backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Simptom Gonorrhea Mungkin Tidak Sama Bagi Lelaki & Perempuan! Ini Perbezaannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/02/2024

    Simptom Gonorrhea Mungkin Tidak Sama Bagi Lelaki & Perempuan! Ini Perbezaannya

    Seperti mana yang kita semua mungkin sudah sedia maklum, terdapat banyak penyakit jangkitan kelamin (STD) yang wujud di dunia ini. Penyakit gonorrhea adalah antara jenis STD yang kurang popular. Apakah definisinya? Apakah simptomnya?

    Jom kita semua sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai penyakit ini dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu penyakit gonorrhea?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar tentang penyakit ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, gonorrhea adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria bernama Neisseria gonorrhea.

    Ia boleh merebak daripada satu individu ke individu lain melalui aktiviti seksual seperti penetrasi zakar ke dalam faraj, seks oral atau seks anal.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah ia juga boleh merebak daripada ibu kepada bayi semasa kelahiran!

    Ya, mungkin Neisseria gonorrhea adalah bakteria yang menjadi penyebab utama kepada STD ini, namun terdapat beberapa faktor risiko lain termasuklah:

    penyakit gonorrhea

  • Pernah mengalami gonorrhea
  • Pernah mengalami STD jenis lain
  • Mempunyai pasangan seks yang baharu
  • Mempunyai pasangan seks ramai
  • Melakukan seks bersama pasangan yang ada pasangan lain
  • Faktor risiko ini harus kalian jauhi dalam usaha mencegah komplikasi gonorrhea yang agak berbahaya.

    Apa komplikasi umum penyakit gonorrhea?

    Gonorrhea adalah salah satu daripada STD yang sangat berbahaya sekiranya lambat atau tidak dirawat.

    Apa yang jelas adalah penyakit ini boleh menjangkiti alat sulit penderita sekali gus menjejaskan aspek fungsi serta mungkin rupa bentuk.

    Pun begitu, mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia juga boleh mengakibatkan kawasan lain mengalami kesan akibat bakteria ini.

    Antara kawasan yang mungkin akan terjejas adalah:

    • Rektum – Lubang dubur mengalami kegatalan, kesakitan serta keluar cecair atau darah
    • Mata – Mata menjadi sakit, sensitif dan keluar cecair dari satu atau dua belah sekali gus
    • Tekak – Tekak menjadi sakit dan bengkak terutamanya pada nodus limfa
    • Sendi Sendi menjadi sakit dan bengkak terutamanya ketika melakukan pergerakan

    Ini adalah antara risiko umum yang akan berlaku sekiranya bakteria ini menjangkiti anda, namun ketahuilah bahawa terdapat perbezaan simptom gonorrhea di antara lelaki dan wanita.

    Baca juga:

    Penyakit gonorrhea: Simptom lelaki vs wanita

    Sekiranya dijangkiti, individu mungkin akan mengalami simptom gonorrhea seperti berikut yang berbeza mengikut jantina masing-masing:

    Simptom gonorrhea buat lelaki

    Simptom gonorrhea buat wanita

    • Keluar cecair kuning, hijau atau putih dari faraj
    • Rasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pelvik
    • Rasa sakit ketika membuang air kecil
    • Pendarahan berlaku antara haid
    • Mata menjadi merah dan gatal
    • Vulva membengkak kesan penyakit gonorrhea
    • Tekak membengkak
    • Masalah keputihan

    penyakit gonorrhea

    Simptom gonorrhea ini perlu diperhatikan dan diawasi agar anda dan pasangan mampu mendapatkan rawatan segera sekali gus mengelakkan bahaya penyakit ini yang juga berbeza buat lelaki dan wanita.

    Bahaya penyakit ini buat kedua-dua jantina

    Bagi wanita, jangkitan bakteria ini mungkin boleh bergerak dan merebak sehingga ke kawasan sekitar rahim, tiub fallopian dan ovari lantas menjejaskannya.

    Semasa sedang hamil, ia boleh menyebabkan beberapa masalah kepada bayi seperti keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang atau jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta.

    Selain itu, gonorrhea juga mungkin akan merebak ke rahim dan tiub fallopio sekali gus menyebabkan penyakit radang pelvik yang seterusnya mengakibatkan ketidaksuburan pada wanita.

    Bagi lelaki, penyakit gonorrhea boleh bergerak dan merebak ke epididimis sekali gus menyebabkan kesakitan dan kebengkakan di kawasan buah zakar.

    Bukan itu sahaja, bakteria ini mungkin akan menyebabkan tiub testis di mana tempat penghasilan sperma mengalami keradangan lantas mengakibatkan ketidaksuburan buat lelaki.

    Buat kedua-dua jantina pula, gonorrhea boleh bergerak dan merebak ke dalam darah atau sendi lantas mungkin meningkatkan risiko menghidapi AIDS yang disebabkan oleh HIV.

    penyakit gonorrhea

    Bagaimana mencegah dan mengelak STD?

    Bukan sahaja penyakit gonorrhea, anda dan pasangan seharusnya lebih berwaspada terhadap segala jenis penyakit jangkitan kelamin terutamanya jika mempunyai banyak faktor risiko.

    Cara merawat gonorrhea atau sebarang STD yang telahpun menimpa, doktor mungkin akan memberikan antibiotik secara oral atau suntikan dan pasangan anda juga perlu dirawat pada masa yang sama.

    Namun, mencegah itu sudah pasti lebih bagus daripada merawat bukan? Jadi, amalkan langkah pencegahan!

    Anda dan pasangan sangat disarankan mengikuti beberapa tip di bawah ketika melakukan seks:

    Akhir kata, jauhi gonorrhea dan semua jenis penyakit jangkitan kelamin demi kehidupan seks di kamar tidur yang lebih baik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan