Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berita buruk bagi penghidap virus hepatitis B, anda tidak boleh menderma darah!

Sama seperti pesakit yang menghidap jangkitan kronik seperti HIV, hepatitis C dan HTLV (human T cell lymphotropic virus).

Kesemua individu tersebut tidak boleh menderma darah memandangkan keadaan mereka boleh memberikan kemudaratan kepada pesakit lain.

Mungkin ramai yang tertanya, mengapa perkara ini sedemikian? Kenapa tidak boleh derma darah walaupun anda sudah mendapatkan rawatan?

Artikel ini akan menerangkan perihal jangkitan hepatitis B dan sebab mengapa mereka yang dijangkiti tidak boleh menderma darah.

Fahami penyakit Hepatitis B

penyakit hepatitis

Sebelum kita faham kenapa mereka yang menghidap jangkitan kronik hepatitis B tidak boleh menderma darah, mari kita ambil tahu apa itu hepatitis B terlebih dahulu.

Hepatitis B adalah jangkitan yang menyebabkan keradangan pada organ hati yang boleh menjurus kepada masalah kerosakan kronik.

Ia berlaku disebabkan oleh sejenis virus yang diberi nama Hepatitis B Virus (HBV).

Mereka yang dijangkiti oleh hepatitis berisiko untuk mendapat masalah sirosis, kanser hati dan paling teruk, kematian jika tidak dirawat.

Secara umumnya terdapat dua jenis penyakit hepatitis B iaitu jangkitan akut dan kronik.

Jangkitan akut 

Apabila anda menghidap jangkitan virus hepatitis kurang daripada 6 bulan, ia boleh dikategorikan sebagai jangkitan akut.

Berbeza dengan jangkitan kronik seperti HIV, mereka yang menghidap jangkitan akut boleh sembuh daripada virus hepatitis B.

Malah, jika dilihat pada statistik, 4 daripada 5 orang dewasa yang dijangkiti akan sembuh tidak kiralah seteruk mana pun simptom yang dialami oleh mereka.

Sekiranya jangkitan tetap masih tidak baik walaupun sudah 6 bulan, maka penyakit tersebut dikatakan sudah melarat sehingga mencapai status kronik.

Jangkitan kronik

Kronik bermaksud sesuatu penyakit itu dialami oleh penghidap dalam satu tempoh masa yang lama.

Bergantung kepada jenis simptom/penyakit, durasi bagi status ‘kronik’ berlainan mengikut prioriti simptom.

Sebagai contoh, bagi simptom batuk, ia cuma dianggap kronik apabila seseorang itu sudah mengalaminya lebih daripada 8 minggu bagi orang dewasa atau 4 minggu bagi kanak-kanak.

Dalam konteks hepatitis B pula, mereka yang mengalami jangkitan ini dalam tempoh melebihi 6 bulan dianggap menghidap hepatitis B kronik.

Adakah jangkitan ini lazim berlaku?

penyakit hepatitis

Hepatitis B merupakan salah satu jangkitan yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

Dianggarkan, kira-kira 292 juta individu menghidap masalah hepatitis B, meskipun penggunaan vaksin secara meluas berjaya mengawal jumlah jangkitan tersebut di sesetengah negara.

Secara umumnya, kematian berpunca daripada hepatitis B adalah lebih tinggi (1.45 juta) berbanding dengan kematian yang disebabkan oleh HIV/AIDS (1.3 juta) atau tuberkulosis (1.4 juta).

Apa yang lebih membimbangkan adalah, di Malaysia, trend jangkitan telah menunjukkan corak peningkatan terutamanya pada tahun 2010 hingga 2015.

Kebanyakan daripada pesakit yang didiagnosis dengan masalah hepatitis B adalah golongan individu yang lahir sebelum era kemunculan vaksin.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat (US) pula, usaha untuk menurunkan jumlah kes Hepatitis B sering mendapat halangan kesan daripada kumpulan antivaksin dan penggunaan dadah terlarang melalui kaedah suntikan.

Mereka yang mengalaminya boleh mendapat simptom seperti:

  1. Sakit otot
  2. Sakit perut
  3. Hilang selera makan
  4. Demam
  5. Cirit-birit
  6. Kelesuan
  7. Sembelit
  8. Kulit dan mata menjadi kekuningan (jaundis)
  9. Rasa loya dan muntah
  10. Air kencing bertukar menjadi keperangan.

Adakah saya boleh menderma darah sekiranya menghidap penyakit hepatitis B?

menderma darah

Jika anda menghidap masalah hepatitis B, anda tidak boleh menderma darah.

Ia berikutan virus yang menyebabkan masalah tersebut boleh menjangkiti individu lain melalui penggunaan produk darah tercemar (mempunyai virus).

Jangkitan lain seperti HIV dan hepatitis C juga boleh memudaratkan kesihatan penerima darah.

Walaupun terdapat ubat antiviral yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 untuk merawat masalah hepatitis C, mereka yang telah sembuh pun masih tidak boleh menderma darah.

Virus hepatitis B dan C mempunyai tahap kebolehjangkitan yang sangat tinggi.

Jumlah virus yang diperlukan untuk menyebabkan proses patologi dalam badan manusia sihat adalah rendah.

Ini bermakna, seseorang itu sangat mudah untuk mendapat jangkitan hepatitis sekiranya mereka mempunyai kontak dengan virus B atau C.

Bagi penghidap hepatitis lain seperti A dan E pula, mereka hanya dibenarkan untuk menderma darah sekiranya mereka dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan simptom hepatitis aktif.

Berbeza dengan hepatitis B dan C, Hepatitis A dan E hanya tersebar melalui air dan makanan yang tercemar.

Bagaimana pula dengan hepatitis D?

Kebiasaannya mereka yang menghidap jangkitan hepatitis D turut menjadi perumah kepada virus hepatitis B.

Tanpa hepatitis B, hepatitis D tidak boleh menyebabkan proses patologi jangkitan memandangkan ia merupakan satu virus yang tidak sempurna.

Konklusi

Jika anda merupakan penghidap penyakit hepatitis B, anda perlu mendapatkan rawatan dengan kadar segera, terutamanya jika ia merupakan jangkitan kronik.

Tanpa rawatan, masalah tersebut boleh melarat sehingga menjadi sirosis dan kanser hati.

Juga, penghidap hepatitis B, C dan D tidak boleh mendermakan darah mereka kerana virus tersebut boleh menjangkiti penerima darah kelak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Hanya A & B Sahaja, Tahukah Anda Hepatitis Sebenarnya Ada 5 Jenis?

Mungkin ramai sudah tahu mengenai penyakit hepatitis, antara yang selalu diutarakan adalah jenis A, B dan kadangkala C. Sebenarnya, ada 5 jenis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Jangkitan Virus Lain, Penyakit Berjangkit 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Selain HIV & HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh! Apakah Ia?

Mungkin ramai sudah tahu apa itu STD bukan? Namun tahukah anda ada beberapa jenis yang tidak boleh disembuhkan? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, STI & STD Lain 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

Akibat hepatitis B, pelbagai kesan akan berlaku terutamanya pada organ hati. Ada kajian kata lelaki tidak subur juga adalah komplikasinya! Jom kita klik.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Jika nak kurus, diet pasti menjadi perkara pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda mengenai diet mengikut golongan darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diet Sihat, Pemakanan Sihat 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu hepatitis a

Ada 7 Golongan Paling Berisiko Terkena Hepatitis A! Ini Termasuk Pengamal Homoseks?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit hepatitis b

Dalam Banyak Jenis Hepatitis, Yang PALING BAHAYA Ialah Jenis B! Ingin Tahu Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 2 minit bacaan
senaman melampau punca penyakit sepsis

Bahaya Kalau Kuat Sangat Bersenam, Anda Boleh Terdedah Dengan Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
berus gigi

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan