Di sebalik senyuman, banyak ibu sebenarnya memerlukan sokongan ibu yang lebih kukuh, bukan hanya bantuan fizikal, tetapi juga sokongan emosi dan sokongan keluarga bagi memastikan kesejahteraan mental mereka terjaga.
Lebih menyedihkan, ramai antara kita tidak menyedari bahawa diri mungkin sudah mengalami kemurungan selepas bersalin.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Dear Mom x Hello Doktor
Acara Dear Mom x Hello Doktor yang berlangsung di IPC Shopping Centre berjaya mengumpulkan para ibu untuk berbicara tentang realiti sebenar keibuan moden.
Acara ini menampilkan zon interaktif seperti Iroro Self-Love Consultation Booth, Sponsored Brands Experience Zone, Dear Me Reflection Wall, Creator Photo Zone serta kaunter pendaftaran dan penebusan hadiah.
Reruai Hello Doktor pula memberi peluang kepada ibu menyertai komuniti C-Section Mom di Facebook dengan imbasan QR sambil memenangi hadiah menarik daripada spin wheel seperti Touch ‘n Go eWallet, snek dan minuman, produk daripada Natomme, Spritzer dan Sumber Ayu.
Selain itu, Ddrops turut membuka reruai khas yang memberi peluang kepada para mommies untuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin khusus untuk kanak-kanak. Produk Ddrops terkenal dengan formula titisan yang mudah diberikan kepada si kecil — hanya satu titisan sehari sudah membantu menyokong kesihatan tulang, pertumbuhan, dan sistem imun mereka.
Di reruai ini, para ibu boleh mendapatkan penerangan pantas daripada pasukan Ddrops tentang cara penggunaan yang betul dan manfaatnya untuk anak-anak.

Kenapa sokongan ibu sangat penting selepas bersalin?
Salah satu segmen paling memberi kesan adalah perkongsian daripada Dr. Kavitha Kalaimany, Pengerusi FReHA (Family Reproductive Health Association), dalam sesi bertajuk “The Power of Self-Love in Modern Motherhood”.
Dalam perkongsiannya, Dr. Kavitha menekankan bahawa ramai ibu berusaha kelihatan kuat sehingga menekan perasaan sendiri. Mereka risau jika emosi ditunjukkan, ia akan membebankan keluarga.
Namun hakikatnya, tanpa sokongan ibu yang mencukupi, kesihatan mental selepas bersalin boleh terjejas, andai tidak ditangani, ia boleh membawa kepada PPD (postpartum depression).
Menurut beliau, ketika hamil, semua perhatian tertumpu pada ibu. Tetapi sebaik bayi lahir, tumpuan dunia beralih kepada bayi dan ibu kembali terpaksa mengurus semuanya sendiri.
Dari menyusu, berjaga malam, kesakitan luka bersalin, kesukaran ke tandas hingga tekanan fizikal selepas pembedahan caesarean, semua ini menuntut kekuatan luar biasa.
Di sinilah sokongan ibu sangat diperlukan, kerana keletihan, rasa bersalah dan tekanan emosi boleh datang secara tiba-tiba. Bahkan soalan sensitif seperti “Bila nak tambah anak?” boleh memburukkan keadaan.
Petanda kemurungan selepas bersalin yang ramai ibu tak sedar

Dr. Kavitha berkongsi tanda-tanda awal yang sering berlaku:
- Senyum luar, tetapi hati sebenarnya berat
- Mood berubah dalam sekelip mata
- Tidak mahu berjumpa orang
- Tidak boleh tidur walaupun bayi tidur
- Insomnia
- Hilang minat terhadap aktiviti harian
- Rasa bersalah berlebihan
- Keletihan melampau
Beliau menjelaskan bahawa PPD boleh berlaku hingga dua hingga lima tahun selepas bersalin, bukan hanya serta-merta. Ini kerana tanggungjawab ibu semakin meningkat, apatah lagi jika ibu bekerja yang terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Semua ini menunjukkan ibu memerlukan bukan sahaja rehat, tetapi kesinambungan sokongan ibu, sokongan emosi dan sokongan keluarga setiap hari.
Realiti ibu moden: Multitasking bukan bermaksud tidak letih
Menurut Dr. Kavitha, ibu moden multitask hampir setiap minit. Bangun seawal 4.30 pagi, mengurus rumah, memasak, menjaga anak, menyusu, bekerja dan dalam masa sama cuba mengekalkan rutin diri.
Namun, walaupun digelar “supermom“, mereka tetap manusia biasa yang perlukan ruang bernafas.
Beliau turut berkongsi kisah seorang pesakit bernama Asha yang kehilangan lebih 10kg dalam tiga bulan akibat tekanan tanpa disedari keluarga.
Di hadapan orang lain, Asha tersenyum, tetapi matanya tidak mampu menyembunyikan kesedihan. Selepas disoal secara peribadi, barulah emosi sebenar Asha terserlah, beliau sebenarnya mengalami tekanan selepas bersalin.
Kisah ini menekankan bahawa sokongan ibu tidak boleh diambil mudah. Ibu perlukan tempat untuk meluah, menangis, berehat dan mencari kembali diri sendiri.
5 pesanan penting untuk ibu baru
5 pesanan penting daripada Dr. Kavitha buat semua ibu selepas bersalin:
- Sayangi diri sendiri — Jangan rasa bersalah untuk berehat atau perlukan ruang peribadi.
- Kenali tanda PPD — Jika mood berubah mendadak, rasa sentiasa penat atau menarik diri daripada orang, itu petanda jelas.
- Luahkan perasaan — Menangis bukan tanda kelemahan. Ia melegakan.
- Cari sokongan emosi daripada pasangan, rakan atau komuniti ibu seperti Hello Doktor’s C-Section Mom.
- Jumpa doktor jika perlu — Jika tekanan berlanjutan, bantuan profesional boleh mencegah keadaan menjadi lebih teruk.

Sokongan ibu adalah asas kekuatan sebuah keluarga
Acara Dear Mom x Hello Doktor membuktikan bahawa setiap ibu memerlukan sokongan ibu yang kukuh untuk melalui cabaran keibuan.
Seperti kata Dr. Kavitha, “Jika ibu bahagia, anak pun bahagia.”
Dan itulah matlamat sebenar, memberi ibu kekuatan untuk menjadi diri sendiri dan menikmati perjalanan keibuan dengan penuh kasih sayang.
[embed-health-tool-due-date]














