backup og meta

Kuku Jadi Kuning Bukan Sebab Pengilat Kuku Saja, Mungkin Ia Punca Penyakit Ini! Baik Semak Sekarang

Fakta Disemak oleh Ayu Idris


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/08/2021

    Kuku Jadi Kuning Bukan Sebab Pengilat Kuku Saja, Mungkin Ia Punca Penyakit Ini! Baik Semak Sekarang

    Anda mengalami masalah kuku kuning dan kelihatan kusam? Semestinya perkara ini menjatuhkan keyakinan anda, kerana kuku merupakan cermin kepada kesihatan diri. Tetapi apakah warna kuku normal? Jawapannya ialah merah jambu.

    Kuku yang berubah warna mungkin bermaksud anda menghidap beberapa penyakit tertentu! Kuku kekuningan khususnya merupakan salah satu simptom awal penyakit jangkitan kulat kuku! Ia boleh menyebabkan kuku berubah warna, menebal, merekah dan rosak.

    Lebih dikenali sebagai onychomycosis 6, jangkitan kulat kuku tidak sama dengan masalah kaki makan air (athlete’s foot). Akan tetapi, jika anda pernah mengalami kaki makan air, besar kemungkinan anda berisiko dijangkiti kulat kuku.

    Risiko juga lebih tinggi jika anda memiliki sistem imun badan yang lemah, kerap berpeluh, suka berkaki ayam (atau “kaki kebun”), menghidap psoriasis 7, diabetes dan sudah berusia.

    Mengapa saya mengalami masalah kuku kuning?

    Selain jangkitan kulat kuku, masih terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kuku kuning dan merekah. Antaranya mungkin kerana penggunaan serbuk kunyit ketika memasak dan beberapa gaya hidup yang lain seperti penggunaan pengilat kuku.

    Jom lihat penerangan setiap punca mengapa masalah kuku kuning terjadi di bawah ini.

    Kuku kuning kerana penggunaan pengilat kuku

    Tahukah anda, kuku boleh berubah warna kerana penggunaan pengilat kuku? Dan jangan pandang remeh, perubahan warna kuku itu sebenarnya boleh menjadi salah satu simptom awal jangkitan kulat kuku!

    Tidak dinafikan, pigmen yang terdapat di dalam bahan pengilat kuku boleh menyebabkan plat kuku bertukar ke warna kekuningan, dan perkara ini adalah normal. Semakin gelap warna pengilat kuku, semakin banyak kesan buruk yang ditinggalkan pigmen pada kuku 2.

    Namun, pemakaian pengilat kuku yang menyebabkan perubahan warna kuku juga sebenarnya salah satu tanda awal jangkitan kulat kuku. Jadi, bagaimana hendak tahu sama ada masalah perubahan warna kuku anda itu disebabkan oleh pemakaian pengilat kuku atau jangkitan kulat kuku?

    Untuk memastikan perkara ini, cuba elak mewarnakan kuku anda buat sementara waktu. Anda juga boleh memilih warna pengilat kuku yang tidak terlalu terang, atau menggunakan kot asas yang berwarna jernih sebelum mengaplikasi pengilat kuku. Ia bukan sahaja melindungi plat kuku, malah juga membuatkan pengilat bertahan lebih lama.

    Namun jika masalah kuku kuning itu masih berkelanjutan, dapatkan rawatan secepat mungkin. Besar kemungkinan, warna kuku anda berubah disebabkan jangkitan kulat kuku!

    Kuku kuning kerana tabiat merokok

    Amalan merokok bukan sahaja berbahaya untuk badan, merencatkan pengaliran darah hingga menyebabkan beberapa masalah lain seperti lebam bawah mata, penjagaan gigi yang lemah, kedutan di muka malah ia juga boleh menjadi punca kuku rosak atau kuku kuning yang disebabkan oleh jangkitan kulat kuku.

    Sekiranya anda seorang perokok, maka plat kuku anda yang bertukar ke warna kekuningan mungkin disebabkan oleh tar dan nikotin yang terkandung di dalam rokok.

    Namun, amalan merokok juga boleh merencatkan pengaliran oksigen ke plat kuku yang boleh menyebabkan kuku kekuningan 3. Satu-satunya cara untuk mengelak dan mencegah kuku anda daripada bertukar ke warna kekuningan adalah dengan berhenti merokok atau mendapatkan rawatan jangkitan kulat kuku secepat mungkin.

    Kuku kuning kerana jangkitan kulat kuku

    kuku kuning

    Selain mengubah warna kuku normal, jangkitan kulat kuku juga boleh mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan teruk yang boleh berulang-ulang.

    Oleh sebab itu, anda harus sentiasa cakna dengan sebarang perubahan fizikal kuku, agar anda boleh mendapatkan rawatan topikal jangkitan kulat kuku di kaunter farmasi, diuji secara klinikal pilihan terbaik untuk merawat jangkitan kulat kuku.

    Rawatan topikal ini bukan sahaja mudah untuk diaplikasi, malah pesakit juga tidak perlu mengikis permukaan kuku sebelum menggunakannya.

    Kulat yang menyebabkan kuku rosak dikenali sebagai dermatophyte. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Namun, orang tua lebih cenderung mengalaminya 8. Perhatikan beberapa tanda jangkitan kuku ini 4:

    • Kuku menebal
    • Kuku hancur
    • Kuku dalam bentuk yang aneh dan bertukar menjadi kusam
    • Kuku rapuh atau mudah pecah
    • Berwarna keputihan hingga kuning-coklat
    • Kuku berbau busuk
    • Berwarna gelap, disebabkan serpihan yang tumbuh di bawah kuku

    Selain itu, seiring dengan pertambahan umur, kuku setiap individu cenderung menjadi rapuh dan kering, lantas mempercepatkan proses terjadinya keretakan kuku. Ia kemudiannya membuka ruang untuk kuku dijangkiti kulat! Sistem imun badan yang lemah dan kekurangan pengaliran darah ke kaki turut menjadi penyumbang kepada risiko kuku rosak.

    Merawat masalah kuku kuning dari jangkitan kulat kuku dengan rawatan topikal 

    Penjagaan kuku yang rapi merupakan langkah wajib yang harus diambil setiap individu dengan lebih serius. Kuku merupakan “cermin” yang sering menjadi perhatian orang ramai. Untuk tampil berkeyakinan, anda memerlukan kuku yang sihat lagi kuat.

    Pastinya anda mahu mendapatkan semula warna kuku normal, dan ia bukanlah perkara yang mustahil. Dengan rawatan topikal jangkitan kulat kuku, kuku anda boleh tumbuh baharu, tanpa kehadiran sebarang kulat.

    Rawatan topikal jangkitan kulat kuku tidak memerlukan preskripsi doktor, dan hasil keberkesanannya boleh dilihat seawal tempoh satu minggu! Sebagai panduan, ikuti tip di bawah ketika memilih rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang terbaik untuk anda:

    1. Baca formulasi dengan teliti. Pilih rawatan topikal yang mengandungi urea, asid laktik, gliserol dan propylene glycol. Bahan-bahan ini disahkan selamat dan mempunyai status GRAS (Generally Regarded As Safe) 10, menjadikan ia satu rawatan yang cukup selamat untuk digunakan tanpa was-was, sama untuk digunakan oleh ibu hamil mahupun ibu yang sedang menyusukan bayi. Berbeza dengan produk tanpa status GRAS, bahan antiseptik yang terkandung di dalam produk tanpa status GRAS berpotensi toksik 10. Selain itu, rawatan topikal dengan kandungan berstatus GRAS juga dapat membantu kuku baharu untuk tumbuh dengan lebih sihat. Kandungan urea dan asid laktik juga melembutkan kuku yang telah menjadi rapuh dan rosak akibat jangkitan.
    2. Gunakan rawatan yang efektif dan mesra pengguna. Terdapat rawatan topikal di kaunter yang hanya perlu dipakai sekali sehari sekali, dan tersedia dalam bentuk tiub bagi mencepatkan proses pengaplikasian pada kuku yang terjejas. Ia amat efektif dan perubahan positif dapat dilihat dalam masa 1 minggu. Malah, pengguna juga boleh menyapu ubat tersebut terus pada permukaan kuku tanpa perlu mengikisnya terlebih dahulu.
    3. Pastikan rawatan tersebut berkesan dan selamat. Periksa sama ada rawatan tersebut mempunyai keberkesanan yang terbukti secara klinikal serta selamat untuk digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.

    Dengan mengamalkan rawatan topikal jangkitan kulat kuku dalam masa 3 hingga 6 bulan, tidak mustahil kuku anda yang terkena jangkitan kulat boleh sembuh dan kembali sihat.

    Berhenti menggunakan pengilat kuku buat sementara waktu

    Sama seperti kulit, kuku juga memerlukan oksigen supaya ia kekal sihat. Jika anda gemar memakai pengilat kuku, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti seketika, dan membiarkan kuku anda “berehat” 2.

    Pengilat kuku mungkin mengandungi bahan kimia yang bertoksik yang turut berbahaya kepada beberapa individu.

    Apabila bahan kimia ini bersentuhan dengan kuku, ia cenderung mengering dan mengakibatkan kuku berwarna kuning. Elakkan penggunaan pengilat kuku pada masa hadapan untuk kuku lebih cantik dan sihat 4.

    Makan makanan yang kaya dengan biotin

    kuku kuning

    Satu lagi cara untuk mendapatkan semula warna normal kuku seperti sediakala, anda boleh mengamalkan diet yang diperkaya dengan biotin seperti telur, bijirin penuh, dan avokado.  Biotin adalah salah satu dari vitamin B kompleks yang membantu memperkuat dan menebalkan kuku anda 5.

    Amalkan penjagaan kuku yang rapi 

    Pastikan kuku tangan dan kaki anda sentiasa bersih dan kering. Potong kuku dan jangan berkongsi pemotong kuku dengan orang lain. Untuk mengelakkan kuku menjadi kering, sapu pelembap pada tangan. Selain itu, basuh tangan dengan kerap untuk elakkan jangkitan merebak dari satu kuku ke kuku yang lain 1.

    Jangan pandang enteng jika timbul kebimbangan apabila melihat sebarang perubahan pada kuku anda yang mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat kuku. Masalah jangkitan itu boleh berulang dan kebergantungan terhadap remedi di rumah sahaja tidak mencukupi!

    Rawatan yang boleh didapati di kaunter farmasi, yang telah diuji secara klinikal menjadi pilihan terbaik untuk memainkan peranan merawat jangkitan kulat kuku. Bagi kes jangkitan yang parah, doktor mungkin akan menyarankan anda menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kuku yang terjejas itu sepenuhnya! 9

    Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang masalah kuku rapuh, kekuningan, cepat patah dan rosak, dapatkan pandangan doktor bertauliah. Dalam menjaga kesihatan kuku pula, jangan sesekali mengabaikan sebarang simptom awal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Ayu Idris


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan