backup og meta

Pelindung Matahari Kimia VS Pelindung Matahari Fizikal: Mana Lebih Bagus?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/06/2021

    Pelindung Matahari Kimia VS Pelindung Matahari Fizikal: Mana Lebih Bagus?

    Kebanyakan pelindung matahari boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pelindung matahari kimia dan pelindung matahari fizikal.

    Apabila anda ingin membelinya, soalan yang biasa terlintas di dalam minda ialah: Perlu beli yang mana satu? Jom teruskan membaca untuk tahu!

    Bagaimana pelindung matahari kimia @ fizikal berfungsi?

    Pelindung matahari jenis fizikal bertindak sebagai penghalang yang melindungi kulit anda dengan memantulkan sinaran UV, manakala pelindung matahari  jenis kimia bertindak dengan menyerap sinaran tersebut.

    Beberapa jenis penapis mungkin mampu untuk memusnahkan sinaran UV, tetapi kebanyakannya bergantung kepada penyerapan sinaran itu.

    Pelindung matahari jenis fizikal juga dipanggil sebagai penghalang matahari (sunblock) atau pelindung matahari inorganik berlawanan kepada pelindung matahari jenis kimia organik yang bersifat lebih organik.

    Penapis UV yang manakah yang digunakan dalam keduanya?

    losyen pelindung matahari

    Penapis UV bertanggungjawab untuk melindungi kulit anda dari sinaran UV kerana adalah bahan aktif di dalam pelindung matahari anda.

    Jenis fizikal kebanyakannya menggunakan titanium dioksida (TiO2) dan zink oksida (ZnO) yang memberikan keseimbangan kepada pelindung matahari.

    Jenis kimia menggunakan bahan aktif yang lebih banyak seperti Octylcrylene, Octinoxate, Octisalate, Oxybenzone, Homosalate, Helioplex, 4-MBC, Mexoryl SX and XL, Tinosorb S and M, Uvinul T 150, Uvinul A Plus dan lain-lain.

    Sesetengah bahan aktif ini stabil dan sesetengahnya tidak. Avobenzone adalah sangat tidak stabil, namun ia boleh dibaiki dengan menggunakan formulasi yang memasukkan bahan aktif lain.

    Bagaimanakah kandungan bahan aktif tersebut boleh menjejaskan kulit?

    Walaupun titanium dioksida menawarkan perlindungan daripada sinaran UV yang stabil dan seimbang, ia tetap boleh menyebabkan beberapa masalah kulit.

    Sekiranya anda mendapat jerawat kesan dari penggunaan produk mekap dan pelindung matahari fizikal, adalah berkemungkinan disebabkan oleh titanium dioksida.

    Manakala zink oksida pula selamat digunakan walaupun pada kulit sensitif, bahkan ia digunakan sebagai rawatan permukaan untuk ruam lampin.

    kulit muka gatal

    Penapis kimia lebih merengsakan dan ia boleh menyakitkan mata anda sekiranya termasuk secara tidak sengaja. Sebahagian orang mengalami alahan terhadap bahan kimia ini.

    Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, pastikan anda mengelakkan penggunaan pelindung matahari kimia kerana ia boleh mencetuskan tindak balas alahan yang teruk.

    Mana satu pelindung matahari yang akan memberikan lebih perlindungan?

    Apabila berbicara tentang perlindungan, kita perlu mengambil kira faktor bilangan kandungan bahan aktif, saiz partikel penapis, kestabilan dan keseimbangannya dan sebagus manakah produk itu diformulakan.

    Titanium dioksida berkesan melawan sinaran UVB tetapi tidak berkesan kepada UVA. Zink oksida pula melindungi kulit daripada kedua-duanya.

    Titanium oksida dan zink oksida menawarkan  perlindungan segera selepas dipakai.

    Penapis kimia pula secara umumnya lebih berkesan, namun julat perlindungannya bergantung kepada bahan kandungan tertentu.

    Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 20 minit selepas memakainya sebelum keluar di bawah sinaran matahari.

    Kedua-dua jenis pelindung matahari ini mempunyai baik dan buruknya. Pemilihan jenis perlindungan yang terbaik adalah yang sesuai dengan keperluan anda.

    Sekiranya anda berkulit sensitif, eloklah menggunakan pelindung matahari fizikal.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan pelindung matahari fizikal meninggalkan kesan putih pada kulit.

    Jadi, sekiranya anda memiliki tona kulit yang gelap, ia mungkin lebih sesuai untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan