backup og meta

STD, Kenali Jangkitan Mana Masih Boleh Diselamatkan & Tidak Boleh Disembuhkan!

STD, Kenali Jangkitan Mana Masih Boleh Diselamatkan & Tidak Boleh Disembuhkan!

Sebenarnya, ada banyak jenis penyakit kelamin yang mungkin masih boleh diselamatkan dan tidak boleh disembuhkan di dunia ini. Ingin tahu apa dan tanda penyakit kelamin wanita? Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Jenis penyakit kelamin itu ada banyak?

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat beberapa jenis penyakit kelamin yang berbeza, seperti:

  • HIV
  • Herpes
  • Sifilis
  • Kudis
  • Gonorea
  • Klamidia
  • Hepatitis
  • Trikomoniasis
  • Chancroid
  • Kutu kemaluan
  • Ketuat kemaluan
  • Molluscum contagiosum
  • Lymphogranuloma venereum

Sesetengah daripada penyakit seksual di atas tidak pernah anda dengar bukan? Ini kerana sebahagian daripadanya amat jarang berlaku dalam masyarakat.

Berbeza dengan 8 jenis STD yang paling kerap berlaku seperti:

jenis penyakit kelamin
Antara simptom-simptom STD.

Daripada 8 jenis jangkitan kelamin ini, hanya 4 sahaja yang tidak dapat disembuhkan.

Jenis penyakit kelamin yang tidak boleh disembuhkan!

Sebilangan besar STD dapat disembuhkan melalui penggunaan antibiotik atau ubat antivirus.

Pun begitu, masih terdapat 4 jenis penyakit kelamin yang tidak dapat disembuhkan, merangkumi:

Walaupun jangkitan ini tidak mempunyai penawar, namun ia dapat diatasi dengan rawatan dan ubat yang tepat.

#1 HIV

HIV adalah sejenis virus STD yang kronik.

Terima kasih kepada perubatan moden, majoriti penghidap HIV masih mampu menjalani kehidupan yang sihat dan secara praktikalnya tidak memiliki risiko menjangkiti orang lain melalui hubungan intim.

Apakah petua hilangkan penyakit kelamin ini?

Rawatan utama untuk HIV adalah terapi antiretroviral. Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan jumlah HIV dalam darah ke tahap yang tidak dapat dikesan.

#2 Herpes

Herpes adalah salah satu daripada 2 virus STD kronik, ia juga sangat biasa berlaku dan lebih daripada 500 juta orang dianggarkan mempunyai herpes di seluruh dunia!

Apa punca penyakit kelamin ini?

Herpes disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit, penghidap penyakit ini juga kebanyakannya tidak sedar akan kewujudannya kerana ia tidak menunjukkan gejala.

Walau bagaimanapun, apabila berlakunya simptom, ia akan muncul dalam bentuk luka yang menyakitkan di sekitar alat kelamin atau dubur.

Nasib baik, herpes sangat mudah diubati dengan ubat antivirus yang bertindak bagi mengurangkan risiko penularan.

Sekiranya anda menghidap herpes dan mula alami gejala, berbincanglah dengan doktor mengenai ubat antivirus yang tepat untuk anda. Ia adalah petua hilangkan penyakit kelamin jenis ini.

jenis penyakit kelamin
Pastikan anda tahu tentang jenis penyakit seksual.

#3 Hepatitis B

Hepatitis B adalah salah satu penyebab utama kanser hati!

Kebiasaannya, bayi mendapat vaksin jangkitan ini semasa lahir, tetapi kebanyakan orang dewasa yang lahir sebelum tahun 1991 mungkin tidak menerima vaksin tersebut.

Sebilangan besar kes hepatitis B juga tidak menyebabkan gejala dan kebanyakan orang dewasa dapat melawan jangkitan itu dengan sendirinya.

Sekiranya anda menghidap hepatitis B, pilihan terbaik adalah dengan menemui doktor untuk menjalani pemeriksaan hati dan mendapatkan pilihan ubat bagi mengurangkan simptom.

Immune system modulators serta ubat antivirus dapat bantu memperlambatkan kerosakan yang dipicu oleh virus di hati anda.

Ia adalah petua hilangkan penyakit kelamin jenis ini.

#4 HPV

Human papillomavirus atau HPV juga amat kerap berlaku. Kira-kira 9 daripada 10 orang yang aktif secara seksual akan menghidap HPV.

Kira-kira 90% jangkitan ini menghilang dalam masa 2 tahun pengesanan. Walau bagaimanapun, HPV masih tidak dapat disembuhkan dan dalam beberapa kes, boleh mengakibatkan:

  1. Barah mulut.
  2. Ketuat kelamin.
  3. Kanser serviks.

Kanak-kanak sekarang diberikan vaksin untuk melindungi mereka daripada pelbagai bentuk HPV.

Ujian Pap smear untuk wanita turut dapat memeriksa HPV, setiap beberapa tahun sekali.

Apa petua hilangkan penyakit kelamin ini?

Ketuat kemaluan boleh dirawat dengan krim, cecair nitrogen, asid, atau pembedahan kecil.

Jenis penyakit kelamin yang masih boleh diselamatkan!

Jadi, jenis penyakit kelamin apa yang boleh disembuhkan? STD yang disebabkan oleh jangkitan bakteria dapat dirawat.

Perlu diingatkan bahawa individu yang menghidap STD tidak selalunya sembuh. Rawatan awal sangat penting!

Individu dengan jangkitan sifilis kronik masih berisiko mengalami kerosakan otak dan jantung, walaupun rawatan telah dimulakan.

Fakta

Kajian turut melaporkan, klamidia menjadi antara jenis STD yang paling banyak dilaporkan di A.S.

Seperti kebanyakan STD, ia tidak menunjukkan gejala sehingga bertambah parah, yang selalunya membentuk penyakit radang pelvis (PID) atau kemandulan pada wanita.

Pada kaum Adam pula, ia berisiko menjangkiti uretra, membuatkan pengalaman kencing jadi menyakitkan.

Bukan itu sahaja, zakar juga mungkin akan mengeluarkan cecair. Ia turut boleh memicu kesakitan pada testis akibat epididymitis, jangkitan pada tiub yang menyimpan dan membawa sperma.

Gonorea juga adalah jenis STD bakteria yang banyak berlaku. Lelaki dan wanita yang dijangkitinya sering merasa sakit ketika membuang air kecil.

Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan PID pada wanita dan kehamilan ektopik, di mana janin membesar di luar rahim. Ini adalah 1 keadaan yang membawa maut kepada janin dan bakal ibu.

Ngeri bukan? Adakah anda bimbang akan gejala yang mungkin disebabkan oleh STD?

Jika ya, lakukan pemeriksaan oleh profesional yang boleh memberi ubatan, rawatan atau petua hilangkan penyakit kelamin!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sexually Transmitted Infections, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9138-sexually-transmitted-diseases–infections-stds–stis, Accessed 28 April 2021.
  2. STD Fact syphilis. https://www.cdc.gov/std/syphilis/stdfact-syphilis.htm. Accessed 28 April 2021.
  3. HPV. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/infectious-agents/hpv-fact-sheet. Accessed 28 April 2021.
  4. HIV. https://www.hiv.gov/hiv-basics/overview/data-and-trends/statistics. Accessed 28 April 2021.
  5. Genital wart. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/genital-wart. Accessed 28 April 2021.

Versi Terbaru

14/06/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pernah Cuba Teknik Edging Saat Bersenggama? Ini Bantu Wanita Klimaks Berkali-Kali Tau!

Bosan Punca Malas Bermanja? Ini 5 RAHSIA Untuk Buat Kamar Tidur Kembali Panas!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan