backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kulit Muka Berminyak, Kering @ Sensitif? Ini Cara Pilih Produk Pembersih Wajah Yang Sesuai

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/05/2022

Kulit Muka Berminyak, Kering @ Sensitif? Ini Cara Pilih Produk Pembersih Wajah Yang Sesuai

Membersihkan muka penting sebagai penjagaan asas. Namun bukan semua produk pembersih sesuai untuk kulit muka. Ini tips memilih pencuci muka yang boleh dijadikan panduan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Tips memilih pencuci muka

Mencuci adalah asas kepada apa-apa rutin penjagaan kulit. Ia adalah kunci kepada kulit yang sihat dan cantik.

Pencuci yang baik bukan sahaja akan membasuh kotoran dan bakteria.

Tetapi ia juga membolehkan produk penjagaan kulit dan kecantikan yang dipakai akan menyerap lebih mudah ke kulit anda, dengan itu akan meningkatkan keberkesanannya.

Walau bagaimanapun, memilih pencuci muka yang betul dan bersesuaian dengan kulit anda boleh menjadi sedikit mencabar.

Berikut adalah garis panduan dan tips memilih pencuci muka untuk memberi anda beberapa idea tentang pemilihan pencuci yang bersesuaian dengan kulit muka.

Kulit muka jenis normal ke berminyak

Tips Memilih Pencuci Muka

Jika kulit anda cenderung menghasilkan banyak minyak, pilih pencuci muka yang berbuih lembut.

Pencuci dengan buih lembut sesuai untuk kulit berminyak kerana dapat mengeluarkan kotoran dan sebum pada kulit. 

Elakkan produk pembersih wajah yang mengandungi bahan berasaskan sulfat seperti SLS/SLES kerana bahan seperti itu akan mengeraskan kulit dan mengganggu asid mantel (acid mantle) anda.

Sebab itu kita tidak digalakkan untuk menggunakan sabun buku untuk mencuci muka, melainkan ia adalah sabun buku yang direka khusus untuk kulit muka.

Antara tips memilih pencuci muka adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi minyak.

Ia merupakan kaedah yang berkesan untuk menghilangkan kekotoran dari kulit, terutamanya jika anda suka menggunakan produk kosmetik kalis air.

Lebih baik menggunakan minyak yang mengandungi monounsaturated fats seperti minyak jojoba.

Minyak yang berat seperti minyak zaiton berkemungkinan besar menyumbat liang-liang pori dan menyebabkan jerawat.

Baca juga:

Tips memilih pencuci muka untuk kulit normal, kulit kering dan kulit sensitif

Jika kulit kering, anda disarankan untuk menggunakan krim atau produk pembersih muka berasaskan susu yang direka untuk menghidrat kulit semasa mencucinya.

Semak kandungan yang digunakan dalam produk pilihan anda. Ejen penghidratan seperti asid hyaluranic boleh memberikan banyak kelembapan pada kulit.

Walaupun anda menyukai buih yang banyak ketika mencuci muka, ia sebenarnya hanya akan menyebabkan kulit lebih kering.

Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun terhadap air, anda mungkin boleh menggunakan air micellar sebagai pembersih.

Tips Memilih Pencuci Muka

Kesimpulannya, pembersih muka haruslah berfungsi untuk membersihkan kulit dan dalam masa yang sama masih lembut dan menghidratkan.

Setiap orang adalah berbeza, sesuatu yang berfungsi dengan baik pada orang lain, belum tentu akan memberikan impak yang sama pada diri anda. 

Oleh itu, amat penting untuk mengetahui tentang keadaan kulit sendiri supaya anda mengetahui apa yang kulit perlukan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan