home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Gemar Melakukan Scrub Muka Dan Badan? Jangan Berlebihan Atau Ini Akibatnya...

Gemar Melakukan Scrub Muka Dan Badan? Jangan Berlebihan Atau Ini Akibatnya...

Pernahkah anda melakukan rawatan scrub muka dan badan? Apakah manfaat scrub? Adakah sekadar untuk rawatan kecantikan semata-mata?

Melakukan scrub

Setiap hari, kulit kita akan bekerja keras untuk melindungi badan daripada pelbagai bahan asing yang berisiko untuk masuk ke dalam badan melalui kulit.

Kulit secara asasnya akan bertindak sebagai ‘penapis’ yang akan menghalang sebarang benda dan bahan asing daripada memasuki liang pori pada kulit.

Jadi apakah yang akan berlaku kepada bahan asing yang terperangkap pada ‘penapis’ kulit itu?

Kebiasaannya, segala bahan asing atau lebih mudah ditafsirkan sebagai kekotoran akan berakhir pada permukaan kulit.

Jadi untuk menjaga kulit dan tahap kesihatannya, proses scrubbing, atau pengelupasan (exfoliate) adalah perlu untuk dilakukan secara rutin, tidak kira sama ada scrub muka atau badan.

Rawatan kecantikan

Kulit sama ada kulit muka atau badan adalah merupakan lapisan pelindung bahagian luar yang utama.

Semakin kerap anda berada di luar, ia akan mengakibatkan sebarang kekotoran, bahan asing yang dibawa oleh udara akan melekat pada kulit.

Sinaran UV juga berisiko untuk menyebabkan kulit anda rosak dan menjadikannya tampak kusam, kering, bersisik dan tidak berseri.

Selain berpunca daripada faktor persekitaran, kotoran pada kulit juga boleh wujud disebabkan sel kulit mati.

Ini kerana, secara normalnya, kulit akan menghasilkan sel kulit baru setiap kitaran 30 hari atau lebih.

Dalam proses ini, sel kulit lama akan mengelupas dan digantikan dengan sel kulit baru.

Tetapi, tanpa kita sedari, adakalanya sel kulit mati ini tidak mengelupas atau tersingkir secara menyeluruh pada kulit dan berkumpul pada permukaan kulit.

Kesannya ia akan menjadi kotoran yang terlekat pada kulit untuk tempoh waktu yang agak lama.

Jadi salah satu cara untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan kotoran dan bahan asing ini adalah dengan melakukan proses pengelupasan.

Ia merupakan satu proses yang membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dengan bahan seperti scrub.

Melakukan pengelupasan dengan scrub dapat membantu menghilangkan kotoran dan sel kulit mati sehingga dapat menjadikan kulit lebih berseri dan sihat. Ia boleh dianggap sebagai 1 proses rawatan kecantikan.

Bahkan, proses pengelupasan, jika dilakukan dengan betul dan tepat, dapat membersihkan kulit anda sehingga ke liang pori.

Manfaat scrub muka dan badan

rawatan kecantikan

Secara umumnya, seorang individu dewasa akan menyingkirkan 50,000 sel kulit mati setiap minit sebagai sebahagian proses penghasilan semula sel kulit baru (cell regeneration process).

Namun, tanpa anda sedari, sel kulit mati ini selalunya akan menyumbat liang pori yang akhirnya akan menyebabkan masalah kulit seperti cela dan jerawat.

Proses rawatan scrub muka mahupun badan ini, dapat membantu kulit untuk menyingkirkan sel kulit mati dari luar dan sekali gus memastikan kotoran lain turut disingkirkan.

Sebagai rawatan kecantikan, scrub akan menjadikan kulit untuk kelihatan lebih berseri dan sihat.

Selain berperanan untuk menjadi kulit lebih sihat,scrub muka dan badan juga berperanan untuk mencegah dan melawan penuaan.

Scrub muka berlebihan boleh rosakkan kulit?

Menggunakan scrub merupakan rutin penjagaan dan rawatan kecantikan muka yang berkesan untuk memastikan liang pori bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu sel sihat pada kulit anda.

Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan scrub muka setiap selang sehari atau hanya sekali seminggu.

Pun begitu, penggunaan scrub muka berlebihan boleh menyebabkan micro tear kepada kulit anda dan mendedahkannya kepada pencemaran persekitaran dan radiasi berbahaya daripada matahari.

Tanpa mengira berapa kerap anda menggunakan scrub muka, terdapat tanda-tanda penggunaan scrub muka berlebihan yang perlu anda ketahui.

1. Kemerahan dan kerengsaan

Scrub Muka dan Badan Kepentingan Keduanya - kemerahan

Kulit muka anda mungkin sedikit merah sejurus selepas penggunaan scrub muka, tetapi jika wajah anda kekal merah berjam-jam bahkan sehingga keesokan harinya, ini mungkin bermakna anda perlu mengurangkan kekerapan penggunaan.

Jika kulit anda berasa gatal-gatal atau anda mengalami sensasi terbakar apabila menggunakan pengelupas kimia, ini menandakan bahawa lapisan penghadang kulit anda telah rosak disebabkan pengelupasan.

2. Kulit kian kering dan mengelupas

Dengan jenis kulit kering, kombinasi dan kulit biasa, terlebih pengelupasan boleh menyebabkan kulit anda semakin kering dan bahkan mula mengelupas.

Sekiranya anda mendapati bahawa anda mengalami tompok kering, sering menggunakan lebih banyak pelembap, atau mula mengalami kulit mengelupas di mana-mana bahagian muka anda, ini bererti anda perlu berehat daripada menggunakan produk pengelupasan.

Dan, jangan sesekali menggunakan scrub untuk menyingkirkan kulit mengelupas kerana anda akan memburukkan keadaan.

3. Peningkatan pengeluaran minyak

Bagi kulit berminyak dan kombinasi serta sesetengah kulit normal, perkara yang sebaliknya boleh berlaku.

Kulit anda mungkin menghasilkan lebih banyak minyak daripada biasa.

Ini adalah kerana pengelupasan boleh mengeringkan dan melemahkan kulit anda, dan dengan itu kulit anda cuba mengimbanginya dengan menghasilkan minyak berlebihan untuk melindungi dan menghidratkannya semula.

4. Jerawat

Percaya atau tidak, terlebih pengelupasan sebenarnya merupakan antara sebab utama berlaku jerawat, atau mengapa jerawat sukar hilang.

Walaupun pengelupasan secara sederhana adalah cara yang baik untuk mencegah jerawat melalui penyingkiran kotoran daripada liang roma, tetapi pengelupasan juga berlebihan boleh melemahkan lapisan penghadang kulit.

5. Kulit berkilat

Anda mungkin menganggap kulit berkilat sebagai tanda positif selepas pengelupasan.

Sebaliknya, kulit yang kelihatan sihat berseri dan terhidrat tidak sama dengan kulit berkilat.

Kulit berkilat selepas pengelupasan boleh bererti bahawa kulit anda dilucutkan tekstur semula jadinya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Seberapa Sering Kita Harus Menggunakan Scrub? https://hellosehat.com/hidup-sehat/kecantikan/seberapa-sering-scrub-badan/ / Accessed on Aug 5, 2019
  2. Skrub Muka Berlebihan Boleh Rosakkan Kulit? https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/skrub-muka-berlebihan-boleh-rosakkan-kulit/ / Accessed on Aug 5, 2019
  3. Kenapa Perlu Membersihkan Kulit Hingga Pori-pori Dengan Scrub? https://hellosehat.com/hidup-sehat/kecantikan/membersihkan-kulit-dengan-scrub/ / Accessed on Aug 5, 2019
  4. Bolehkah Pakai Pembersih Scrub Ketika Wajah Sedang Jerawatan? https://hellosehat.com/pusat-kesehatan/jerawat/pakai-scrub-untuk-jerawat/ / Accessed on Aug 5, 2019
  5. Scrub Kopi untuk Mencerahkan Kulit, Menyamarkan Selulit, dan Hilangkan “Mata Panda” https://hellosehat.com/pusat-kesehatan/dermatologi/cara-membuat-scrub-kopi-untuk-kulit-selulit/  / Accessed on Aug 5, 2019
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 20/08/2019
x