backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pasangan Gemar Lakukan Seks Dubur? Ini Petanda STD Pada Punggung Jika Suka 'Main Belakang'

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/05/2021

    Pasangan Gemar Lakukan Seks Dubur? Ini Petanda STD Pada Punggung Jika Suka 'Main Belakang'

    Terdapat pelbagai cara untuk memvariasikan kehidupan seks di ranjang, contohnya dengan melakukan seks melalui lubang dubur (seks anal).

    Meskipun ia mungkin akan mengghairahkan sesetengah pasangan yang menggemarinya, namun ketahuilah bahawa ia juga boleh membahayakan.

    Ini kerana terdapat risiko seks anal antaranya adalah penyakit jangkitan kelamin (STD). Persoalannya, apakah petanda ia terjadi?

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

    Apa itu seks anal?

    Seks anal merujuk kepada aktiviti seksual yang terdiri daripada tindakan lelaki memasukkan zakar ke dalam lubang dubur atau anus pasangan mereka.

    Ramai yang salah faham bahawa ia adalah perbuatan seks di antara lelaki dengan lelaki (semburit) sedangkan lelaki dengan wanita juga ada yang melakukannya.

    Namun ia mungkin merupakan cara berasmara yang tidak dipraktikkan buat mereka yang beragama Islam kerana ia dilarang sama sekali untuk dilakukan.

    Di sebalik larangan ini, sebenarnya terdapat beberapa risiko seks anal yang kita semua perlu tahu dan ia mungkin akan membuat kalian menghindarinya.

    Jadi sila fikirkan banyak kali sebelum mengajak pasangan melakukannya ya?

    seks ketika tidur

    Apa risiko seks anal?

    Selain mendatangkan dosa bagi mereka yang Muslim, terdapat beberapa risiko seks anal yang boleh terjadi kepada anda atau pasangan.

    Pertama sekali, ia boleh mencederakan zakar dan juga otot pada lubang dubur kerana anus merupakan otot yang dicipta untuk menahan tinja daripada keluar tanpa kawalan.

    Disebabkan oleh tusukan zakar yang terlalu kasar, zakar dan juga anus ini sendiri boleh mengalami kecederaan yang mengundang kondisi kesihatan lain pula.

    Antara kondisi yang diperkatakan itu adalah pendarahan kronik pada lubang dubur dan ia boleh jadi lebih serius jika disusuli dengan penyakit buasir.

    Dalam pada itu, risiko seks anal yang paling wajar diberi perhatian adalah jangkitan penyakit kelamin seperti:

    • Herpes
    • Gonorrhea
    • Ketuat kemaluan
    • Kutu kemaluan

    Persoalannya, apakah petanda kalian dijangkiti STD seperti ini?

    Ini petanda lubang dubur dijangkiti STD!

    buang bulu dubur

    Antara petanda paling utama yang pasti akan terjadi adalah ketidakselesaan pada lubang dubur anda dan berikut adalah perinciannya:

    Herpes

    STD yang disebabkan oleh virus bernama herpes simplex virus (HSV) ini boleh tersebar melalui aktiviti seksual termasuklah seks anal dan akan mengakibatkan:

    • Kesakitan pada lubang dubur
    • Kegatalan pada lubang dubur
    • Timbul ulser dan nanah
    • Rutin membuang air besar berubah

    Gonorrhea

    STD yang disebabkan oleh bakteria bernama Neisseria gonorrhoeae ini boleh tersebar melalui aktiviti seksual termasuklah seks anal dan akan mengakibatkan:

    • Kesakitan pada lubang dubur
    • Kegatalan pada lubang dubur
    • Pembengkakan pada anus dan alat kemaluan
    • Kerap terasa ingin membuang air

    Ketuat kemaluan

    Bukan sahaja boleh terjadi pada alat sulit, ia juga boleh berlaku pada lubang dubur dan akan menyebabkan beberapa simptom termasuklah:

    • Kesakitan pada lubang dubur
    • Kegatalan pada lubang dubur
    • Pendarahan pada anus
    • Keluar lelehan daripada anus
    • Timbul ketulan yang menyerupai ketuat kulit

    Kutu kemaluan

    Selain boleh terjadi pada alat sulit, ia juga boleh berlaku pada lubang dubur dan akan menyebabkan beberapa simptom termasuklah:

    • Kesakitan pada lubang dubur
    • Kegatalan pada lubang dubur
    • Anus berubah warna menjadi lebih gelap
    • Demam

    Anda ada tanda-tanda ini selepas sahaja melakukan hubungan seks anal bersama pasangan? Segera berjumpa doktor untuk diagnosis!

    Bagaimana untuk mengurangkan risiko seks anal?

    seks selepas bersalin

    Baiklah sekarang kita semua sudah tahu bahawa terdapat beberapa risiko seks anal yang boleh berlaku kepada anda dan juga pasangan.

    Untuk mengelakkan risiko terutamanya jangkitan penyakit kelamin ini, adalah wajar untuk kalian mengamalkan langkah berwaspada.

    Pertama sekali, apa yang kalian boleh lakukan adalah untuk tidak langsung melakukan hubungan seks melalui lubang dubur ini.

    Namun jika masih ingin melakukannya, ia adalah terpulang kepada anda dan langkah-langkah berikut wajar diberi perhatian yang khusus:

    • Menggunakan kondom dengan cara yang betul
    • Membersihkan lubang dubur dan zakar sebelum beraksi
    • Menyapukan pelincir pada sekitar lubang dubur dan zakar
    • Memastikan bahawa anda atau pasangan tidak dijangkiti STD

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan