backup og meta

Parut Jerawat Susah Nak Hilang? Amalkan Serum Yang Ada 8 Bahan Ini, Berkesan!

Parut Jerawat Susah Nak Hilang? Amalkan Serum Yang Ada 8 Bahan Ini, Berkesan!

Apa produk yang dapat membantu menghilangkan masalah parut jerawat? Jawapannya adalah dengan penggunaan serum yang betul. Jom ketahui 8 bahan wajib ada dalam serum untuk parut jerawat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Masalah parut jerawat

Apabila liang pori kulit tersumbat dengan kotoran, bakteria ataupun sel kulit mati, jerawat cenderung untuk terbentuk. Pori tersumbat ini akan membengkak dan menyebabkan dinding folikel kulit pecah, mewujudkan luka dalam dan cetek yang kekal pada kulit selepas itu.

Parut ini biasanya merupakan hasil sampingan daripada lesi yang meradang, menembusi tisu kulit di bawah dan meninggalkan kesan.

Jerawat adalah keadaan keradangan dan parutnya mempunyai kaitan dengan keterukan keradangan serta tempohnya. Disebabkan itulah parut biasanya berbeza dari masa ke masa dan pada setiap individu.

Untuk proses penyembuhan kulit, kolagen memainkan peranan penting. Namun selepas breakout, kulit perlu menghasilkan lebih banyak kolagen untuk membaiki dirinya dan jika tidak mencukupi, maka terbentuklah parut jerawat.

serum untuk parut jerawat

Jenis-jenis parut jerawat

Sebelum kita mengetahui ramuan atau bahan yang harus ada dalam serum untuk parut jerawat, adalah penting untuk anda memahami jenis-jenis parut yang boleh dialami. 

Parut jerawat Atropik / Tekanan

Merupakan parut paling biasa yang menghasilkan lekukan tekanan, berongga pada muka dan terbentuk apabila kulit kekurangan fibroblas dalam proses penyembuhan. Fibroblas adalah sel kulit yang memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka serta penghasilan kolagen.

3 jenis parut atropik adalah:

 – Boxcar

Parut berbentuk U lebar dengan tepi tajam yang boleh menjadi dalam atau cetek. Semakin cetek kedalamannya, semakin cepat ia bertindak balas terhadap sebarang rawatan kulit.

Terbentuk disebabkan keradangan jerawat yang memusnahkan kolagen semula jadi – membawa kepada kehilangan tisu kulit dan membentuk lekukan.

Ice pick:

Parut sempit berbentuk V yang jauh ke dalam permukaan kulit – penampilannya menyerupai lubang kecil, berbentuk bujur atau seperti parut cacar air.

Agak sukar dirawat kerana ia masuk jauh ke bawah permukaan kulit dan paling ketara pada mata kasar.

Rolling

Mempunyai permukaan tidak teratur pada lekukan luas di permukaan kulit dengan tepi bulat. 

Terbentuk apabila jalur fibrous tisu kulit berkembang di tengah-tengah permukaan kulit dan tisu di bawah serta menarik keluar epidermis – kesannya parut tidak sekata dan tidak teratur.

serum untuk parut jerawat

Masalah parut jerawat Hipertropik

Kulit mungkin menghasilkan terlalu banyak fibroblas apabila jerawat sembuh – kesannya wujud parut timbul di permukaan kulit. Biasanya pada bahagian dada dan belakang badan.

Masalah parut jerawat Keloid

Seperti parut hipertropik, ia lebih tebal berbanding jerawat asal. 

Parut ini juga lebih gelap daripada kulit di sekitar dan berwarna merah atau gelap. Ada kalanya boleh menyebabkan kegatalan atau kesakitan.

8 bahan dalam serum untuk parut jerawat 

Dalam pemilihan serum untuk parut jerawat, berikut antara ramuan yang perlu diberikan perhatian:

1. Vitamin C

Merupakan antioksidan kuat, vitamin C membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan kemerahan, bengkak dan memperbaiki penampilan lesi jerawat yang ketara.

Sifat penyembuhannya adalah dengan mempercepatkan pengeluaran kolagen dan membantu membina semula struktur kulit, terutamanya untuk parut Atropik.

Vitamin C juga berkesan untuk merawat dan mengurangkan hiperpigmentasi (jeragat), bintik hitam serta kesan kerosakan matahari juga.

2. Asid salisilik antara bahan wajib ada dalam serum untuk parut jerawat 

Ia adalah beta hydroxy acid (BHA) biasa dalam penjagaan kulit yang telah digunakan dalam merawat jerawat sejak bertahun-tahun. Asid salisilik berfungsi dengan berkesan untuk semua jenis parut jerawat kerana ia membersihkan liang pori dan mengurangkan bengkak serta kemerahan.

Ia mengelupaskan kulit dengan lembut untuk membuang sel kulit mati, kotoran dan serpihan lain yang cenderung terkumpul dan menyumbat liang pori.

Bagi individu dengan keadaan kulit sensitif, lakukan ujian tampalan terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengalami sebarang kekeringan atau kerengsaan.

Baca juga:

3. AHA

Alpha hydroxy acid adalah ramuan wajib untuk merawat jerawat serta parutnya. 

Ia berfungsi untuk semua jenis parut bagi mengeluarkan kotoran, toksin dan sel kulit mati yang boleh menyumbatkan liang pori dan memberikan pengelupasan ringan pada lapisan luar untuk menghilangkan kekasaran, ketidaksamaan dan perubahan warna. 

Bahan wajib ada dalam serum untuk parut jerawat #4. Asid laktik

Merupakan asid lembut dan ringan untuk kulit, yang biasanya terdapat dalam pelembap dan losyen. Ia mengelupaskan sel kulit mati dan memperbaiki tekstur serta kehalusan kulit secara perlahan-lahan. Ia berfungsi dalam merawat semua jenis parut jerawat.

5. Retinoid

Retinoid topikal membantu menghilangkan parut jerawat dengan menyekat keradangan, mengurangkan lesi jerawat dan mempercepatkan pertumbuhan sel baharu.

Ini boleh menjadi sangat berkesan untuk mengawal dan mencerahkan parut hiperpigmentasi selepas keradangan bagi mereka yang mempunyai warna kulit lebih gelap.

Pastikan anda menggunakan pelindung matahari semasa menggunakan rawatan retinoid kerana ia menjadikan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari.

serum untuk parut jerawat

6. Rosehip, antara bahan wajib ada dalam serum untuk parut jerawat

Selain penting untuk antipenuaan, rosehip membantu dalam mengurangkan kemerahan, keradangan dan parut jerawat kerana kandungan asid linoleik tinggi dan bentuk bioaktif vitamin A (asid retinoik) yang membantu dalam meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin.

Ia membantu mempercepatkan pertumbuhan sel yang meminimumkan penampilan semua jenis parut termasuk yang disebabkan oleh hiperpigmentasi.

7. Niacinamide 

Satu bentuk vitamin B3 – membantu dalam peneutralan radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit.

Ciri antiradangnya mengurangkan kerosakan kulit, membaiki lapisan luar pelindung kulit dan membantu menguruskan hiperpigmentasi apabila digunakan secara topikal.

8. Asid azelaic, bahan dalam serum untuk parut jerawat

Mempunyai ciri antimikrob dan antiradang, menjadikannya ubat berkesan untuk jerawat dan parut aktif. Ia menggalakkan pusing ganti sel supaya kulit sembuh lebih cepat dan parut dapat dikurangkan.

Ia juga mengurangkan keradangan dan merawat kemerahan, sekali gus membuatkan parut kelihatan tidak ketara dan mengurangkan kerengsaan. 

Jika terdapat sebarang keraguan mengenai produk yang bersesuaian dengan kulit bagi mengatasi masalah parut jerawat anda, rujuklah dengan pakar untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Acne Scars. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21222-acne-scars, Accessed on June 2, 2022
  2. Maya Valeska Gozali and Bingrong Zhou (2015). Effective Treatments of Atrophic Acne Scars. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4445894/, Accessed on June 2, 2022
  3. Acne Scar Treatments. https://www.acne.org/acne-scar-treatment.html, Accessed on June 2, 2022
  4. Hyaluronic Acid Serum for acne scars. https://www.acne.org/forums/topic/373063-hyaluronic-acid-serum-for-acne-scars/, Accessed on June 2, 2022
  5. 10 Tips For Clearing Acne In Darker Skin Tones. https://www.aad.org/public/diseases/acne/diy/skin-color, Accessed on June 2, 2022 
  6. Here Are The Best Serums To Treat Acne Scars. https://www.bebeautiful.in/all-things-skin/skin-concerns/best-serums-to-treat-acne-scars, Accessed on June 2, 2022 

 

Versi Terbaru

13/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Skincare Terbaik Untuk Kulit Kusam? Ikut Rutin Penjagaan Siang & Malam Ini!

Ada Banyak Jenis Krim Malam, Mana Satu Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan