backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Dalam Banyak Jenis Hepatitis, Jenis B Adalah Yang Paling Bahaya. Kenapa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2023

    Dalam Banyak Jenis Hepatitis, Jenis B Adalah Yang Paling Bahaya. Kenapa?

    Rasanya ramai dalam kalangan kita semua sudah tahu bahawa penyakit Hepatitis B adalah berbahaya di antara jenisnya. Namun, adakah anda faham apa itu Hepatitis B?

    Selain B, hepatitis juga mempunyai pelbagai jenis lain iaitu A, C, D dan E yang masing-masing menyebabkan kesan berlainan.

    Namun di antara jenisnya, penyakit Hepatitis B dipercayai paling berbahaya! Kenapa?

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentang apa itu Hepatitis B maksud nya dengan lebih mendalam lagi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Apa itu Hepatitis B?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, Hepatitis B maksud nya adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat daripada jangkitan virus Hepatitis B (HBV) pada organ hati.

    Sekiranya dijangkiti, ia akan meningkatkan risiko kalian mengalami kegagalan organ hati, kanser hati atau cirrhosis – pembentukan parut kekal pada organ ini.

    Ia mempunyai 2 kategori iaitu akut (jangka masa pendek) serta kronik (jangka masa panjang).

    apa itu hepatitis b

    Penyakit ini akan menyebabkan gejala-gejala seperti berikut:

    • Sakit abdomen
    • Sakit sendi
    • Kencing keruh
    • Demam
    • Mual-mual
    • Muntah- muntah
    • Badan lemah
    • Sering penat
    • Hilang selera makan
    • Jaundis

    Dalam kebanyakan kes, orang dewasa yang dijangkiti boleh pulih sepenuhnya dan apa itu hepatitis B ini adalah lebih berbahaya kepada kanak-kanak.

    Apa punca penyakit Hepatitis B?

    Apa itu Hepatitis B berpunca daripada virus Hepatitis B atau HBV.

    HBV boleh tersebar dari satu individu ke individu yang lain melalui hubungan seksual di antara orang yang dijangkiti dan menggunakan jarum tanpa steril.

    Darah yang berjangkit dan cecair badan lain (air mani, cecair faraj, susu ibu, air mata, air liur dan cecair pada luka terbuka) boleh menyebarkan virus ini.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah HBV juga boleh disebarkan oleh ibu yang dijangkiti kepada bayi dalam kandungan mereka!

    Persoalannya, kenapa ia dikatakan sebagai penyakit paling berbahaya di antara jenisnya? Sila teruskan membaca untuk tahu!

    apa itu hepatitis b

    Benarkah Hepatitis B paling berbahaya di antara jenisnya?

    Sebenarnya, kalian perlu tahu bahawa setiap jenis Hepatitis sama ada A, B, C, D dan E adalah berbahaya terhadap kesihatan individu.

    Setiap jenis akan membawa simptom, komplikasi serta kaedah rawatan yang berbeza bergantung kepada tahap keterukan penderitanya.

    Namun jenis B mungkin dikatakan paling berbahaya ekoran terdapat banyak kesan sampingan yang akan berlaku.

    Selain menyebabkan gejala-gejala yang telah kami nyatakan di atas tadi, wujud beberapa lagi kesan sampingan penyakit Hepatitis B.

    Tidak boleh menderma darah

    Pertama sekali, kalian mungkin tidak lagi boleh untuk menderma darah meskipun telah pulih sepenuhnya daripada penyakit ini.

    Ia berikutan virus penyebab penyakit ini boleh menjangkiti individu lain melalui penggunaan produk darah tercemar (mempunyai virus).

    Meskipun telah pulih sepenuhnya, masih terdapat kegusaran di mana virus tersebut masih wujud dalam darah dan risiko ini perlu dipertimbangkan.

    Kesuburan akan terjejas

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), HBV dipercayai mampu mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma sebanyak 50%.

    Dalangnya adalah disebabkan sejenis protein yang dikenali sebagai ‘Protein S’ yang wujud di dalam virus ini.

    Disebabkan protein terbabit, lelaki tidak subur adalah lebih 1.6 kali ganda berbanding lelaki yang tidak menghidapinya.

    apa itu hepatitis b

    Kesukaran untuk berkahwin

    Menurut Dr. Sudeep Sodhi yang merupakan Konsultan dan Pakar Gastroenterologi dari Amerika Syarikat, penderita Hepatitis B boleh berkahwin namun berisiko menyebarkan virus ini kepada pasangan.

    Disebabkan itu, beliau menyarankan agar penghidapnya tidak berselindung dan berbohong sebaliknya memberitahu tentang kondisi kesihatan diri terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk berkahwin.

    Sekiranya anda sudah tahu apa itu Hepatitis B, jom segera dapatkan vaksin untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan anda serta orang di sekeliling okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan