backup og meta

Pakai Serum Dulu Atau Toner? Ini 9 Rutin Penjagaan Wajah Yang Betul!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/01/2023

    Pakai Serum Dulu Atau Toner? Ini 9 Rutin Penjagaan Wajah Yang Betul!

    Dalam aspek penjagaan muka, apa yang harus dipakai dahulu, ya? Adakah pakai serum dulu atau toner? 

    Kalau ingin tahu jawapannya, bacalah artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Penjagaan muka: Pakai serum dulu atau toner?

    Urutan penggunaan produk dalam rutin penjagaan wajah dari siang ke malam adalah penting.

    Kenapa? 

    Ini kerana tiada gunanya mempunyai rangkaian produk yang pelbagai jika ia tidak dapat menembusi kulit dan menjalankan fungsi sewajarnya.

    Ini langkah demi langkah yang betul untuk penjagaan kulit wajah:

    Langkah 1: Pencuci muka – Siang & malam

    Perkara paling penting adalah untuk menanggalkan solekan dan mencuci wajah sebelum menyapu sebarang produk di muka.

    Kulit yang bersih, bebas minyak dan kotoran diperlukan untuk produk kulit menyerap dengan betul.

    Sebaiknya pilih cecair pencuci mekap berbanding tisu lap solekan. Kemudian, bersihkan wajah anda dengan buih pencuci – terutamanya jika anda mempunyai kulit berjerawat.

    Cuba teka, langkah seterusnya pakai serum dulu atau toner? 

    Pakai serum dulu atau toner #Langkah 2:  – Siang dan/atau malam

    Toner harus mempunyai bahan lembut dan menghidrat untuk menyejukkan kulit kering atau kimia pengelupasan untuk merawat jerawat dan benjolan.

    Ia akan membantu bahan-bahan lain yang akan dipakai kemudian untuk diserap dengan lebih baik.

    pakai serum dulu atau toner

    Sekiranya kulit berjerawat, cari toner yang mengandungi BHA – beta hydroxy acid seperti asid salisilik atau AHA – alpha hydroxy acid seperti asid glikolik atau asid laktik – berfungsi membuka liang tersumbat, mencegah jerawat dan memudarkan bintik hitam dari masa ke masa. 

    Untuk kulit kering, cuba AHA dan kulit berminyak, carilah toner BHA. Bagi jenis kulit lain, pilihlah toner penghidratan – membantu mengembalikan air yang hilang ketika mencuci dan mengeringkan wajah.

    Pakai serum dulu atau toner #Langkah 3: Serum – Siang dan/atau malam

    Serum adalah cecair nutrien, penghidratan dan antioksidan yang sangat pekat dan berfungsi meningkatkan kesihatan kulit.

    Pada waktu pagi, gunalah serum vitamin C. Ia melindungi kulit daripada keradangan dan kerosakan disebabkan persekitaran. Dalam masa sama, mencerahkan kulit dan bintik hitam.

    Di malam hari, pilih serum tinggi asid hyaluronik – ia menarik air daripada udara ke dalam kulit dan menjadikan ia gebu serta terhidrat semasa anda tidur. 

    Baca juga:

    Langkah 4: Krim mata – Siang & malam

    Dalam aspek penjagaan muka, krim mata cenderung lebih ringan dan nipis. Maka ia harus digunakan dahulu sebelum menyapu krim lain.

    Untuk pagi, cari krim yang mempunyai aplikator bebola putar – yang membantu mengurangkan lingkaran gelap dan/atau dengan formula kafein – yang dapat mengecut dan menegangkan bengkak bawah mata dalam tempoh 20 minit.

    Belah malam pula, sapu krim mata ringkas dengan fungsi penghidratan. Ia dapat melindungi bawah mata dan membaiki penghalang kulit (skin barrier).

    Langkah 5 dalam penjagaan muka: Merawat tompokan – Siang atau malam

    Untuk merawat bintik tompokan seperti jerawat, parut atau bintik hitam lakukan pada belah malam.

    Bagi masalah bintik hitam dan parut jerawat, gunakan produk dengan hidrokuinon – bahan peluntur kulit yang berkesan tetapi boleh merengsakan mereka dengan kulit sensitif, atau niacinamide (vitamin B3) – dapat mencerahkan tompokan dan parut.

    Untuk jerawat dan jeragat, produk benzoyl peroksida atau asid salisilik sangat berkesan. 

    Benzoyl peroksida boleh membunuh bakteria punca jerawat. Manakala asid salisilik melarutkan minyak dan sel kulit – terutama mereka dengan masalah pori tersumbat dan benjolan meradang.

    pakai serum dulu atau toner

    Langkah 6: Pelembap – Siang & malam

    Pelembap harus digunakan 2x sehari.

    Pada waktu pagi, cari pelembap berasaskan hyaluronik ringan dan lembut – akan mengekalkan kulit terhidrat tanpa rasa berat atau berminyak.

    Sebaiknya, cari dengan formula pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF30, terutamanya jika anda tidak merancang untuk menggunakan krim pelindung matahari.

    Sebelah malam, pilih pelembap yang mengandungi bahan yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh seperti asid hyaluronik, lipid dan protein.

    Langkah 7 dalam penjagaan muka: Retinol – Malam

    Retinoid – istilah umum derivatif vitamin A, termasuklah retinol.

    Bahan ini akan merangsang pengeluaran kolagen dan pengelupasan – bermakna ia berfungsi memudarkan bintik gelap, melicinkan parut, membersihkan liang pori, mencegah jerawat dan mencerahkan kulit.

    pakai serum dulu atau toner

    Pakai serum dulu atau toner, langkah 8: Minyak – Siang dan/atau malam

    Dalam rutin penjagaan muka, minyak harus digunakan pada langkah-langkah terakhir kerana ia boleh menembusi produk lain.

    Penggunaannya bukan hanya untuk individu dengan kulit kering. 

    Ini kerana minyak tertentu seperti rose-hip dan jojoba, boleh mengurangkan minyak berlebihan pada kulit berjerawat, manakala minyak marula dan aloe pula dapat menenangkan kulit sensitif dan mudah teriritasi. 

    Langkah 9: Krim pelindung matahari – Siang

    Krim pelindung matahari tidak akan cuba menembusi sebarang produk yang dipakai, sebalik ia hanya berperanan untuk melindungi kulit wajah dan bertindak sebagai perisai.

    Untuk perlindungan optimum, dapatkan krim pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih.

    Jadi jawapan kepada persoalan sama ada pakai serum dulu atau toner sudah terjawab. 

    Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu menjadikan wajah anda lebih berseri-seri. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan