backup og meta

Warna Kulit Bayi Boleh Berubah? Masa Lahir Gelap, Bila Dah Besar Sikit, Cerah- Mengapa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 17/01/2023

    Warna Kulit Bayi Boleh Berubah? Masa Lahir Gelap, Bila Dah Besar Sikit, Cerah- Mengapa?

    Ramai ibu bapa yang baru menimang anak pertama sering mempersoalkan pertukaran warna kulit bayi mereka. Kadang-kadang boleh mengelirukan juga! Masa lahir gelap, selepas beberapa minggu atau bulan lamanya, cerah pula!

    Adakah ini normal? Jika ya, apakah penjelasannya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Sebab warna kulit bayi berubah mengikut umur

    warna kulit bayi

    Tahukah anda, warna kulit bayi anda bergantung sepenuhnya kepada genetik anda dan suami?

    Banyak mitos di luar sana yang sering diuar-uarkan mengenai hubungan pemakanan dan warna kulit bayi. Ingatlah, warna kulit bayi anda hanya berkaitan dengan genetik anda.

    Tidak ada satu kajian pun yang menyokong isu pemakanan memainkan peranan penting dalam warna kulit bayi.

    Oleh itu, janganlah para ibu mencuba terlampau banyak jenis makanan yang dicadangkan oleh mitos-mitos di luar sana semasa mengandung atau selepas melahirkan bayi.

    Berikut merupakan penjelasan mengapa kulit bayi semasa lahir lebih gelap dan kusam berbanding selepas beberapa minggu kelahiran.

    Baca juga:

  • Risau Bila Ruam Merah Tumbuh Pada Kulit Bayi, Ibu Kena Peka PENYEBAB Ini
  • Comelnya Anak Ibu! 10 Makanan Ibu Hamil Perlu Ambil Jika Mahu Kulit Bayi Cerah & Bersih
  • Kulit bayi berlainan mengikut jumlah masa kandungan

    Tidak semua bayi yang lahir mempunyai kulit yang sama. Keadaan kulit bayi semasa lahir bergantung kepada jumlah minggu kandungan semasa lahir.

    Bayi pramatang

    warna kulit bayi

    Bayi pramatang mempunyai kulit yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi cukup bulan.

    Kulit bayi pramatang lebih nipis, dan mempunyai lapisan bulu halus dan lembut seluruh badan yang dikenali sebagai lanugo. Lapisan ini mampu membuatkan kulit bayi anda tampak lebih gelap.

    Selain itu, bayi pramatang akan diselaputi dengan verniks, sejenis bahan yang berwarna putih, berminyak dan mempunyai konsistensi seperti keju. Verniks melindungi kulit bayi semasa lahir.

    Bayi cukup bulan

    Berbanding dengan bayi pramatang, bayi cukup bulan mempunyai lanugo dan verniks yang sedikit sahaja. Verniks hanya boleh dilihat di pelipat kulit seperti siku, lutut dan leher.

    Bayi lewat bulan

    Bayi lewat bulan mempunyai kulit yang lebih berkedut, dan lanugo jarang sekali dilihat pada mereka. Verniks juga amat sedikit dan hanya ada di pelipat-pelipat kulit.

    Suhu badan dan persekitaran bayi

    Semasa baru lahir, bayi mempunyai kulit yang nipis. Bayi mudah nampak kemerah-merahan kerana saluran darah yang aktif di bawah permukaan kulit mereka.

    Selain itu, ia normal jikalau tapak tangan, tapak kaki dan jari-jemari bayi anda nampak kebiruan atau ungu semasa lahir. Hal ini kerana pengaliran darah belum aktif sepenuhnya dalam tubuh mereka.

    Selalunya, kebiruan ini akan hilang sendirinya selepas beberapa hari. Namun, harus diingatkan bahawa kebiruan di tempat lain tubuh bayi ialah tidak normal dan memerlukan rawatan segera.

    Bayi anda juga berupaya menjadi pucat kebiruan atau ungu ketika mereka kuat menangis. Selalunya, warna kulit akan kembali normal sebaik sahaja tangisan reda.

    Jika warna kebiruan tidak reda, ini bermaksud bayi anda mempunyai masalah pernafasan atau peredaran darah. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut.

    Dehidrasi mampu menyebabkan bayi anda gelap?

    warna kulit bayi

    Ya, tepat sekali. Semasa lahir, bayi anda akan kelihatan lebih gelap dan kusam kerana banyak kehilangan air dan berat badan. Meskipun begitu, ibu ayah usah risau ya!

    Warna kulit bayi anda akan berubah dan mempunyai tona yang lebih sekata setelah dia mula menyusu. Rutin penyusuan yang sekata memastikan bayi anda mendapat susu dan kandungan nutrien yang secukupnya.

    Kulit bayi anda akan nampak lebih anjal, sihat dan tona sekata selepas beberapa hari menyusu.

    Perubahan warna kulit bayi yang HARUS dibawa ke doktor

    Tidak semua perubahan warna kulit bayi itu normal. Ibu bapa harus peka terhadap beberapa jenis perubahan warna kulit yang masih ada walaupun selepas beberapa hari.

    Cyanosis

    Cyanosis atau perubahan warna kulit kebiruan, ialah normal semasa bayi lahir hingga beberapa hari.

    Namun, jika keadaan berterusan selepas seminggu, bersama simptom lain seperti sukar bernafas, bayi enggan menyusu, lemah dan sebagainya, sila dapatkan rawatan segera.

    Jaundis

    warna kulit bayi

    Jaundis, atau bayi kuning selalunya normal lepas kelahiran sehingga 14 hari pertama kelahiran kerana susu ibu.

    Seandainya anda lihat bayi anda terlalu kuning dalam tempoh 14 hari tersebut, atau masih kuning selepas 14 hari, pergilah untuk pemeriksaan selanjutnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan