Dalam kebanyakan kes, kesakitan atau sensasi terbakar apabila membuang air kecil menjadi antara gejala jangkitan kelamin seperti gonorea atau klamidia.
Sekiranya berlaku pula pembengkakan prostat atau kelenjar kecil di bawah pundi kencing, kondisi ini digelar sebagai prostatitis. Tanda HIV lelaki ini kadangkala dipicu oleh jangkitan bakteria.
Gejala prostatitis yang lain merangkumi:
- Sakit semasa ejakulasi.
- Kencing dengan lebih kerap.
- Kencing kelihatan keruh atau berdarah.
- Sakit belakang, perut, atau pangkal paha.
- Sakit di pundi kencing, testis, zakar, atau kawasan di antara skrotum dan rektum.
#3 Luka pada zakar
Luka terbuka dan ulser pada mulut atau esofagus merupakan antara tanda yang cukup sinonim dengan HIV.
Antara tanda HIV lelaki yang lain juga boleh merangkumi luka di dubur atau zakar. Lebih menakutkan, luka-luka ini cenderung untuk berulang kembali.
Jika anda mengesyaki sudah terdedah kepada jangkitan virus HIV, sila berjumpa doktor dengan kadar segera!
Jika tempoh masa dijangkiti sekitar 72 jam atau kurang, anda boleh mengambil sesuatu yang disebut sebagai post-exposure prophylaxis (PEP).

Anda boleh mengambil ubat HIV sekali atau 2 kali sehari selama 28 hari, yang mungkin akan bantu anda terhindar daripada jangkitan kelamin ini.
Di samping itu, menjalani ujian HIV turut memainkan peranan penting! Sekiranya dijangkiti, anda boleh mengambil ubat HIV seperti terapi antiretroviral (ART).
Gabungan ubat ini bertindak dengan menurunkan jumlah HIV di dalam badan anda.
Ia dapat bantu mengekalkan sistem imunisasi tubuh yang sihat, melindungi daripada risiko komplikasi dan cegah anda menyebarkan HIV.
Sekarang, mari kita kenali antara gejala awal HIV berserta tahap-tahapnya!
Ketahui simptom-simptom awal & tahap penyakit HIV
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen