Definisi
Apa itu Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?
Ketumbuhan benigna kelenjar tiroid adalah ketumbuhan pepejal atau berisi cecair yang terbentuk pada tiroid anda, kelenjar kecil yang terletak di pangkal leher anda dan di atas tulang dada anda.
Kebanyakan ketumbuhan tiroid adalah benigna tetapi 5% adalah malignan dan penting untuk membezakan kumpulan minoriti ini. Ketumbuhan benigna kelenjar tiroid termasuk adenoma tiroid, thyroiditis, sista tiroid dan nodul hiperplastik
Apakah kebarangkalian Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?
Sekitar 40% daripada golongan dewasa mempunyai satu ketumbuhan atau banyak. Kebiasaan berlaku pada wanita. 8-65% pesakit secara klinikalnya kelenjar tiroidnya normal mempunyai satu atau lebih nodul yang sangat ketara, manakala peratusan untuk menjadi maligna adalah 2-4%. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Ketumbuhan Benigna Kelenjar Tiroid?
Kebanyakan ketumbuhan kelenjar tiroid tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala. Walau bagaimanapun beberapa nodul akan terbentuk menjadi besar sehingga mereka dapat:
- Dirasa.
- Dilihat, biasanya berada di pangkal leher anda.
- Jika ditekan pada esophagus, anda akan mengalami sesak pernafasan atau sukar untuk menelan.
Dalam beberapa kes, ketumbuhan benigna akan menghasilkan tiroksin tambahan, hormon yang dirembes oleh kelenjar tiroid anda. Tiroksin tambahan boleh menyebabkan gejala hipertiroid seperti:
- Kehilangan berat badan tanpa sebab.
- Kadar pernafasan yang meningkat.
- Gegaran.
- Ketegangan.
- Denyutan jantung yang cepat dan tidak teratur.
Beberapa ketumbuhan tiroid adalah kanser (malignan), tetapi ingin menentukan jenis maligna tidak boleh dilakukan hanya meniliti simptom sahaja. Kebanyakan ketumbuhan tiroid kanser terbentuk dengan perlahan dan mungkin kecil apabila mereka ditemui. Kanser tiroid yang agresif adalah jarang berlaku, tetapi ketumbuhan ini mungkin besar, keras, tetap dan terbentuk dengan laju.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen