#3. Atasi penyakit kulit psoriasis dengan senaman
Bagi pesakit psoriasis, aktiviti senaman mungkin menjadi satu cabaran memandangkan keadaan kulit yang boleh membuatkan anda berasa tidak selesa dan kurang yakin apabila berkunjung ke gimnasium.
Untuk meningkatkan motivasi diri, anda perlu tahu senaman mampu memperbaiki mood, merendahkan tahap stres, selain mengawal berat badan anda. [1]
Selain itu, senaman juga mampu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit lain yang berkaitan dengan penyakit kulit psoriasis seperti penyakit kardiovaskular [4] dan diebetes jenis 2. [5]
Sekiranya anda masih tidak mahu ke gimnasium, lakukan senaman dengan cara lain seperti berjoging di taman, berbasikal atau mengikuti senaman melalui tontonan YouTube di rumah.
Baca juga:
#4. Pilih produk penjagaan kulit dan badan yang tepat
Ada sesetengah produk penjagaan kulit yang boleh memburukkan lagi penyakit kulit psoriasis yang sedang anda alami, termasuklah deodoran dan sabun mandian[6].
Antara jenis produk yang perlu dielak oleh pesakit psoriasis ialah produk yang mengandungi bahan pewangi, alkohol, pewarna dan bahan-bahan kimia tertentu kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan rasa terbakar dan kemerahan pada kulit. [6]
Pesakit psoriasis disaran menggunakan bahan pelembap yang boleh membantu mengatasi masalah kulit bersisik dan gatal-gatal. [6] Jika anda menggunakan alat solek, pastikan produk yang diguna dilabel sebagai “non-comedogenic” atau “non-acnegenic“. [6]
“Non-comedogenic” bermaksud produk tidak menyebabkan penyumbatan pori-pori apabila digunakan. Manakala “non-acnegenic” pula produk yang dirumus untuk tidak menyebabkan jerawat bagi mereka yang mudah mendapat jerawat.
Untuk pesakit psoriasis, pilihlah produk yang tidak mengandungi kandungan alkohol dan tanpa pewangi kerana ia tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit anda.
#5. Hentikan tabiat merokok untuk elak penyakit kulit psoriasis

Pesakit psoriasis alah kepada kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok. Nikotin bertindak mengubah sistem imun, meningkatkan risiko serangan pada tisu normal dan bukannya benda asing dalam tubuh.
Selain itu, kandungan lain yang terdapat di dalam rokok juga telah dikatakan menjadi penyebab kepada sejenis kerosakan sel yang disebut sebagai kerosakan oksidatif. Kerosakan oksidatif ini boleh memburukkan lagi psoriasis.
Kesan pertama yang berlaku apabila pesakit psoriasis berhenti merokok ialah, ia akan meningkatkan respons tubuh badan individu tersebut terhadap ubat-ubatan psoriasis. [7]
Kedua, ia akan mengurangkan risiko pesakit psoriasis untuk mendapat penyakit lain seperti penyakit Crohn atau penyakit lain yang berkaitan dengan jantung, hati, perut dan pankreas. [8]. Berhenti merokok juga boleh meningkatkan peluang pesakit psoriasis untuk semakin pulih, dengan mengurangkan kekeringan kulit[9].
Kesimpulan

Penyakit kulit psoriasis mungkin mengambil tempoh masa yang panjang untuk sembuh, tetapi ia juga boleh sembuh pada bila-bila masa jika penghidap penyakit kulit ini mengikuti tip-tip tersebut.
Walaupun ada pelbagai faktor persekitaran dan gaya hidup yang boleh mencetuskan penyakit kulit ini, tetapi jika anda faham segala faktor-faktor penyebabnya, tidak mustahil anda mampu mengubah gaya hidup seperti yang diperlukan, dan hidup dengan lebih selesa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen