Bukan itu sahaja, kulit yang kering juga sering terasa tegang dan cenderung mengalami iritasi. Tetapi usah khuatir, antara regimen penjagaan kulit muka yang terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering adalah penggunaan pelembap muka yang tepat4.
#3 Kulit Kombinasi
Pakar mendefinisikan kulit jenis kombinasi sebagai sebahagian daripada kulit wajah yang kering, manakala sebahagian lagi adalah berminyak. Sebagai contoh, bahagian kulit di kawasan pipi kelihatan kering, namun dahi dan hidung kelihatan berminyak.
Keadaan kulit ini juga boleh jadi berminyak ketika musim panas dan menjadi kering ketika musim sejuk.
#4 Kulit Sensitif
Untuk pengetahuan anda, golongan yang berkulit sensitif cenderung mengalami masalah keradangan. Disebabkan itu, mereka harus menggunakan produk yang lembut memandangkan kulit sensitif mudah mengalami kemerahan dan kerengsaan5.
#5 Normal
Berbeza dengan jenis-jenis kulit lain, sesetengah pakar dermatologi berpendapat bahawa sebenarnya tiada definisi perubatan untuk kulit normal.
Apa maksudnya? Maksudnya, jenis-jenis kulit ini boleh jadi berbeza-beza mengikut individu. Di samping itu, kulit beberapa individu juga mampu bertahan dengan lebih banyak anasir luar yang mengotorkan, tanpa bertindak balas secara berlebihan.
Walau bagaimanapun, penjagaan kulit muka bagi semua jenis kulit yang dinyatakan di atas ini tidaklah perlu serumit yang disangka. Ini kerana secara amnya, terdapat urutan yang ideal untuk mendapatkan kulit yang sihat lagi berseri. Untuk memastikan kulit wajah anda sentiasa sihat dan bersih, jangan lupa untuk melakukan regimen penjagaan kulit wajah asas yang lengkap.
Tiga langkah rutin penjagaan kulit muka asas yang harus diamalkan oleh semua individu adalah mencuci dengan pembersih muka, memakai pelembap wajah dan menggunakan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 30 pada waktu siang.
Ayuh kita lihat dengan teliti langkah-langkah rutin penjagaan ini:
Langkah Pertama:
Skin Cleanser
Pencuci muka terbaik bukan sahaja dapat mengembalikan kelembapan kulit, malah juga membantu membersih tanpa menanggalkan minyak semula jadi kulit. Kulit yang sihat memerlukan pencuci muka yang tepat!
Tetapi bagaimana ingin memastikan jenis pencuci muka yang dipilih itu mampu mengembalikan kelembapan kulit? Jawapannya dengan memilih penjagaan kulit yang diyakini keberkesannya, serta sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit.
Gunakan Skin Cleanser atau pencuci muka yang tangkas dalam membersih dan menanggalkan kekotoran, minyak dan segala bendasing yang terlekat pada kulit muka sambil menghidrat secara aktif, tanpa menghakis pelindung semula jadi kulit.
Langkah Kedua:
Moisturising Cream
Regimen penjagaan muka yang lengkap dan terbukti berkesan tidak melupakan kepentingan pelembap wajah dalam mengunci kelembapan di dalam kulit untuk kulit yang lebih sihat.
Berita baiknya, Moisturising Cream bukan sahaja boleh bertindak sebagai pelembap wajah, malah ia juga boleh digunakan untuk badan! Ini terbukti amat bersesuaian untuk digunakan seisi keluarga dan semua jenis kulit.
Gunakan Moisturising Cream yang mengandungi emolien dan humektan. Produk seperti ini boleh memastikan kulit mendapat hidrasi yang berpanjangan, malah membantu kulit menjadi lebih halus, lembut dan sihat.
Langkah Ketiga:
Sunblock Dengan SPF 50+
Langkah terakhir yang harus disertakan dalam regimen penjagaan muka harian adalah penyapuan losyen pelindung matahari. Sunblock dengan SPF 50+ adalah pilihan tepat untuk memberi perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UV.
Produk jenis ini juga ada yang dapat membantu mencegah pigmentasi kulit dan penuaan kulit pramatang.
Semoga penerangan ini dapat membantu para pembaca di Hello Doktor memiliki kulit yang sihat.
Teruskan pembacaan tentang penjagaan kulit badan dan wajah yang tepat di laman web Hello Doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen