backup og meta

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda, Jom Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/09/2023

    5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda, Jom Cuba!

    Hiperpigmentasi atau jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tidak setona. Untuk memudarkannya, anda boleh cuba beberapa petua hilangkan jeragat dengan baking soda!

    Ramai saja wanita yang mengalami bintik-bintik gelap atau jeragat di wajah dan badan, mencetuskan rasa malu dan menjejaskan keyakinan diri.

    Bintik-bintik gelap ini mungkin disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan akibat terdedah kepada sinar UV yang berbahaya daripada matahari.

    Jadi apa yang boleh kita buat? Bagaimana cara menghilangkan masalah kulit ini secara semula jadi?

    Ternyata caranya mudah sekali! Bahkan, sudah tersedia pun di kaunter dapur anda, iaitu serbuk penaik!

    Ikuti perkongsian ini untuk mempelajari petua hilangkan jeragat dengan baking soda. Jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu pigmentasi?

    Sebelum kita kupas mengenai petua ini dengan lebih lanjut, mari kita fahami kejadian di sebalik jeragat terlebih dahulu.

    Pigmentasi merupakan pewarnaan kulit, ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh sel-sel kulit.

    Istilah ini boleh merangkumi pelbagai jenis gangguan pigmentasi kulit yang boleh menjejaskan kawasan kulit yang kecil atau besar.

    Hal ini turut merangkumi kondisi genetik, dan juga persekitaran, seperti sunspots atau liver spots.

    Hiperpigmentasi, misalnya, merujuk pada masalah kegelapan kulit, seperti bintik-bintik usia dan jeragat.

    Sekarang, ayuh kita terokai petua hilangkan jeragat dengan baking soda lebih lanjut!

    Petua hilangkan jeragat dengan baking soda!

    Peringatan, walaupun tip berikut mungkin berkesan dalam memudarkan jeragat, pastikan untuk melakukan patch test terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan ahli dermatologi sebelum dicuba okey!

    #1 Baking soda dan air

    Menggunakan campuran baking soda dan air dikatakan dapat bantu mencegah hiperpigmentasi pada kulit.

    Ia akan memudarkan bintik-bintik gelap pada kulit dengan mudah.

    Caranya:

    petua hilangkan jeragat dengan baking soda

    • Ambil 2 sudu baking soda dan tambahkan sedikit air ke dalamnya
    • Gaul sebati dan sapukan pes di bahagian kulit berjeragat
    • Urut selama 10 minit dan biarkan buat sementara waktu
    • Basuh dengan air sejuk dan keringkan bahagian tersebut dengan tuala bersih

    #2 Baking soda dan madu

    Baking soda berupaya ‘mengelupaskan’ kulit, manakala madu mengandungi humektan semula jadi yang membantu mengurangkan jerawat pada kulit.

    Selain itu, campuran serbuk penaik dan madu dapat bantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap di wajah.

    Caranya:

    • Campurkan sejumlah serbuk penaik dan madu untuk menghasilkan pes pekat
    • Sapukan pes ini pada bintik gelap dan cuci menggunakan air sejuk

    #3 Petua hilangkan jeragat dengan baking soda dan susu

    Tahukah anda, susu mengandungi asid laktik yang dikatakan dapat merawat masalah jeragat dengan mudah?

    Tambah lagi, baking soda pula dapat membersihkan kulit anda dengan mendalam.

    Apabila kedua-dua bahan ini dicampur, ia akan menjadi petua hilangkan jeragat yang baik dan berkesan!

    Caranya:

    • Ambil sejumlah serbuk penaik dan gaul dengan susu
    • Pastikan untuk menghasilkan pes yang pekat
    • Sapukan pada bintik-bintik gelap atau jeragat dan bilas dengan air sejuk

    #4 Baking soda dan jus kentang

    Petua hilangkan jeragat dengan baking soda adalah menggabungkannya dengan kentang. Hah, kentang? Ya, benar!

    Ini kerana kentang mengandungi pati yang dikatakan berkesan dalam mengurangkan pigmen gelap pada kulit, lantas menjadikannya remedi bagus untuk masalah jeragat!

    Kandungannya yang berupaya mencerahkan kulit dapat menghilangkan bintik-bintik gelap pada wajah.

    Caranya:

    • Ambil 2 sudu serbuk penaik dan tambahkan sedikit jus kentang ke dalamnya
    • Campurkan kedua-dua bahan untuk mendapatkan pes pekat
    • Sapukan di bahagian yang ingin dirawat dan cuci dengan air sejuk

    #5 Baking soda dan yogurt

    Serbuk penaik mengelupaskan kulit, manakala yogurt mengandungi enzim aktif yang bantu memutihkan kulit secara semula jadi.

    Gabungan baking soda dan yogurt dapat memudarkan penampilan bintik-bintik gelap serta jeragat di wajah dengan mudah!

    Bukan itu sahaja, ia turut menjaga kelembapan kulit anda dan menghasilkan kulit yang sihat serta glowing!

    Kaedah merawat jeragat yang lain, selain serbuk penaik

    Ya, petua hilangkan jeragat dengan baking soda mungkin berkesan bagi sesetengah orang.

    Tetapi, terdapat banyak faktor lain yang perlu difikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk meletakkan serbuk penaik pada wajah.

    Sekiranya ia dicuba tanpa melakukan patch test terlebih dahulu, digusari mampu mengakibatkan masalah kekeringan dan iritasi kulit!

    Jika didapati kulit anda tidak sesuai dengan serbuk penaik, apa lagi kaedah menghilangkan jeragat yang berkesan?

    Ayuh kenali bahan-bahan dan nutrien lain!

    Untuk mengelakkan penghasilan pigmen berlebihan pada wajah dek kerana sinar UV matahari, rajinkan diri untuk sentiasa memakai krim pelembap berserta pelindung matahari (sunblock)!

    Selain itu, produk berasaskan antioksidan boleh melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan sel dan mempercepatkan kesan penuaan.

    petua hilangkan jeragat dengan baking soda

    Bahan dan nutrien seperti:

    Kesemua bahan ini bermanfaat dalam mencegah dan mengurangkan penampilan hiperpigmentasi.

    Vitamin C juga merupakan agen pencerah yang bagus untuk masalah hiperpigmentasi/jeragat!

    Tambahan itu, kolagen yang dihidrolisis juga meningkatkan penampilan kulit kusam atau rosak dengan mengurangkan pengelupasan dan meningkatkan kualiti keseluruhan kulit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan