brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Ada Luka Pada Alat Kelamin Atau Sakit Ketika Seks, Ia Mungkin Tanda STD @ STI!

Di Malaysia, tanda penyakit kelamin (STD atau STI) adalah antara masalah yang sangat membimbangkan. Walaupun, seks di luar perkahwinan masih lagi sesuatu yang dipandang jelek bagi masyarakat Malaysia, namun ia masih tetap terjadi. Ini lantas menyebabkan tertular STD dan STI.

Ada Luka Pada Alat Kelamin Atau Sakit Ketika Seks, Ia Mungkin Tanda STD @ STI!

Dengan kehadiran media sosial dan teknologi, akses kepada bahan-bahan yang mendekatkan serta menggalakkan hubungan seks di luar gerbang perkahwinan semakin mudah didapatkan.

Kawalan dan pendidikan seksual harus digiatkan untuk mengelakkan masalah sosial dan penyakit tertentu semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Ia adalah salah satu kesan dari seks bebas, terutama tanpa perlindungan. Persoalannya apa tanda ia terjadi? 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

4 tanda penyakit kelamin yang harus waspada!

Untuk pengetahuan anda semua, jangkitan pada alat kelamin itu merupakan kondisi umum yang agak berbahaya.

Ini kerana ia boleh menyebar dan merebak daripada satu individu ke individu lain melalui aktiviti seksual tanpa perlindungan. Lebih membimbangkan, pasangan kalian mungkin akan jadi mangsa.

1. Sakit ketika seks

Tanda penyakit kelamin wanita mahupun lelaki ialah hubungan intim yang menyakitkan. Seks selalunya tidak menyakitkan. Jika sebaliknya pula berlaku, mungkin anda mengalami STD atau STI, lebih-lebih lagi jika berlaku pendarahan. 

2. Sakit dan demam

tanda penyakit kelamin
Demam antara tanda penyakit kelamin.

Demam, kelenjar lod limfa di kawasan pinggul bengkak dan simptom-simptom flu yang lain adalah antara tanda anda menghidapi penyakit ini.

3. Cecair keluar dari alat kelamin 

Jika ada cecari aneh yang tidak pernah anda lihat keluar dari alat kelamin anda, sila berwaspada dan dapatkan pemeriksaan doktor. Barangkali ia adalah tanda penyakit kelamin lelaki mahupun wanita. Penyakit kelamin seperti gonorrhea boleh menyebabkan ia berlaku.

Keadaan bukan STD atau STI seperti vaginosis bakteria juga mungkin menjadi puncanya.

4. Ulser di alat sulit akibat STD/STIN

Nama penyakit kelamin yang kebarangkalian berlaku pada diri anda ialah ulser. Namun ulser kebiasaannya jarang berlaku di kawasan alat sulit jika bukan disebabkan oleh penyakit kelamin.

Jika ia berlaku, ditambah dengan tanda penyakit kelamin lain seperti di atas, sila dapatkan bantuan perubatan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Meskipun kebanyakan STD atau STI itu boleh dirawat dengan efektif, bahkan HIV, ia bukanlah alasan untuk kita semua mengamalkan aktiviti seks bebas.

Kesimpulan

Diharapkan kini anda lebih memahami mengenai jenis dan tanda penyakit kelamin yang boleh berlaku di dalam kalangan pasangan yang aktif melakukan hubungan intim.

Sekiranya anda mengesyaki diri menghidapi kondisi ini, segera temukan ubat penyakit kelamin di farmasi dan dapatkan maklumat serta nasihat pakar ya?

medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 21/05/2026