Cuma tuangkan sedikit pada kapas dan sapukan pada wajah selepas cuci muka untuk kulit yang lebih cantik dan glowing dalam masa beberapa minggu!
4. Moisturising Cream
Inginkan produk yang sesuai untuk semua jenis kulit, namun masih mampu membekalkan kelembapan berpanjangan? Gunakan Moisturising Cream untuk kulit yang lebih sihat, lembut dan bermaya!
Pelembap muka yang baik seharusnya mengandungi emolien semula jadi serta humektan yang dapat ‘mengunci’ lembapan pada kulit sehingga 48 jam.
Anda harus hanya menggunakan produk yang telah terbukti secara klinikal, dapat memberikan kelembapan serta merta dan boleh membaik pulih pelindung semula jadi kulit!
5. Day Cream Dengan SPF 15
Tidak lengkap regimen penjagaan kulit wajah anda tanpa penggunaan krim pelindung kulit. Oleh sebab itu, pastikan kulit anda sentiasa terlindung daripada sinaran matahari dengan bantuan Day Cream dengan SPF 15.
Krim siang yang baik dapat memberikan perlindungan 24 jam terhadap sebarang kerosakan yang berlaku disebabkan cahaya matahari.
Bukan itu sahaja, pemakaian krim siang juga merupakan salah satu cara memutihkan kulit muka yang berkesan, di samping dapat memastikan kulit kekal hidrat tanpa merosakkan pelindung semula jadi kulit!
6. Night Cream
Akhir sekali, jangan lupa untuk memanjakan kulit anda dengan krim malam atau Night Cream. Biarkan kulit ‘berehat’ setelah sepanjang hari berhadapan dengan pelbagai anasir luar yang boleh merosakkan kulit.
Penggunaan krim malam juga boleh menjadi pelengkap kepada mereka yang sedang mencari cara mencerahkan kulit gelap. Cuma sapukan krim malam pada kulit untuk menggalakkan proses pemulihan. Keesokan harinya, anda akan bangun tidur dengan wajah yang lebih segar, sihat dan nampak glowing!
Semoga penerangan ini dapat membantu para pembaca di Hello Doktor untuk mula mengambil langkah yang tepat dalam menumpukan perhatian pada penjagaan kulit wajah untuk lebih sihat, lembap dan berseri.
Teruskan pembacaan tentang penjagaan kulit badan dan wajah yang tepat di laman web Hello Doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen