backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kuku Petanda Anda Sihat Atau Tidak, Semak 9 Penyakit Ini Melalui Kuku!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

    Kuku Petanda Anda Sihat Atau Tidak, Semak 9 Penyakit Ini Melalui Kuku!

    Anda mungkin berasakan kuku tidak mendatangkan sebarang fungsi. Tetapi tahukah yang anda boleh mengetahui tanda penyakit melalui kuku? Benarkah kuku rosak tanda penyakit? Ini 9 masalah kesihatan yang boleh dikesan berdasarkan keadaan kuku anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Kuku rosak tanda penyakit?

    Tahukah anda, bahawa kuku anda boleh mendedahkan tahap kesihatan anda secara keseluruhan?

    Warna putih, warna merah muda, benjolan di kuku adalah mungkin tanda penyakit dalam tubuh  yang berkaitan dengan masalah di hati, paru-paru, dan jantung.

    1. Kuku pucat

    Masalah kesihatan yang serius boleh mendasari tanda penyakit melalui kuku seperti:

    • Anemia
    • Kegagalan jantung kongestif
    • Penyakit hati
    • Malnutrisi

    2. Kuku putih

    kuku rosak tanda penyakit

    Jika kebanyakan kuku anda berwarna putih dengan rim gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan berkaitan hati seperti hepatitis. Seperti yang ditunjukkan dalam imej di atas, terdapat juga masalah penyakit kuning (jaundice), yang juga merupakan satu lagi tanda masalah hati.

    3. Kuku rosak tanda penyakit: Kuku kebiruan

    kuku rosak tanda penyakit

    Turut dikenali sebagai kuku bluish, ia bermakna tubuh anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ini boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, seperti emfisema (Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik, COPD).

    Sesetengah masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku kebiruan ini.

    4. Kuku kuning

    kuku rosak tanda penyakit

    Faktor penyebab kuku kuning yang paling biasa adalah jangkitan kulat. Apabila jangkitan semakin teruk, ia berpotensi menyebabkan plat kuku terpisah daripada bahagian dasar kuku, dan kuku menjadi tebal dan rosak.

    Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, kuku kuning menunjukkan keadaan kesihatan yang serius seperti penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

    5. Kuku pecah atau terpisah, kuku rosak tanda penyakit?

    kuku rosak tanda penyakit

    Kuku yang sentiasa kering dan rapuh mempunyai hubung kait dengan penyakit tiroid. Kuku yang pecah dan terpisah disertai warna kekuningan mungkin lebih disebabkan jangkitan kulat.

    6. Bengkak sekitar kuku

    kuku rosak tanda penyakit

    Jika kulit disekitar kuku kelihatan merah dan bengkak, ia dikenali sebagai kerengsaan kuku. Ia mungkin kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain.

    Jangkitan juga boleh menyebabkan bahagian sekitar kuku kelihatan kemerahan dan mengalami kerengsaan.

    7. Kuku ripple

    kuku rosak tanda penyakit

    Seandainya pada permukaan kuku, anda merasakan ia tidak rata dan seperti ada lekukan kecil, ia mungkin petanda awal psoriasis atau keradangan arthritis.

    Warna kuku yang tidak sekata juga adalah perkara biasa; ini kerana kulit di bawah kuku anda mungkin berwarna coklat kemerah-merahan.

    8. Garis gelap di bawah kuku

    kuku rosak tanda penyakit

    Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Ia mungkin disebabkan melanoma, sejenis kanser kulit paling berbahaya.

    9.  Kuku gnawed, kuku rosak tanda penyakit

    kuku rosak tanda penyakit

    Tabiat menggigit kuku mungkin dianggap satu tabiat yang biasa dan tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, ia merupakan simptom kebimbangan yang berterusan yang mungkin memerlukan rawatan.

    Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Sekiranya anda mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor.

    Jangan ambil mudah

    Dalam kebanyakan kes berkaitan masalah kesihatan, perubahan pada kuku tidak mendatang bahaya. Ini kerana bukan semua individu yang memiliki kuku berwarna putih mempunyai hepatitis.

    Namun, sekiranya timbul kebimbangan melihat perubahan pada kuku anda, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan