Ketumbuhan pangkal rahim (kanser serviks) adalah sejenis kanser yang berlaku pada sel serviks. Sel tersebut terletak di bahagian bawah rahim menghubungkan struktur tersebut dengan faraj.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ketumbuhan pangkal rahim (kanser serviks) adalah sejenis kanser yang berlaku pada sel serviks. Sel tersebut terletak di bahagian bawah rahim menghubungkan struktur tersebut dengan faraj.
Punca utama bagi masalah kesihatan ini adalah pendedahan terhadap virus papilloma (HPV) melalui hubungan seks.
Lazimnya, apabila badan manusia dicerobohi oleh HPV, sistem imun akan melindungi badan daripada kesan buruk yang dibawa oleh virus tersebut.
Walau bagaimanapun, bagi segelintir pesakit, virus tersebut akan kekal dorman dan menyebabkan terjadinya proses patologi terhadap sel serviks sehingga mengakibatkan ia menjadi kanser.
Diagnosis awal boleh membantu meningkatkan potensi kesembuhan pesakit terhadap ketumbuhan tersebut.
Artikel ini akan menerangkan simptom ketumbuhan pangkal rahim yang mungkin dialami pesakit. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.
Apabila berbicara mengenai ketumbuhan pangkal rahim, simptom yang sering dilaporkan oleh pesakit adalah berkaitan dengan pendarahan.
Terdapat beberapa bentuk pendarahan yang boleh menjadi tanda awal terhadap berlakunya masalah kanser. Antaranya adalah:
Sakit pada bahagian pelvik juga boleh menjadi simptom bagi kanser serviks.
Walaupun ia tidak spesifik namun pemeriksaan awal boleh membantu mengenal pasti puncanya dan jika ia kanser, rawatan susulan boleh diberikan secepat mungkin.
Sakit yang dialami kebiasaannya di bawah kawasan pusat. Kebanyakan pesakit melaporkan karakter sakit sebagai sakit yang dicucuk-cucuk.
Apa yang lebih penting adalah ia boleh jadi semakin teruk ketika atau selepas melakukan hubungan seks.
Selain daripada sakit pelvik, faraj pesakit kanser serviks juga boleh mengeluarkan cecair tidak normal yang berwarna coklat kemerah-merahan.
Pun begitu, warna cecair berbeza mengikut individu. Jumlahnya boleh jadi banyak atau sedikit dan ia boleh jadi kerap atau keluar kadangkala sahaja.
Apabila ketumbuhan serviks sudah semakin membesar, ia boleh menekan organ lain terutamanya pundi kencing dan bahagian bawah usus besar yang terletak berdekatan dengannya.
Perkara ini boleh mempengaruhi fungsi organ tersebut dan menyebabkan simptom sakit akibat tekanan pada saraf dan salur darah yang terletak berdekatan dengan kawasan tersebut.
Antara simptom yang boleh dialami pesakit akibat kanser serviks adalah:
Jika anda mengalami sebarang simptom kanser serviks seperti yang tersenarai di atas, pastikan anda membuat pemeriksaan dengan kadar segera.
Diagnosis awal boleh membantu anda untuk mencapai kesembuhan daripada keadaan kesihatan ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengannya, sila rujuk kepada doktor perubatan bertauliah untuk keterangan lanjut.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen