecenderungan untuk mengalami kegelisahan

    Seorang wanita lebih berisiko untuk mengalami trauma semasa hamil, bersalin dan selepas melahirkan tinggi sekiranya dia mengalami trauma pada awal kehidupannya.

    Ini boleh merangkumi keganasan rumah tangga, penderaan seksual kanak-kanak, pemerkosaan dan trauma yang berkaitan dengan penghijrahan.

    Baca juga:

    Mencegah trauma melahirkan anak

    Proses bersalin adakalanya tidak berjalan seperti yang dirancang.

    Ramai wanita mengalami trauma bersalin ini tidak dapat menghindarinya kerana faktor risiko seperti sejarah trauma adalah perkara yang berada di luar kawalan mereka. 

    Namun, ada cara untuk membantu mengurangkan risiko trauma selepas bersalin, seperti:

    • Mengikuti kelas bersalin (antenatal class). Ia boleh membantu anda untuk mengetahui apa yang boleh dijangkakan dan pilihan yang ada
    • Mempunyai jangkaan realistik seperti tidak ada cara ‘betul’ untuk melahirkan, akan berlaku perkara luar jangkaan dan kawalan anda
    • Bersikap terbuka kerana tidak ada sesiapa dapat meramal apa yang bakal berlaku semasa mengandung atau proses melahirkan anak
    • Wujudkan rangkaian sokongan dengan membiarkan diri dikelilingi individu yang sentiasa menyokong anda apabila diperlukan
    • Dapatkan sokongan melibatkan kesihatan mental. Ini terutamanya jika anda terdedah untuk berdepan kegelisahan atau kemurungan. Mengalami tempoh kehamilan atau bersalin yang sukar juga menjadikan anda sebagai individu yang memerlukan sokongan mental

    Merawat trauma selepas kelahiran bayi

    Sekiranya anda rasa mungkin mengalami trauma emosi, sangat penting untuk anda dapatkan bantuan seawal mungkin. Ia dapat memberi manfaat kepada anda dan juga keluarga.

    Beberapa gejala psikologi, termasuk ‘baby blues‘, sangat biasa berlaku dalam tempoh kelahiran. 

    Tetapi jika masih berasa tertekan 2 minggu atau lebih selepas melahirkan, ia mungkin petanda anda mengalami kemurungan atau kegelisahan selepas bersalin.

    Dalam beberapa kes, wanita yang tidak mendapatkan rawatan untuk trauma selepas kelahiran bayi boleh menyebabkan gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD).

    selepas kelahiran bayi

    Berdasarkan 1 kajian di Australia mendapati bahawa lebih 1 daripada 20 ibu baru mungkin menunjukkan tanda-tanda PTSD selepas12 minggu  melahirkan anak.

    Cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan:

    • Berbincang dengan doktor atau bidan sejurus selepas kelahiran mengenai pengalaman yang dilalui
    • Berbincang dengan doktor, bidan, atau jururawat kesihatan anak anda pada mana-mana peringkat mengenai perasaan yang dialami
    • Mendapatkan sokongan praktikal dan emosi daripada keluarga dan rakan
    • Amalkan langkah sihat untuk penjagaan diri seperti bersenam dan mempraktikkan minda yang tenang

    Sekiranya perlu, terapi atau pengambilan ubat-ubatan juga boleh digunakan sebagai antara kaedah rawatan. Dan sudah tentu doktor adalah individu terbaik untuk memberi nasihat mengenai perkara ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan