Punca kuku rosak
Sebelum memahami apakah punca jangkitan kulat berlaku, jom lihat bagaimana ia terjadi dahulu. Oleh sebab kulat tidak memerlukan cahaya matahari untuk hidup, ia boleh membiak di kawasan gelap dan tertutup seperti di dalam kasut 1.
Kulat yang menyebabkan kuku rosak dikenali sebagai dermatophyte. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Namun, orang tua lebih cenderung mengalaminya 3.
Selain itu, seiring dengan pertambahan umur, kuku setiap individu cenderung menjadi rapuh dan kering, lantas mempercepatkan proses terjadinya keretakan kuku. Ia kemudiannya membuka ruang untuk kuku dijangkiti kulat!
Sistem imun badan yang lemah dan kekurangan pengaliran darah ke kaki turut menjadi penyumbang kepada risiko kuku rosak. Antara senario yang biasanya terjadi adalah jangkitan kulat bermula daripada kulat air, dan kemudiannya merebak ke bahagian kuku yang lain.
Risiko jangkitan kulat kuku
Sesiapa sahaja boleh mengalami jangkitan kulat kuku, namun ia lebih berisiko terjadi pada golongan lelaki berbanding wanita, dan pada mereka yang berusia 3.
Selain itu, berikut antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kulat kuku:
- Kerap berpeluh 1
- Mempunyai habit berkaki ayam di kawasan yang lembap seperti di gimnasium, kolam renang ataupun bilik mandi
- Telah mengalami kecederaan kulit/kuku, atau penyakit kulit seperti psoriasis 7
- Menghidap diabetes 7, ataupun mengalami masalah peredaran darah dan sistem imun badan yang lemah
- Pernah mengalami masalah jangkitan kulat air (kaki makan air)
- Sering melakukan kerja rumah yang melibatkan tangan seperti mencuci pinggan, berkebun dan sebagainya
- Sudah berusia, dan mengalami masalah aliran darah yang berkurangan, terdedah kepada jangkitan kulat dan kuku tumbuh dengan perlahan 1
Rawatan topikal jangkitan kulat kuku
Sekiranya anda mengalami jangkitan kulat kuku di tahap ringan, rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang boleh didapati di kaunter farmasi sudah memadai untuk merawat dan menghilangkan jangkitan 5 .
Rawatan ini tidak memerlukan preskripsi doktor, dan hasil keberkesanannya boleh dilihat apabila kuku anda akan tumbuh baharu, tanpa kehadiran sebarang kulat. Sebagai panduan, ikuti tip di bawah ketika memilih rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang terbaik untuk anda:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen