home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ada Tabiat Suka Gigit Kuku? Ini 4 Cara Nak Elak

Ada Tabiat Suka Gigit Kuku? Ini 4 Cara Nak Elak

Tidak dinafikan, ramai kanak-kanak gemar menggigit kuku mereka. Namun, tabiat gigit kuku ini bukan hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak sahaja, tetapi juga orang dewasa.

Jika anda adalah salah seorang yang gemar menggigit kuku, anda perlu tahu keburukan perbuatan ini.

Apakah punca yang menyebabkan seseorang itu gemar gigit kuku?

keburukan menggigit kuku

Tabiat gigit kuku sering bermula ketika zaman kanak-kanak dan akan berterusan sehingga ke alam dewasa.

Walau bagaimanapun, tidak begitu jelas mengapa seseorang itu gemar menggigit kuku. Namun, apabila ia sudah menjadi satu tabiat, maka agak sukar untuk meninggalkannya.

Beberapa faktor mungkin boleh menyebabkan seseorang itu gemar menggigit kuku. Antaranya ialah:

#1. Tertekan, bosan atau tidak sabar

Apabila amalan menggigit kuku ini sudah mula menjadi satu tabiat, maka ia akan kerap berlaku terutamanya jika anda sedang menunggu sesuatu, berasa tertekan, kebosanan atau ketika menjadi tidak sabar.

Hal ini kerana anda sedang cuba untuk mengawal perasaan yang sedang anda alami.

#2. Memberikan tumpuan

Kadangkala, ada individu yang menggigit kuku disebabkan kecenderungannya untuk melakukan hal tersebut sewaktu mereka sedang memberikan tumpuan yang sepenuhnya.

Anda mungkin tidak begitu perasan sedang gigit kuku anda ketika cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang dihadapi.

#3. Stres dan keresahan

Ada juga yang menggigit kuku ketika sedang stres atau mengalami keresahan atau kegelisahan.

Ia adalah sebagai satu cara untuk mendapatkan kelegaan yang bersifat sementara daripada stres dan keresahan yang dialami

#4. Masalah emosi atau psikologi

Amalan menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan seperti:

  • Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD)
  • Gangguan kemurungan utama
  • Gangguan kompulsif obsesif (OCD)
  • Sindrom Tourette
  • Gangguan keresahan pemisahan

Tidak semua yang memiliki gangguan-gangguan ini akan menggigit kuku mereka, dan mereka yang menggigit kuku tidak semestinya memiliki masalah berkaitan gangguan mental.

Keburukan menggigit kuku yang perlu anda tahu

Gigitan kuku boleh merangkumi daripada menggigit kuku, kutikula, dan tisu di sekitar kuku.

Sebahagian besar mereka yang gemar menggigit kuku tidak akan mengalami sebarang kerosakan jangka panjang, namun tidak bermakna ia tidak boleh berlaku.

Selain kesakitan pada kuku dan kulit di sekitarnya, keburukan menggigit kuku boleh merangkumi:

Selain itu, tabiat seperti menelan kuku yang digigit dapat meningkatkan risiko jangkitan pada perut dan usus.

Apa yang boleh dilakukan untuk elak daripada terus gigit kuku?

gigit kuku

#1. Kerap potong kuku anda

Kuku yang panjang mungkin agak sukar untuk dielakkan daripada digigit, oleh itu adalah lebih baik jika anda memotongnya.

Tetapkan hari dan waktu tertentu setiap minggu untuk trim kuku anda, dan jaga bahagian tepi kuku dan hujung kuku yang tidak rata agar anda tidak ‘tergoda’ untuk menggigitnya.

Pilihan lain adalah dengan mendapatkan perkhidmatan manikur profesional.

Pilih salun dan perkhidmatan manikur berlesen yang mensterilkan alat dengan betul untuk mengelakkan sebarang jangkitan kulat pada kuku.

#2. Tutup jari anda

Anda boleh cuba memakai sarung tangan bagi melindungi jari anda.

Ada sesetengah individu meletakkan pita pelekat, sticker, atau balutan pada jari untuk mengelakkan diri mereka daripada mengigit kuku tanpa disedari.

#3. Kenal pasti dan rawat pemicu anda

Kenal pasti apakah yang menyebabkan anda menggigit jari anda.

Sekiranya anda tahu apakah yang menyebabkan tabiat kerap menggigit jari ini, anda boleh menguruskan faktor tersebut.

#4. Gantikan tabiat gigit kuku dengan perkara lain

Anda boleh menggantikan tabiat tersebut dengan perkara lain yang tidak memudaratkan kuku anda.

Sebagai contoh, anda boleh cuba mengunyah gula-gula getah.

Namun, jangan terlalu kerap mengunyah gula getah kerana ia akan menyebabkan masalah pada gigi dan rahang anda.

Selain itu, sibukkan tangan anda dengan benda-benda lain seperti fidget spinner, bola stres atau slimey agar anda tidak sibuk untuk menggigit kuku.

Kesimpulan

Tabiat menggigit kuku jelas memberikan banyak keburukan yang bukan sahaja terhadap kuku anda, malah tubuh anda juga.

Antara keburukan menggigit kuku lain ialah anda berisiko mendapat jangkitan jika kerap menggigit lalu menelan kuku tersebut.

Oleh itu, lakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah dinyatakan di atas ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

David D. (2018). Why cognitive behavioral therapy is the current gold standard of psychotherapy. DOI:10.3389/fpsyt.2018.00004

Ghandizadeh A. (2011). Nail biting; Etiology, consequences and management. ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3556753/

https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/stop-biting-nails

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/nails/art-20044954

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 15/09/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman