backup og meta

Ada Banyak Jenis Krim Malam, Mana Satu Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    Ada Banyak Jenis Krim Malam, Mana Satu Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda?

    Sekiranya anda sangat mementingkan rutin penjagaan kulit muka, maka sila gandakan usaha untuk mendapatkan krim malam terbaik buat wajah anda. Tentunya perkara ini bukan mudah, ya!

    Kenapa? Ini kerana kulit individu ada banyak jenis yang berbeza dan sudah pasti memerlukan cara atau langkah penjagaan yang tidak sama bagi setiap individu.

    Ingin tahu apa krim malam yang ideal buat diri anda? Jom terus baca artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan krim malam?

    Selain pencuci, pelembap, toner, serum dan banyak lagi produk kulit, ada satu lagi produk yang tidak boleh anda lupakan dalam rutin penjagaan kulit muka iaitu krim malam.

    Untuk pengetahuan anda semua, krim malam atau night cream adalah produk yang hanya perlu untuk dipakai pada waktu malam setiap kali sebelum anda masuk tidur.

    Secara umumnya, night cream terbaik berfungsi dalam rutin penjagaan kulit dengan cara berikut:

    krim malam terbaik

    • Melembapkan kulit
    • Melembutkan kulit
    • Menganjalkan kulit
    • Mencerahkan kulit
    • Mengurangkan kedut dan kerut
    • Meratakan tona warna kulit
    • Mengelakkan jerawat pada kulit
    • Melambatkan proses penuaan
    • Mencegah kerosakan kulit

    Namun, tidak ramai yang tahu atau peduli akan manfaat krim malam terbaik seperti di atas tadi. Jadi, masih belum terlambat lagi untuk anda ubah persepsi terhadap produk ini.

    Kenal pasti jenis kulit anda terlebih dahulu!

    Jika anda sudah sedar dan mahu mula menggunakan night cream, tunggu dulu ya! Anda perlu kenal pasti mana satu krim malam yang ideal buat jenis kulit anda.

    Cara untuk kenal pasti jenis kulit adalah dengan cuci muka pada waktu malam setiap kali sebelum masuk tidur dan lihat bagaimana reaksi atau kesan pada kulit keesokan harinya.

    “Jika ia terasa agak ketat, maka jenis kulit anda itu adalah kering. Jika ia terlihat ada sinar, maka jenis kulit anda itu adalah lembap. Manakala jika kulit anda ada gabungan daripada kedua-duanya, maka jenis kulit anda itu adalah kombinasi,” jelas Pakar Kulit, Dr Anna Guanche.

    Selepas anda dapat kenal pasti jenis kulit melalui pemeriksaan secara sendiri atau dengan doktor, maka baru anda boleh memilih, membeli dan menggunakan night cream terbaik!

    krim malam terbaik

    Krim malam terbaik untuk jenis kulit anda!

    Kami mungkin tidak akan menyenaraikan jenama produk untuk krim malam terbaik buat anda. Pun begitu, kami akan menyediakan kriteria yang perlu ada dalam produk.

    Bergantung kepada jenis kulit, krim malam buat anda itu perlu ada kriteria yang berikut:

    Krim untuk kulit yang normal

    Sekiranya anda tidak ada sebarang masalah kulit, maka krim yang sesuai buat anda tidak khusus. Ia mungkin hanya perlu ada asid hyaluronik, seramida dan bahan asas lain bagi mengekalkan pertahanan dan perlindungan kulit anda.

    Krim malam untuk kulit kering

    Jika anda ada masalah kulit kering, maka jenis night cream yang ideal buat anda perlu terkandung asid hyaluronik, asid laktik, gliserin dan lain-lain untuk melembapkan kulit.

    Krim malam untuk kulit lembap

    Jika anda ada masalah kulit lembap, maka jenis night cream yang ideal buat anda perlu terkandung asid salisilik, asid azelaik, retinol dan lain-lain untuk mengeringkan kulit.

    Krim malam terbaik untuk jeragat dan jerawat

    Khas buat anda yang ada masalah breakout, wujud juga krim malam terbaik untuk jeragat dan jerawat. Ia banyak terkandung bahan herba dan flora seperti lavender, pudina, teh bunga dan pelbagai lagi ramuan bagus untuk kulit.

    krim malam terbaik

    Krim untuk kulit yang sensitif

    Sekiranya anda ada masalah kulit sensitif, pastikan anda guna krim malam yang bebas bahan pengawet, pewangi dan lain-lain pencetus reaksi alergi. Antara ramuan yang bagus adalah gliserin, squalane, niasinamida dan mentega shea.

    Krim malam antikedut dan kerut

    Jika anda tidak mahu masalah kedut dan kerut makin teruk lagi ketara, pastikan anda guna night cream yang tinggi seramida, squalane serta pelbagai lagi bahan organik lain.

    Krim malam dengan sifat organik

    Kalau anda tidak mahu kulit muka anda terdedah atau tercemar dengan bahan-bahan berbahaya, maka anda juga boleh menggunakan krim malam yang organik. Contohnya, turut wujud night cream yang hanya berasaskan madu lebah, pilihan ini memang bagus buat anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan